Sketsa Anak-anak (Part 3)

In episode :  Sesi luahan perasaan

Suatu hari (kejadian ini berlaku ketika bulan puasa lepas), abang adalah tidak berpuas hati kepada ummi (dan ummi pun lupa atas sebab apa), maka demi menunjukkan protes beliau kepada ummi, beliau telah menangis sekuat hati. Furqan, sebagai adik dan kembar yang baik, cuba memujuk abangnya (beliau juga risau kalau-kalau ummi bertukar jadi mak naga mendengar tangisan abang..heh heh).

eh kenapa dengan abang?

Tekun sahaja beliau mendengar luahan perasaan abangnya itu sambil mengupas kurma. Manakala, adik Farhan cuma mendengar dari jauh (sebab abang Furqan sudah come to the rescue).

mendengar dengan tekun

Apabila abang sudah bertidak membuang kurma di tangannya, maka Furqan cuba memujuk dengan menyuapkan abangnya dengan kurma yang dikupas oleh beliau tadi, harapannya semoga abang Rayyan termakan dengan pujukan sebegitu.

sesi memujuk bermula

Tetapi apabila tidak berkesan, maka Furqan pun mengambil inisiatif untuk beredar dari situ sebelum dia pun naik angin. Abang pula berasa kesal kerana jual mahal sebentar tadi. Adik Farhan masih dengan halnya sendiri.

sesi memujuk failed!

Rupanya adik hendak memanjat meja. Padanlah dari tadi asyik pandang-pandang ke depan je.

yelah adik baik…

Hahaha…iyelah tu, adik bila menangis pun kuat macam abang jugak..

Cerita tamat…

😉

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

Growing up with them (Part 2)

In episode :  Anak-anak dan approach terhadap mereka

Pagi itu, aku baru sahaja selesai membersihkan adik mereka yang baru sahaja membuang air besar. Si kembar aku biarkan sahaja ‘mengemas’ sesuka hati mereka. Asal sahaja tidak melompat di atas katil, dan segala barang-barang berisiko tinggi seperti bedak, tisu basah, susu dan lain-lain yang memungkinkan aku transform menjadi mak naga, telah aku letakkan setinggi mungkin. Tetapi, akal si kembar yang bergabung itu menjadi lebih tinggi dari aras barang-barang yang berjaya diselamatkan itu. Dengan semangat Wonderpets, barang-barang di atas meja solek telah selamat dibahagi-bahagikan di antara kedua-dua mereka.

Ummi : Furqan,letak balik!(habis aksesoriku disepahkannya)
Furqan : ‘Mau (dengan muka tidak bersalah)

Kemudian diambilnya loose powder kesayanganku dan berusaha untuk membukanya. Mereka sekarang sangat pakar dalam hal membuka bedak dan segala yang mempunyai penutup, tak dapat dengan tangan, dengan gigi, tak dapat seorang, dua-dua bekerjasama. Sudahla ummi mereka ini, bedak pun setahun sekali belum tentu dapat beli (mahal satu hal,cerewet satu hal,belum lagi apabila fikir,’sempat ke nak berbedak ni?’)

Ummi : Furqan,bedak ummi tu!
Furqan : (cepat-cepat diberikan bedak itu kepada abangnya)

Abangnya pula terpinga-pinga kerana baru sahaja suara ummi mereka jadi meninggi. Hendak ketawa pun ada melihat gelagat Furqan. Pandai ye, konon-konon nanti abang yang akan kena marahlah. Sangatlah bijak, ikut perangai siapalah tu ye (sambil sengih di dalam hati). Macamlah aku tidak boleh bezakan antara dia dan abangnya.

Maka terpaksalah aku meminta secara baik dengan Rayyan, dan dengan mudah diberikannya kepadaku. Dan terus kuusap kepalanya serta pujian kuberikan kepada Rayyan sambil bertepuk tangan. Dia pun bertepuk tangan sambil tersengih-sengih, seronok dipuji dan suara umminya sudah mendatar barangkali.

Aku suka memerhatikan perangai si kembar dan adik mereka. Terutamanya si kembar kerana mereka sudah menginjak ke tahap toddler, kanak-kanak. Walaupun mereka kembar, pendekatan terhadap mereka adalah berbeza seperti cara memujuk, cara marah, cara berunding atau cara mengajar sesuatu perkara.

Contoh situasi : Menangis sekuat hati kerana keinginan tidak ditunaikan (nak makan yakult/vitagen/susu coklat dalam peti ais ketika waktu makan tengah hari)

Pernah aku biarkan Furqan menangis sekuat hatinya tanpa dipujuk (setelah pujukan hanya membuatkan nada tangisan menjadi lebih tinggi, dukung pun menangis juga, jadi aku biarkan sahaja), aku terus duduk di hadapan monitor komputer dan membuka cerita Kungfu Panda kegemarannya. Alang terdengar sahaja lagu tema, terus tangisannya serta merta berhenti. Tiada rundingan, tiada pujukan. Cuma pelukan apabila dia minta untuk duduk disebelahku.

Rayyan pula selalunya aku biarkan dia menangis seketika sebelum pergi kepadanya dan terus didukung. Kerana selalunya itulah yang diinginkannya,di dukung dan dipeluk sebelum langkah-langkah memujuknya dijalankan seperti rundingan (‘lepas makan nasi, baru boleh makan yakult/vitagen/susu coklat tu tau,ummi janji’) dan menarik perhatiannya dengan mainan atau cerita Kungfu Panda. Jadi selepas sahaja dia makan nasi (walaupun tidak habis), terus aku tunaikan janji yang dibuat sebelumnya. Pernah juga hampir setengah jam aku mendukungnya tetapi dia tidak berhenti menangis.

Tetapi apabila kedua-duanya menangis, pendekatan yang sama aku lakukan. Selalunya Furqan yang lebih dahulu berhenti menangis manakala abangnya menunggu untuk aku datang memujuknya. Pernah juga mereka menangis dengan sangat lama (dan aku biarkan sahaja sambil membuka cerita kartun/anime aksi). Dalam hati aku titipkan doa-doa dan aku buang jauh-jauh tanggapan negatif pada anak-anak. Ia bukan mudah. Dan bukan setiap hari aku mampu mengawal diri sebegitu. Ada juga hari-hari aku bertukar menjadi ‘mak naga’ terhadap anak-anak. Tetapi sentiasa dalam hati, aku buang jauh-jauh perkataan ‘degil’,’nakal’ dan segala perkataan negatif yang lain.

Aku banyak belajar dengan anak-anak. Belajar untuk menjadi manusia yang baik sebelum aku membentuk mereka menjadi mukmin yang bijak dan baik. Kita mahukan anak yang soleh,pasangan yang soleh, jiran yang soleh, segalanya yang baik, maka kitalah dahulu yang perlu menjadi hamba Allah yang soleh. Dan aku gagal disitu. Aku masih jauh dari menjadi manusia yang soleh. Selalu hanyut dengan tekanan dan amarah dengan perangai manusia lain yang menyakitkan hati. Masih mengharapkan segala-galanya dari manusia sedangkan sepatutnya pergantunganku hanya pada Dia.

Kita sukakan pujian, maka selalulah puji anak-anak. Kita benci dimarahi, maka berpada-padalah dalam menegur anak-anak. Kita menyampah apabila dibandingkan dengan orang lain, maka jangan cuba membandingkan anak-anak dengan orang lain, terutama sekali di antara sesama mereka.

Cerita favourite abang-abang dia

Cerita favourite abang-abang dia

Suatu pagi yang lain, aku bangun lambat. Walaupun anak-anak sudah bangun, tetapi aku tetap malas untuk turun dari katil.

Si kembar : Ma..Ma..Ma..Ma.. (sambil menepuk manja lengan dan badanku)

Apabila aku membuka mata, si kembar dan adik mereka tersengih-sengih sambil mulut becok ‘bercerita’. Agaknya bangga kerana berjaya membangunkan aku. Rayyan pula terus turun katil, mengambil botol, thermos dan bekas susu sambil memandang kepadaku.

Ummi : oooo… nak minum susu ye..Pandai…

Alamak, rasa tua pulak dikejutkan oleh anak sendiri.

But I love you guys all the same 🙂

*big hug

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!