6 Tips memasak dengan pantas setiap hari

cooking

Hari khamis yang lepas, saya sempat  memasak nasi ayam, siap dengan ayam goreng yang diperap bersama sos cili. Ketika saya membungkus bekal makan buat suami, diri sendiri dan adik si kembar (si kembar sudah disediakan makanan di tadika, jadi jika bukan spageti Bolognese, memang saya tidak akan bekalkan apa-apa kepada mereka), saya baru tersedar bahawasanya saya terlupa memasak sup. Nasi ayam apanya kalau supnya tiada? Hampas betul.

Jam sudah pun hampir ke pukul 8 pagi, sudah tidak sempat untuk membuat sup, maka saya terus bergegas bersiap untuk ke pejabat. Untuk sahabat yang mengenali saya, mereka tahu yang saya ini jarang membungkus lauk dari luar. Hatta ketika si kembar masih belum lahir lagi, saya dan suami lebih kerap makan di rumah.

Dan mereka juga tahu, bahawasanya anak-anak saya adalah spesies budak-budak yang suka ummi mereka berkepit 24jam dengan mereka. Memang cemburu habis kalau umminya memasak di dapur. Setakat meraung di kaki ala-ala drama swasta tu dah biasa. Anak-anak yang menyusu badan memang macam itu kot.

Jadi mereka sangat amaze apabila saya kemaskini status dengan masakan saya. Sedangkan sebenarnya, dengan few tricks, saya mampu memasak hampir setiap hari walaupun saya sibuk.

Okey, bagaimana saya memasak dengan situasi rumah yang hectic itu?

Continue reading

Bila anak memilih makanan bisa bikin ummi jadi MAKHLUK HIJAU

Saya adalah antara ibu yang boleh tahan anak-anak mengamuk, tantrum bagai, memekik sekuat hati dan meluahkan segala benda yang mereka tidak puas hati dengan suara yang bisa bikin gegendang telinga pecah dengan syarat MEREKA MAKAN KETIKA WAKTU MAKAN! Apabila mereka tidak makan pada waktu yang sepatutnya makan, asyik negotiate dengan kita untuk ditukarkan makanan yang mereka perlu makan dengan crackers, yogurt atau aiskrim, oh sayalah ibu yang bakal bertukar jadi MAKHLUK HIJAU itu.

Si kembar saya tergolong dalam kategori memilih terutamanya my precious and adorable Furqan. Rayyan sekurang-kurangnya ada juga usaha untuk makan walaupun sedikit (Adik Farhan alhamdulillah, lagi prefer nasi dengan ikan daripada mee,selamat ummi, tak perlu nak kena masak macam-macam). Si kembar mula memilih makanan setelah mereka berumur setahun lebih. Mungkin disebabkan mereka sudah tidak menyusu badan agaknya, entahlah, saya pun tidak pasti sebabnya, tapi selalu berfikir sedemikian. Bermulanya mereka memilih makanan menyebabkan saya memvariasikan masakan. Daripada nasi dengan sup, kepada pasta bolognaises lah, jemput-jemput bilis, bawang (tanpa garam dan gula semestinya) dan sebagainya.

Continue reading