Telur dan Sarapan pagi

Hari ini saya nak menulis sesuatu yang ringkas sahaja sebab saya nak luangkan masa buat kerja sambal bermain dengan anak-anak. Jadi saya pilih topik paling mudah dan dekat di hati anak-anak saya, iaitu telur.

credit : egginfo.co.uk

credit : egginfo.co.uk

Telur, bagi mereka yang tidak mengalami alahan terhadapnya (alhamdulillah, si kembar dan adik si kembar tidak mempunyai alahan terhadap telur), maka ia merupakan whole food yang sangat baik.

Mengapa ia dikatakan sebagai whole food?

Hal ini kerana telur mengandungi kumpulan asid amino, vitamin B dan sedikit karbohidrat. Atau untuk lebih detail lagi, menurut WebMd, kandungan nutrisi dalam telur ialah 75 kalori, 7 grams protein yang berkualiti tinggi, 5 grams lemak dan 1.6 grams lemak tepu, bersama-sama dengan zat besi, vitamin, mineral serta karotenoid.

Hebat kan? Dengan sebiji telur, anda dapat kadar nutrisi yang hampir lengkap.

Oleh itu, jika anak anda tidak suka makan nasi, 2 keping roti dan telur (terpulang sama ada anda mahu merebusnya atau membuat telur hancur) sudah cukup untuk keperluan protein dan karbohidrat buat mereka.

1 gelas susu segar atau jus buah-buahan pilihan melengkapkan lagi sarapan pagi anak anda dengan tambahan kandungan serat dan vitamin. Oh ya, saya bukanlah mahu memperkenalkan sangat gaya hidup ‘mat saleh’, tapi ini adalah pilihan jika anda mempunyai anak-anak yang mungkin picky eater. Ia juga boleh menjadi makan malam anak anda.

Wah, ini berita baik buat anda, ibu yang bekerja di luar rumah seperti saya! Sarapan pagi boleh bertukar menjadi makan malam.

Saya memang praktikkan ini di rumah. Ada kalanya saya masak pancake untuk anak-anak untuk makan malam apabila saya berasa malas (letih sebenarnya) untuk mengejar si kembar yang seorang lagi itu untuk makan nasi di meja makan.

Makan dengan berselera

Anak-anak sebenarnya tidaklah picky eater jika beliau masih mahu makan makanan yang cukup kumpulan makanan (karbo, protein, vitamin dan serat), cuma beliau sengaja nak suruh mak beliau kreatif dalam penyediaan makanan.

Sayalah mak yang kreatip sangat tu, (rolled eyes).

Selamat berhari minggu semua.

Signature_edit2

4 thoughts on “Telur dan Sarapan pagi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge