Pancake Lembut Perasa Coklat Tanpa Telur

(Fluffy Chocolate Pancake without Egg)

Pancake perisa coklat

Pancake perisa coklat

Entah kenapa, saya jadi teringin sangat untuk makan pancake perasa coklat. Apabila godek resepi di serata alam dengan enjin carian google, banyak pula resepi yang menggunakan tepung pra-campur brownies. Argghh..sangat tidak menepati citarasa saya yang suka kepada resepi yang dibuat from scratch dan bahannya mudah untuk didapati di rumah.

Bukanlah saya ini berlagak pandai, cumanya dalam keadaan GST yang tidak diperkenalkan lagi ini pun, harga barang sudah ke paras hidung tahap mahalnya, apatah lagi apabila GST dikuatkuasakan. Entah-entah tepung gandum pun sudah tidak mampu nak beli yang paling bagus. Tepung pra-campur lagilah mencanak naik harganya. Lebih baik lagi jika bahan so called premix itu kita buat sendiri di rumah. Kan jimat tu.

Kali ini buat memang comel-comel je saiznya

Kali ini buat memang comel-comel je saiznya

Disebabkan di rumah saya tiada serbuk koko, jadi saya gantikan kepada serbuk VICO. Jika anda menggunakan coklat masakan, cukuplah sekadar 1 sudu besar coklat cair. Dan hukumya tetap sama, bahan cecair campur dengan cecair, kering dengan kering, apabila dah ready, baru campurkan kering dan basah. Ini adalah untuk mengelakkan overmix (adunan menjadi terlampau pekat atau terlampau cair).

Jadi mari lihat bagaimana resepi pancake perasa coklat ini.

Continue reading

Simple overnight oat

Being a mother to a set of twins and their younger brothers, I always love a very simple dish, no chemicals use, quick to be made and complete with essential nutrition. That does seem a lot to demand, by with limited time of cooking and three boys craving your attention at the same time, I have not much option but to obey that demand.

picture from happybeinghealthy.com

picture from happybeinghealthy.com

I have come across this simple and quick recipe, overnight oat. It tastes marvellous and if you are creative enough, your so-called picky eater children would think that they had dessert during breakfast or dinner time.

There are a lot of version how you can make it, however this is the one that I like it the most because of simplicity of it.

You will need,

Continue reading

Resepi Pancake Mudah tanpa Serbuk Penaik

(Pancake without Baking Powder/Baking Soda)

Pancake tanpa baking powder

Pancake tanpa baking powder

Sehingga entri ini ditulis, saya telah memasak sebanyak 3 kali pancake tanpa serbuk penaik ini. Saya juga membiarkan leftover di bawah tudung saji dan alhamdulillah tiada bau pelik seperti yang saya hadapi dengan resepi pancake sebelum ini. Saya memang kurang sedikit dengan penggunaan bahan kimia. Resepi yang lepas tu saya cuba jugak sebab sebelum ni pancake saya memang leper, tak macam yang saya selalu tengok di blog resepi mat dan minah saleh. Cemburu kot.

Amacam, tebal tak,tebal tak?

Amacam, tebal tak,tebal tak?

Ketika pertama kali buat, memang fluffy, tebal dan lembutnya subhanallah. Dan selepas 3 kali buat, saya perasan,

  1. Selepas pukul telur putih sampai kembang tu, make sure adunan tepung dah siap, supaya telur putih tu tak jadi cecair semula. Satu kerja pulak nak pukul semula.
  2. Adunan tepung (batter) itu jangan terlampau cair, biar pekat sedikit. Kali pertama saya buat, adunan saya pekat sedikit, dan memang pancake jadi tebal. Bila saya buat kurang pekat (sederhana), pancake saya masih fluffy tapi kurang tebal dari yang pertama kali, tapi yang penting, pancake saya tetap naik.
Nampak tak gugusan telur putih itu? Kaup dengan lemah lembut tau

Nampak tak gugusan telur putih itu? Kaup dengan lemah lembut tau

Continue reading

Sup Ikan Siakap

Satu perkara yang saya selalu titik beratkan dalam memasak sup (atau memasak masakan apa pun) kepada anak-anak, hidangan itu mestilah ringkas, tidak memerlukan saya terlalu lama memasak, boleh dimakan lebih dari sehari (tidak menjemukan dan tahan lama tanpa perlu dimasukkan ke dalam peti sejuk) serta lengkap dengan nutrisi.

Dan apabila memasak untuk anak-anak, pastilah tidak pedas, kurang serba serbi perasa tiruan dan perlu pandai dalam adjust bahan-bahan masakan supaya walaupun tanpa perasa (garam dan gula), sup saya secukup rasa. Jadi ayah ibu pun berselera makan hidangan yang sama dengan anak-anak. Selalunya anak-anak akan lebih berminat untuk makanan makanan yang ayah dan ibu mereka makan.

Sup ini memang mudah, sangat sesuai untuk pembuka selera anak-anak ketika mereka demam atau selsema. Dimakan bersama bubur atau nasi panas. Jika mereka tidak mahu makan nasi sekalipun, ubi kentang sudah cukup menjadi pelengkap nutrisi. Seronok kan? Tak perlu nak pening-pening anak tak nak makan nasi.

Okey, mari kita lihat cara-cara memasaknya.

Continue reading

Resepi Pancake Mudah dan Lembut

Dalam episod anak-anak saya beralih angin tidak berselera menjamah nasi (kecuali nasi bersama-sama ikan masak lemak kuning, itu memang sampai bersila di atas meja), dan jemput-jemput pun sudah dipandang sepi (mana taknya, selalu sangat buat jemput-jemput), maka saya pun mula mencari resepi pancake yang sedap, mudah dan lembut. Setelah beberapa kali percubaan dan carian resepi, akhirnya saya berpuas hati dengan resepi yang ini.

Pancake

Pancake

Continue reading

Cara Membuat Nugget Ayam dengan Sayuran Homemade

Semalam saya sudah kongsikan cara membuat nugget ayam, kali ini saya up kan dengan menambahkan sayuran. Jika anda mempunyai anak-anak yang pantang nampak sayur terus jem tak nak makan, resepi ini mungkin untuk anda. Tipsnya di sini, gunakan sayur yang manis.

Anak-anak saya Alhamdulillah tidak bermasalah sangat untuk makan sayur, sebab umminya makan sayur dan selalu kena suruh makan sayur. Tapi sudah namanya budak, ada juga masa-masa yang mereka reject sayur. Jadi mari periksa bahan-bahan di bawah, selepas itu bolehlah jenguk peti ais.

Senang je nak buat.

Continue reading

Cara Membuat Nugget Ayam Homemade

Saya adalah kurang suka dengan isi ayam bahagian dada. Anak-anak pulak, tidak akan makan jika isi ayam yang digoreng garing (ayahnya suka goreng garing) yang telah sejuk. Sebab dia jadi keras kejung. Jadi untuk menyelamatkan isi ayam dan memastikan ia lembut walaupun digoreng garing, maka saya pun me‘rajin’kan diri untuk membuat nugget ayam.

Jadi mari kita tengok bahan yang diperlukan dan cara membuatnya.

Continue reading

Cara Membuat Bebola Ayam Homemade

Semalam saya telah kongsikan cara membuat bebola ikan. Cara membuat bebola ayam sebenarnya adalah lebih kurang sama dengan pembuatan bebola ikan. Tetapi kali ini, bebola ayam saya adalah lebih cantik dan benar-benar seperti yang saya mahukan. Pengajarannya, guna pengisar kering atau food processor, jangan guna pengisar biasa. Penggunaan tepung pun hampir tidak perlu sebenarnya untuk pembuatan bebola ayam ini.

Mari kita lihat bahan dan cara membuat bebola ayam yang mudah dan sedap ini.

Continue reading

Cara Membuat Bebola Ikan Homemade

Sebenarnya sudah lama saya sangat teringin untuk cuba membuat bebola ikan. Saya mahukan resepi yang mudah dan penggunaan tepung yang minima. Malangnya apabila saya mencari cara pembuatannya di blog tempatan, rata-ratanya banyak mencampurkan dengan pelbagai jenis bahan yang pastinya hanya membantutkan selera anak-anak saya. Akhirnya, seperti biasa saya mendapat resepi yang lebih mudah dari penulis blog luar negara.

Saya suka cara pembuatan bebola ikan dari blog ini, sangat fresh dan menepati citarasa saya yang sukakan sesuatu yang mudah dan sedap. Beliau menggunakan pisau untuk melembutkan isi ikan, dan bahannya cuma ikan dan garam sahaja serta sedikit air. Best kan?

Continue reading