Menyusukan si kembar: Sihatkan diri anda wahai ibu

Mempunyai anak kembar, tidak kiralah bilangannya berapa, adalah sangat penting untuk ibu dan ayah berusaha untuk si kembar disusukan dengan susu ibu mereka. Hal ini bukanlah disebabkan penjimatan berganda, akan tetapi faedah di masa hadapan yang sangat panjang.

Salah satunya adalah sangat berkaitan dengan imuniti terhadap sebarang penyakit. Anak kembar, walaupun mungkin tidak seiras, DNA mereka hampir sama. Maka jika seorang anak kembar dijangkiti sebarang penyakit, ada risiko kemungkinan seorang lagi bakal dijangkiti juga, hanya cepat atau lambat sahaja. Itu baru 2 orang anak kembar, bagaimana jika lebih dari dua? Bagaimana jika si kembar mempunyai adik beradik yang lain?

Memang jadi dilema buat ibu dan ayah si kembar yang bekerja.

DSC00236

Untuk menjayakan penyusuan si kembar, selain pelbagai tip atau petua membanyakkan susu dan sebagainya, ada satu tip yang sangat penting dalam memastikan penyusuan si kembar akan terus berkesinambungan.

Ibu si kembar perlu sentiasa sihat.

Eh, apa kaitan pula kesihatan ibu dengan penyusuan si kembar?

Continue reading

Realiti mempunyai anak kembar : 6 Fakta yang patut anda tahu

Entri 10 Cara Semulajadi Untuk Mendapat Anak Kembar telah menyebabkan pageview saya mencanak naik ke puluhan K pada minggu ini. Setiap hari, entri itu sahaja di baca pada gandaan K (ribu). Saya harap keterujaan anda semua yang sangat inginkan anak kembar itu dapat juga disalurkan kepada keterujaan untuk belajar mengenai penjagaan mereka, cara melahirkan mereka (dengan mengabaikan mitos bahawa asal anak kembar sahaja kena melalui pembedahan, asal anak kembar sahaja mesti dilahirkan pra-matang dan seterusnya) dan pelbagai lagi ilmu lain.

Saya pernah juga menulis di Petua Anak Kembar, tentang serba sedikit realiti saya mengandungkan anak kembar saya.

Kali ini saya ingin berkongsi realiti mempunyai anak kembar yang pastinya anda perlu tahu. Memang seronok mempunyai anak kembar, tetapi disebalik yang seronok-seronok itu, jerih payahnya hanya ibu bapa kembar sahaja yang alami.

Continue reading

10 Cara Semulajadi Untuk Mendapat Anak Kembar

Sebenarnya sudah lama saya membaca mengenai kaedah untuk mendapatkan anak kembar SELEPAS saya sendiri disahkan hamil anak kembar saya.

SELEPAS tau, bukan sebelum.

Walaupun sebenarnya saya memang ada cita-cita mahukan anak kembar. Jiran pun kembar, junior sekolah, rakan sekelas pun kembar hatta kawan seuniversiti pun kembar. Mana ahkak tak teruja cek oii. Tapi, ketika di universiti, saya belajar satu perkara, anak kembar ini sebenarnya tidak suka apabila orang lain memandang mereka sebagai kembar, bukan sebagai individu.

twins-fetal-development-week-36

Apabila saya sendiri mempunyai anak kembar, dan walaupun anak-anak saya sedang dalam fasa belajar bercakap, I can see it well. Saya sendiri pun tidak suka orang lain overly excited dengan anak kembar saya.

Hanya yang mengalami sahaja akan memahami kan?

Kami, ibu ayah si kembar, selalu sahaja ditujah dengan Frequently Asked Question (FAQ),

‘Ada petua tak nak dapat anak kembar?’

Continue reading

5 perkara  yang anda perlu buat apabila positif mengandung kembar

Pada hari raya aidiladha tahun lepas, saya dipertemukan oleh Allah dengan seorang ibu yang berkemungkinan mengandung kembar. Kandungan beliau sekarang merupakan kandungan yang ketiga dan beliau mengalami sedikit pendarahan. Beliau sudah pun menjalani pemeriksaan dengan doktor dan diminta datang semula dua minggu kemudian.

Alhamdulillah kami dipertemukan kerana beliau dan suami memang mencari pasangan atau ibu yang pernah mengandung anak kembar. Sebab itu, kita kena percaya kepada pertolongan Allah, jika kita memang perlukan pertolongan, insyaAllah akan sampai bantuan tersebut.

Dan saya juga telah bercerita sedikit sebanyak mengenai pengalaman saya dan suami ketika mengandungkan si kembar dahulu. Seronok saya dapat membantu dan berjumpa dengan mereka.

Jadi saya yang gatai tangan menulis dan gatai kepala mencari idea, mulalah mengarang satu entri mengenai hal ini.

Chill mom

Chill mom

Ok, apa nak buat apabila positif mengandung kembar?

Continue reading