Makanan ketika berpantang untuk ibu yang bersalin secara pembedahan

Saya melahirkan si kembar bijak dan soleh saya itu melalui pembedahan 3 tahun yang lepas. Saya menerima pelbagai pertanyaan mengenai pemakanan ketika berpantang bagi ibu yang bersalin secara pembedahan. Dengan itu, saya kongsikan gabungan pengalaman saya berpantang dan info yang saya dapat dari sedikit carian di internet.

Sangat penting untuk berpantang

Sangat penting untuk berpantang

Secara umumnya, ibu-ibu yang bersalin perlu menjalani tempoh berpantang, lebih-lebih lagi ibu yang bersalin melalui proses pembedahan. Tempoh berpantang ini bukanlah suatu tempoh untuk menyeksa ibu-ibu, ia hanyalah suatu regim diet dan penjagaan kesihatan demi memastikan kelangsungan kesihatan ibu-ibu pada tahap optimum. Jadi terpulang kepada ibu-ibu untuk memilih untuk berpantang atau tidak.

Mengikut ilmu perbidanan Melayu lama, tempoh berpantang adalah selama 44 hari, dan ada juga yang saya jumpa menyarankan supaya ibu bersalin pembedahan berpantang selama 100 hari (berpantang in termasuk penjagaan pemakanan dan jimak bersama suami). Ibu dan ibu saudara saya juga ada menyarankan supaya berpantang pada sesetengah makanan seperti bihun, mee dan laksa selama 6 bulan sehinggalah setahun kerana dikhuatiri makanan jenis ini memberi kesan kepada badan ibu. Saya cuma bertahan pada 8 bulan sahaja (sebab dah termengandung adik si kembar ketika itu, hehe).

Continue reading