Brain injured children : Konsep ‘litar tertutup’

Ketika ilham mula datang kepada saya untuk menulis mengenai ini, saya mengambil masa beberapa hari berfikir dan ‘menulis’ di dalam kepala. Cernakan isi. Hal ini kerana, saya begitu pasti yang saya akan mengambil masa yang lama jika saya sendiri tidak begitu memahami dengan jelas mengenai topik ini.

Pardon me if my explanation is not enough and do correct me if there is info that is incorrect.

Sebagai seorang yang pernah belajar dan bekerja dalam bidang elektrikal (oh bidang elektrikal sangatlah luas), sebarang pernyataan mengenai litar (circuit), penebat atau pengalir sangat cepat untuk menarik minat saya.

Walaupun sebenarnya, saya langsung tidak berminat dengan elektrik hahahah, tetapi terjun ke bidang ini setelah beberapa pilihan dibuat 😛

Ini antara tulisan saya mengenai penebat dan pengalir, konsep yang boleh digunapakai untuk memahami fungsi otak dan mengembangkannya menjadi lebih baik,

http://qiderfirdaus.com/konsep-penebat-dan-pengalir-bantu-…/

Continue reading

Speech Delay Journey : Mulakan langkah pertama.

Sebenarnya, saya sudah lama drafted beberapa tajuk (tajuk sahaja pun) sebegai panduan untuk menulis mengenai ini. Semuanya adalah disebabkan saya hendak wujudkan kesedaran mengenai hal ini. Akan tetapi, apabila mengandung lagi dan mula ke kelas AMANI Birth, maka melalutlah saya ke perkongsian mengenai kelahiran alami pula.

Sehinggalah semalam, seorang kawan lama saya mesej saya secara peribadi,bertanyakan hal ini. Itu pun, selepas beliau come across coret-coret penuh perasaan saya mengenai speech delay di Facebook.

speech delay

Maka bermulalah saya dengan entri yang ini. Moga saya akan istiqamah untuk entri yang seterusnya, insyaAllah.

Please note that I am sharing this as a mother. Solely, from my own experience with my boys. I am not a speech therapist, not even a specialist in child development, just yet. Different people, might go for different approach or path.

Okey, disebabkan kita ni tinggal di Malaysia, dengan semua perkara ada protokol yang perlu diikuti, (melainkan anda ada wang besar, anda boleh langkau protokol tersebut), maka protocol it is. By protocol, I mean, referral letter.

langkah pertama

Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk langkah pertama ini?

Continue reading