Pathway of Fitrah : Berjalan (Walking)

Ada 7 tahap perkembangan otak manusia. Bermula dengan medulla oblongata, pons, otak tengah dan korteks (korteks terbahagi kepada 4, permulaan, awalan, primitive dan tertinggi). Ia akan berhenti dan mencapai tahap terbaik pada umur 6 tahun. Untuk anak istimewa, ia tidak berhenti pada 6 tahun, bergantung pada tahap kecederaan otaknya.

Saya banyak mengaitkan perkembangan otak ini dengan gerak geri, perasan tak? Menjulur, merangkak dan berjalan. Hal ini kerana, ia adalah perkembangan yang paling ketara diperhatikan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Dan, daripada 6 perkara yang hanya boleh dilakukan oleh manusia sahaja (berbanding makhluk lain di muka bumi ini), berjalan secara menegak (dua kaki) merupakan salah satu daripadanya.

Princess warrior saya mula berjalan setelah 2 bulan beliau mecapai tahap merangkak yang sempurna (merangkak dalam langkah silang).

Dalam 4 tahap perkembangan gerak-geri setakat ini, saya perhatikan, princess warrior paling banyak ‘songeh’ apabila sampai ke tahap ini.
Continue reading

Pathway of Fitrah : Merangkak (Creeping)

Sebenarnya, banyak yang saya nak tulis mengenai perkembangan otak hasil pemerhatian saya dengan anak-anak. Penulisan saya banyak berkisar kepada apa yang saya faham, baca dan perhatikan pada anak-anak saya.

Disebabkan saya sudah terlepas peluang (fasa bayi) dengan abang-abang beliau tetapi kemudiannya Allah anugerahkan beliau kepada kami, maka saya gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengaplikasikan ilmu yang saya belajar di Institut Nury.

Allah Maha Baik pada kami sekeluarga.
Saya bukan sahaja belajar mengenai perkembangan anak-anak yang mempunyai kecederaan otak (brain injured children) tetapi juga diberi peluang untuk memulakan stimulasi pada bayi, belajar dari tahap pertama perkembangan otak anak.

Saya akan terangkan dengan lebih terpeinci di dalam entri yang lain mengenai tahap perkembangan otak. Siri ini banyak membincangkan mengenai apa yang bayi saya sudah capai, stimulasi yang saya buat dan jika ada delay, mengapa ia terjadi.

Continue reading

Pathway of Fitrah : Menjulur (Crawling)

Saya sepatutnya menulis mengenai ini (secara detail) 6 bulan yang lalu. Tetapi apakan daya, mengemas kini di Facebook adalah lebih mudah (mudah kerana bahasa yang tidak begitu skema mungkin) dan pantas.

Demi ilmu yang ingin dikongsi, maka saya paksa diri untuk menulis. 6 bulan lepas, princess warrior saya naik ke  tahap kedua dalam perkembangan otaknya.

Dia menjulur (crawling) setelah 6 bulan saya menanti. Mungkin anda yang membaca merasa agak keliru dengan penulisan saya. Bukankah crawling dalam bahasa Inggeris diterjemahkan sebagai merangkak di dalam bahasa Melayu?

Bagi memudahkan pemahaman terma, maka saya menggunakan terma seperti yang digunakan oleh IAHP. Untuk merangkak, mereka menamakannya creeping. Menjulur adalah crawling.

Continue reading

5 Panduan buat ibu bapa anak istimewa

Setelah beberapa bulan panglima-panglima Badar saya di pra sekolah baru, baru pagi tadi saya berjumpa dan berkenalan (serta mengingat nama dan muka) dengan cikgu-cikgu mereka. Dengan cikgu besar dah berapa kali sembang dah.

Paling terkesan, apabila salah seorang cikgu berkata pada saya, ‘akak janganlah fikir anak-anak akak tu menyusahkan kami. InsyaAllah anak-anak akak okey je. Kadang bila saya stress (sebab ter ‘marah’ kawan yang lain), dia (salah seorang panglima Badar saya) pulak yang pujuk’.

Sembang-sembang itu lebih kepada macam mana kerjasama yang kami boleh lakukan buat anak-anak supaya apa yang dilakukan di pra sekolah dapat diteruskan di rumah, begitulah sebaliknya.

Dan baru semalam juga, seorang sahabat, berkongsi dengan saya mengenai cerita seorang ibu, anak istimewa dan pra sekolah francais di tempat beliau.

Continue reading

There is someone waiting for you, in silence

I had two stories today.

One is mine, the other is from a father who had a special child.

I had wrote this at my page, and I received a private message from a mother who had brain injured children, yes, child in plural. Children who had brain injury. I know how it feels although my children are maybe, well, mild.

Then it occurred to me, why not I share this in my blog. It may reach those who had brain injured children like us too.

So the stories go like this.

Continue reading