Pathway of Fitrah : Merangkak (Creeping)

Sebenarnya, banyak yang saya nak tulis mengenai perkembangan otak hasil pemerhatian saya dengan anak-anak. Penulisan saya banyak berkisar kepada apa yang saya faham, baca dan perhatikan pada anak-anak saya.

Disebabkan saya sudah terlepas peluang (fasa bayi) dengan abang-abang beliau tetapi kemudiannya Allah anugerahkan beliau kepada kami, maka saya gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengaplikasikan ilmu yang saya belajar di Institut Nury.

Allah Maha Baik pada kami sekeluarga.
Saya bukan sahaja belajar mengenai perkembangan anak-anak yang mempunyai kecederaan otak (brain injured children) tetapi juga diberi peluang untuk memulakan stimulasi pada bayi, belajar dari tahap pertama perkembangan otak anak.

Saya akan terangkan dengan lebih terpeinci di dalam entri yang lain mengenai tahap perkembangan otak. Siri ini banyak membincangkan mengenai apa yang bayi saya sudah capai, stimulasi yang saya buat dan jika ada delay, mengapa ia terjadi.

Continue reading