Minum susu ketika dalam pantang (bersalin)

Saya adalah spesies manusia yang kurang minum susu tepung walaupun semasa zaman kanak-kanak dahulu mak saya selalu bancuh susu tepung sebagai sarapan pagi. Apa yang saya perasan, apabila saya minum susu tepung, saya mesti ke tandas selepas itu.

Ayah saya pun mengalami masalah yang sama. Tapi saya tetap minumlah, sebab mak dah bancuh dan saya memang suka susu pun. Dan sejak itu saya tercari-cari susu yang dapat saya nikmati tanpa perlu sakit perut setelah itu.

milkSehinggalah saya ada duit sikit untuk beli susu segar, saya perhatikan selepas minum susu saya tidak lagi ke tandas. Wow, maka saya buat kesimpulan, susu segar adalah terbaik buat usus saya.

Jadi, bagaimana untuk minum susu ketika berpantang? Susu segar kan dalam keadaan sejuk (unless anda dapat susu mentah yang segar dari ladang terdekat)? Continue reading