Sourdough Plain Loaf

Saya tidaklah membuat roti setiap hari. Boleh tumbang kot haha. Cumanya sengaja saya kemaskini blog dengan resepi roti pada hari berlainan. Kedua-dua roti wholemeal dan plain ini saya buat bersama-sama dengan kawan-kawan yang ingin belajar mengenai sourdough pada hujung minggu lepas.

Cuma yang plain loaf ini, saya tidak larat untuk menguli sehingga elastik (iya, saya membuat roti secara manual sahaja), maka ia dilempar sahaja di dalam peti sejuk. Keesokannya barulah saya bentukkan dan bakar.

Okay, enough fret, moving on to recipe.

Sourdough Plain Loaf

plain-sandwich-loaf_edited

Continue reading

Sourdough Wholemeal Loaf

Apabila sudah mula mendapat hasil roti yang lebih baik, maka mulalah berani melakukan percubaan terhadap roti dengan penggunaan tepung berbeza untuk hasil berbeza.

Saya menggunakan teknik yang sama, slow proofing. Akan tetapi jika anda mempunyai mesin pembuat roti atau mixer atau anda mampu menguli sehingga doh menjadi elastik, anda boleh teruskan ke kaedah seterusnya, iaitu peram doh 4-6 jam.

Menggunakan sourdough (yis liar) memerlukan proses pemeraman yang lama. Ini adalah kerana kita mahukan yis liar kita itu menguraikan gluten di dalam doh dengan lebih baik dan efisien.

wholemeal-loaf_edited

Nantilah saya ceritakan kebaikan penggunaan yis liar ini. Terus sahaja masuk ke resepi. Kali ini saya memberanikan diri membuat Roti Buku Gandum Penuh (Wholemeal Loaf).

Sangat mudah, ringkas dan sedikit sahaja bahan yang saya gunakan. Saya sebenarnya lebih menggemari resepi yang sedikit bahan-bahannya.

Sourdough Wholemeal Loaf

Continue reading

Sourdough Loaf with Raisin and Dates

roti-raisin

Punyalah lama tidak menulis, tiba-tiba naik resepi roti menggunakan yis liar (sourdough). As it name implies, ia tidaklah masam sebenarnya, melainkan jika kita peram lebih lama.

Disebabkan saya membuat secara manual, dan tidaklah begitu beriya untuk menguli, saya menggunakan teknik slow proofing, campak sahaja ke dalam peti ais selama 24 jam, biar sahaja proses pemeraman yang lama itu melembutkan roti saya.

Doh ini memang sangat lembik, tapi tidaklah sampai jadi batter cucur tu. Nak bentukkan memang jenuh, tetapi masih boleh dibentuk. Hidrasi adalah sangat tinggi.

Disebabkan saya masih ingat bagaimana roti saya yang sebelum ini lembut selepas dibakar (dan tidak menulis resepinya haha), maka saya layankan sahaja.

Slow proofing really do wonders.

Now, the recipe please.

Sourdough Loaf with Raisin and Dates

Continue reading