Lada hitam untuk ibu berpantang bersalin

Makanan-Pedas

Bagi ibu yang spesies suka makan pedas macam saya, stale dishes dengan sedikit rasa garam dalam menu berpantang memang sukar untuk menambat selera. Badan pun masih sakit, tambahan pula jika pengalaman pertama dengan anak sulung. Makan pun dengan terpaksa.

(Nak menyusu punya pasal, mestilah kena makan).

Alhamdulillah, ketika saya mengandungkan si kembar sampailah ke menyusu adik si kembar, Allah tarik ‘kemahiran’ makan pedas itu. Pedas sikit pun tidak boleh, asal cicip di bibir sahaja pun sudah mampu buat saya menangis. Sedangkan ketika zaman anak dara, jika tiada sambal tumis, cili api 3 batang dalam pinggan, memang boleh putus selera nak makan.

lada hitam

Oleh itu, untuk menambahkan sedikit rasa pada makanan, tambahkanlah sedikit lada hitam.

Continue reading