Tips orang suka dengan apa yang kita tulis

Saya menulis di blog sudah lebih 6 tahun. Teknik SEO (Search Engine Optimization) pun sampai sekarang masih belum pandai-pandai lagi. Bukan setakat tidak pandai, kurang faham sangat.

Saya menulis ikut hati sahaja. Orang kampung saya kata, ikut dan dia ja 😀

ummi tulis

Sepanjang coret-coret saya di dinding Facebook dan blog, saya sedar ada tiga perkara besar yang menyumbang kepada sukanya orang kepada apa yang kita tulis. Apabila orang suka membaca tulisan kita, maka tinggilah traffik ke blog (dan dalam situasi Facebook, tinggilah jumlah LIKE).

Orang yang kata traffik dan LIKE yang tinggi tak penting itu, mereka sebenarnya kurang faham how social media works. It is actually very crucial to people who write at FB walls and Blogs.

Jadi bagaimana nak tarik orang untuk suka dengan apa yang kita tulis?

Pertama, kita kena suka dengan apa yang kita tulis

Jadi perhatikan sebaiknya apakah yang kita suka tulis? Apakah yang menjadi minat kepada kita? Jika kita suka dengan apa yang kita tulis, kita akan menarik minat orang untuk suka membaca dengan apa yang kita tulis. Like attracts like. Dan kita juga secara tidak langsung membentuk circles pembaca yang berkemungkinan besar mempunyai pemikiran yang sama dengan kita. Sebab orang yang suka baca gosip artis baru lepas bercerai tidak akan berminat untuk ambil tahu cara berkomunikasi dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah speech delay contohnya.

Kedua, tulis apa yang kita tahu.

Saya suka berkongsi mengenai penyusuan dan anak kembar, dan saya sangat suka untuk menulis tentang itu. Jadi, saya tahu bagaimana cara terbaik untuk menyampaikan info mengenai penyusuan dan anak kembar menggunakan stail penulisan saya. Apabila kita faham sesuatu dengan lebih baik, maka mudah untuk kita menulis dan mengajak pembaca untuk sama-sama faham apa yang kita ingin sampaikan. Sebab kita sendiri dah pecahkan kebuntuan ketidakfahaman itu terlebih dahulu. Macam saya, saya nampak bagaimana ESP itu cepatkan proses cantikkan kulit sebab saya baca mengenainya, pergi bengkel nutrisi dan alami sendiri. Jadi penulisan saya menjadi lebih real sebab menulis dari hati.

ummi buku

Ketiga, kita perlu banyak membaca sebelum menulis

Tulisan yang baik, tulisan yang menarik dihasilkan daripada pembacaan. Semakin banyak kita membaca, selain menambahkan pengetahuan tentang sesuatu ilmu, semakin banyak kosa kata baru yang kita dapat. Bermain dengan kosa kata yang pelbagai dan secara sederhana dapat mencantikkan lagi hasil tulisan kita. Orang yang kurang membaca tidak akan terbiasa dengan struktur susunan ayat yang pelbagai yang hanya boleh didapati dengan pembacaan yang luas. And mind you, it goes too to what kind of things that you are keen to read. Jadi banyakkan membaca bahan-bahan yang baik.

Satu lagi perkara yang penting selain tiga perkara di atas ialah KONSISTEN. Tanpa konsisten dalam tiga perkara di atas, adalah sukar untuk menghasilkan tulisan yang baik dan menarik.

Mengapa saya suka tekankan dengan penulisan yang baik?

Sebab hasil buah fikiran yang baik, hasil sebuah tamadun yang baik hanya boleh diperturunkan kepada generasi yang seterusnya melalui tulisan yang baik. Orang jarang mengkaji hasil tulisan yang caca merba tatabahasanya, dengan isi yang langsung tiada manfaat untuk dikaji.

Kita suka untuk menarik lebih ramai pembaca supaya populariti blog (atau Facebook Page) kita lebih tinggi. Tapi kita perlu ingat, meningkatnya manusia yang membaca hasil tulisan kita, maka lebih pelbagailah ragam manusia yang kita akan hadapi. Di sini, kita perlu disipilin untuk mengekalkan jati diri, corak penulisan dan niat menulis.

Disiplin membantu kita on track. Membantu kita kekal sebagai hamba Tuhan yang sebenarnya hina tanpa bantuanNya.

Dan apabila kita sentiasa disiplin, insyaAllah, populariti itu kita gunakan supaya lebih ramai manusia menjadi lebih baik, menulis dengan baik, berbahasa dengan baik dan semoga akan menjadikan generasi masa depan yang baik.

Oleh itu, jika kita mahukan generasi masa depan sebagai generasi yang baik, yang IQRA’ dengan nama Tuhan, maka tulislah yang baik-baik, suburkanlah bahasa yang baik-baik.

Signature_edit2

5 thoughts on “Tips orang suka dengan apa yang kita tulis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge