Petua anak kembar

Saya ada membaca beberapa tips dari segi pemakanan dan lain-lain yang membolehkan kandungan kembar berlaku. Sekaligus dapat memenuhi impian ramai ibu bapa lain yang sangat menginginkan anak kembar. Tapi saya belum mahu berkongsi mengenai itu lagi. Saya nak berkongsi mengenai realiti kami, mak ayah si kembar.

si kembar_8bulanHatyai

Kata orang, sekali sakit, keluar dua (atau tiga, atau empat) terus. Tapi realitinya, hanya kami, para ibu bapa kembar sahaja yang mengalaminya disebalik kecomelan si kembar kami.

Ketika saya mengandungkan si kembar sehinggalah si kembar saya membesar berlari-larian di sana sini, FAQ (frequently asked question) yang saya selalu dapat ialah,

‘Cer bagi petua sat, macam mana hang dapat twins?’

Continue reading

5 perkara  yang anda perlu buat apabila positif mengandung kembar

Pada hari raya aidiladha tahun lepas, saya dipertemukan oleh Allah dengan seorang ibu yang berkemungkinan mengandung kembar. Kandungan beliau sekarang merupakan kandungan yang ketiga dan beliau mengalami sedikit pendarahan. Beliau sudah pun menjalani pemeriksaan dengan doktor dan diminta datang semula dua minggu kemudian.

Alhamdulillah kami dipertemukan kerana beliau dan suami memang mencari pasangan atau ibu yang pernah mengandung anak kembar. Sebab itu, kita kena percaya kepada pertolongan Allah, jika kita memang perlukan pertolongan, insyaAllah akan sampai bantuan tersebut.

Dan saya juga telah bercerita sedikit sebanyak mengenai pengalaman saya dan suami ketika mengandungkan si kembar dahulu. Seronok saya dapat membantu dan berjumpa dengan mereka.

Jadi saya yang gatai tangan menulis dan gatai kepala mencari idea, mulalah mengarang satu entri mengenai hal ini.

Chill mom

Chill mom

Ok, apa nak buat apabila positif mengandung kembar?

Continue reading