Mana buku ummi?

Ummi memang gemar membaca. Dari kecil lagi ummi suka menghabiskan duit dengan membeli buku. Pantang sahaja berita pesta buku sampai ke pengetahuan, ummi sanggup memujuk tokwan atau menapak seorang diri ke pesta buku tersebut. Pernah ummi dimarahi tokwan kerana menghabiskan duit membeli buku cerita. Dan buku-buku yang ummi beli akan ummi baca berulang-ulang kali.

Di rumah ini ada sebuah almari yang dikhaskan untuk buku-buku dan majalah serta al-Quran. Oleh sebab si kembar dan adik mereka suka ‘mengemas’ barang, maka hanya bahagian atas (almari ) sahaja dipenuhi oleh buku. Kononya, anak-anak tidak akan dapat ‘mengemas’ buku-buku di bahagian atas.

Si kembar juga sukakan buku sebenarnya. Tetapi minat mereka itu turut datang dengan keghairahan untuk merenyuk dan mengoyak buku, maka ummi agak kurang galakkan mereka untuk ‘bermesra’ dengan buku-buku ummi.

Suatu hari, si kembar bermain berdekatan sofa yang bersebelah dengan almari buku tersebut. Pintu almari dibuka luas, tapi disebabkan tiada bunyi renyuk, koyak dan buang, maka ummi biarkan sahaja. Lagipun ummi sibuk dengan perkara lain hari itu.

Continue reading

Growing up with them (part 12)

In episode : Brotherhood (Adik-beradik)

Cerita ini sudah lama sebenarnya. Diceritakan oleh Mak Njang yang ketika itu ada bersama-sama di rumah sebulan yang lalu. Ketika itu, ayah outstation selama seminggu lebih. Rayyan, Furqan dan Farhan demam ala-ala pas baton. Orang ini demam, yang lain sihat, apabila yang demam pulak sihat, yang sihat itu pula terjangkit demam. Sistem imun rendahlah agaknya tu. Dan baton demam itu berpusing-pusing giliran antara budak tiga orang itu sehinggalah ummi naik letih melayan, dan terus bancuh Nutriferon dan bagi mereka minum tiga hari berturut-turut. Alhamdulillah, lepas itu,kahak pun tiada bunyi. ‘Ambik kau virus, nak menempek jugak kat anak-anak aku’, kata ummi yang tidak cukup tidur kerana suspen dengan suhu tinggi anak-anak.

Berbalik kepada cerita, suatu hari Farhan si budak sudu (bak kata ayahnya, sebab suka main sudu,sudu ibarat teddy bear dia, tidur pun peluk sudu tau), telah membengkokkan sudunya sehingga nampak seperti terlipat dua. Saja nak test power sudu tu gamaknya. Apabila sudah bengkok, perlulah di betulkan kembali, ye tak? Malangnya, beliau tidak berjaya melakukannya.

Continue reading

Sketsa Anak-anak (Part 5)

In episode :  Bila dah membeli-belah tu..

Dalam banyak-banyak cara melepaskan tekanan, membeli-belah merupakan antara cara yang agak berkesan. Janji tak over spend lah kan. Bukan mak bapak je find peace in shopping, budak-budak pun sama naik aje.  Tiap kali aje lalu depan Econsave, confirm si kembar dan adik si kembar mengarahkan ayah membelok ke situ. Dan tiap-tiap kalilah ummi atau ayah akan mengulang ayat yang sama, ‘nanti kita ada duit, barang rumah dah habis, baru kita ke sana ye’. Most of the times, anak-anak boleh terima, tetapi ada kalanya, protes juga. Masalahnya, memang kami tidak boleh mengelak dari melalui jalan tersebut, sebab jalan itu adalah jalan paling dekat antara rumah dan tadika si kembar.

Apabila tiba masa yang sesuai itu, maka berangkutlah semua orang ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah. Ketika itu Mak Njang berada bersama-sama kami. Apabila barang-barang keperluan telah penuh di dalam troli (2 troli ye), bergeraklah kami semua untuk pergi membayar. Ummi ketika itu masih berlari ke sana-sini mengambil beberapa barang yang ummi lupa manakala ayah dan Mak Njang telah pun beratur di kaunter pembayaran.

Sampainya ummi di kaunter tempat ayah dan Mak Njang beratur,

Tesco_1

Seorang dah di atas conveyor, nasib baiklah tak jadi macam kes Abang Rayyan tahun lepas tu, seorang lagi menyorok di bawah conveyor. Ummi pun tidak pasti motif si Furqan duduk di situ. Abang Rayyan pulak? Haaa, Rayyan pula tengah sibuk………..

Tesco_2

……….mengangkut segala barang dari dalam troli beliau ke kaunter bayaran. Semangat betul, siap nak tolong ambil barang-barang yang ada dari tangan Mak Njang dan Ummi lagi, risau agaknya tak sampai. Beliau memang suka betul proses ni, lagi banyak barang dia kena angkat (hatta berat sekalipun) bertambah seronoklah beliau jadinya.

Sebenarnya kan, segala aktiviti dan apa sahaja mengenai anak-anak, ummi suka untuk rakamkan. Sangat suka dan itu merupakan sebab utama ummi membeli telefon pintar (yang sudahpun retak cerminnya dibaling oleh Rayyan). Dulu-dulu, anak-anak suka juga untuk bergambar, sekarang ini dah besar barangkali,

Tesco_3

Ummi kena marahlah pulak. Kalau ayah yang jeling-jeling paku, fahamlah juga, sebab tengah sibuk-sibuk pun sempat lagi snap gambar, dan malu pada orang belakang yang ramai beratur. Tapi entahlah, ummi sukar hendak lepaskan peluang yang ada, gatal sahaja tangan nak abadikan momen indah dan menarik dengan anak-anak. Sekarang ni kalau ummi over snap gambar, memang kena ‘babap’ dengan anak-anak. Sadis tak?

Ah tak peduli, bila lagi kan nak ambil gambar dan tulis banyak-banyak pasal mereka. Menulis cerita-cerita mereka pun merupakan terapi tekanan ummi yang paling baik sebenarnya. Lepas ni nak buat banyakkkkkkkk lagi komik pasal mereka, moga-moga ummi disempatkan masa.

Nanti kita shopping lagi tau!

Signature_edit2

Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 20)

In episode :  Aktiviti di bilik gelap….

Ini sebenarnya cerita bulan lepas (dah sebulan baru nak bercerita, sibuk sangatlah ye..). Ketika ini majlis kesyukuran untuk adik lelaki ummi (Pak Ngah) yang melangsungkan perkahwinannya. Semua orang sibuk ketika ini termasuklah ummi. Yelah, ketika majlis ummi dulu, adik-adik ummi bertungkus-lumus menjayakannya, takkanlah ummi nak duduk melahu je kan? Ummi tolong setakat yang terdaya je, dengan si Farhan langsung tak boleh ditinggalkan barang sesaat, nak mintak berdukung saja.

Walaupun kelam kabut melayan tetamu, lauk tak cukup, bungkus lauk, ummi sempat menyedari ketiadaan si kembar (sebab tiba-tiba tiada tangisan budak di tengah-tengah orang ramai). Wah, macam nak luruh jantung ummi apabila bertanyakan kepada sanak saudara di dalam dan di luar rumah, tiada siapa pun yang melihat mereka. Ah sudah, pergi mana pulak budak-budak ni?!

Akhirnya ummi masuk semula ke rumah dan pergi ke bilik belakang tempat segala goodies bag untuk tetamu tersimpan. Apabila terbuka sahaja pintu, ummi terus menjerit, “Ya Allahhh…” (walaupun dalam hati bersyukur sangat sebab jumpa mereka di dalam bilik tersebut).

Continue reading

Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 19)

In episode :  Memang feeling habis makan di tepi laut

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga bergerak ke utara, on short notice. Ayah ada tugasan di sana. Kebetulan pula, mak njang sepatutnya pulang ke Perlis setelah seminggu menghabiskan masa di Bangi, maka hasrat untuk menghantar beliau dengan menaiki bas dibatalkan dan semuanya diangkut sekali. Ummi memang gementar hendak mengharungi perjalanan selama 7-9 jam bersama si kembar dan adik mereka, bukan sebab takut letih (jangan risau, supplemen Shaklee kan ada, ok poyo di situ), tapi risau tidak mampu mengawal emosi dalam menangani 3 pahlawan perang Badar itu.

Alhamdulillah, disebabkan keberadaan mak njang, maka ummi masih mampu mengekalkan kewarasan walaupun si kembar berlari macam kena kurung setahun di rumah ‘kekdahnya’ di sepanjang unplanned cuti-cuti Malaysia itu. Selepas ayah menyelesaikan tugasan beliau, barang yang diperlukan pun telah diambil, maka kami duduk bersantai di kawasan teluk (jika boleh dikatakan teluk) yang berdekatan dengan Queensbay Mall, Bayan Lepas.

Continue reading