Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 19)

In episode :  Memang feeling habis makan di tepi laut

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga bergerak ke utara, on short notice. Ayah ada tugasan di sana. Kebetulan pula, mak njang sepatutnya pulang ke Perlis setelah seminggu menghabiskan masa di Bangi, maka hasrat untuk menghantar beliau dengan menaiki bas dibatalkan dan semuanya diangkut sekali. Ummi memang gementar hendak mengharungi perjalanan selama 7-9 jam bersama si kembar dan adik mereka, bukan sebab takut letih (jangan risau, supplemen Shaklee kan ada, ok poyo di situ), tapi risau tidak mampu mengawal emosi dalam menangani 3 pahlawan perang Badar itu.

Alhamdulillah, disebabkan keberadaan mak njang, maka ummi masih mampu mengekalkan kewarasan walaupun si kembar berlari macam kena kurung setahun di rumah ‘kekdahnya’ di sepanjang unplanned cuti-cuti Malaysia itu. Selepas ayah menyelesaikan tugasan beliau, barang yang diperlukan pun telah diambil, maka kami duduk bersantai di kawasan teluk (jika boleh dikatakan teluk) yang berdekatan dengan Queensbay Mall, Bayan Lepas.

Continue reading

Sketsa Anak-anak (Part 4)

In episode :  Makan berjemaah menambahkan kasih sayang

Tiga pemuda harapan Khalifah Umar Al-Khattab ini memang agak gemar dengan pulut. Jadi, di suatu pagi yang ummi mempunyai kelapangan, ummi pun mengukus beras pulut yang telah direndam semalaman. Tetapi, satu perkara telah berlaku di pagi hari tersebut yang menyebabkan ummi hanya sempat mengukus pulut sahaja tanpa menyediakan sebarang lauk atau menambah rencah terhadap pulut kukus tersebut. Perkara itu akan ummi ceritakan di entri akan datang. Hari ini kita aplikasikan konsep kasih sayang melalui makan secara berjemaah dulu ye.

Malam itu, pulang daripada pejabat, ummi lihat Achik (ibu saudara mereka, adik ipar ummi), telah menggaulkan gula merah dengan pulut kukus tersebut. Ala-ala pulut pagi yang selalu terdapat di Kelantan. Jadi ummi sendukkan sedikit dan masukkan ke dalam mangkuk dan memang ummi hendak melihat sama ada si kembar boleh berkongsi makanan dengan adik mereka. Jika di antara mereka sahaja, it was never a big deal. They would happily share everything between them.

Pembahagian makanan secara adil

Pembahagian makanan secara adil

Mulanya, segalanya kelihatan baik-baik, tenang sahaja. Cuma seperti biasa, abang yang tidak cerewet kepada makanan akan makan lebih dari orang lain. Furqan pula agak particular dalam memilih makanan. Selalunya, jika beliau makan sampai habis, maknanya memang sedap betul la masakan ummi hari itu.

Err..ok lagi ke ni?

Err..ok lagi ke ni?

Tetapi, agaknya abang lupa, ada seorang lagi yang juga sepertinya. Iaitu adik Farhan heheh.. Adik Farhan, jika dalam bab makan, memang tidak kalah seperti abang Rayyannya. Alang ternampak sahaja makanan, pasti direbutnya dengan abang-abang. Dan pastilah, dengan saiz tubuhnya yang kecil, dia selalu kalah dengan abang.

Adik dah menangis pulak..

Adik dah menangis pulak..

Sengaja ummi biarkan (selagi masih dalam kawalan), untuk mereka uruskan sendiri. Ummi cuma jadi referee sahaja.

Haa..kan elok makan baik-baik

Haa..kan elok makan baik-baik

Ummi suka melihat anak-anak makan bersama-sama. Ini boleh memupuk kasih sayang dan rasa kebersamaan di antara mereka. Lagipun, si kembar sudah terlalu biasa berdua dalam segala hal, dengan melibatkan adik Farhan, si kembar akan perlahan-lahan menerima dan berkongsi apa sahaja dengan adik Farhan. Adik pun kadang-kadang marah (menangis) apabila tidak dibenarkan bermain oleh abang-abangnya. Jadi ummi harap, dengan exposure sedemikian, si kembar akan lebih mudah belajar menerima adik Farhan di kalangan mereka.

Sekarang ini ummi sedang membaca buku Raising Twins: From Pregnancy to Preschool, hasil tulisan Shelly Vaziri Flais. In sha Allah, ummi akan buat review tentang buku ini jika ada kesempatan.

Oh ya anak-anak, apa yang penting? KERJASAMAMA (jawab ala-ala WonderPets)

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

Kembali berpantang semula

Sejak melahirkan Farhan, banyak perkara yang aku culas dan take it for granted. Perkara paling utama ialah tidak berpantang dengan betul ketika tempoh berpantang 44 hari. Sedangkan ketika melahirkan si kembar aku berpantang (menjaga pemakanan dan berurut) selama 6 bulan! Jadi walaupun aku super penat dengan kerenah si kembar aku masih mampu untuk pull myself together, ditambah pula dengan disiplinnya aku dalam pengambilan supplement, I am not easily shattered to pieces like recently. Sudahla badan tidak diurut dengan sempurna, makan pun tidak terjaga. Aku selalu makan lambat yang menyebabkan aku mendapat gastrik dan mengalami sembelit yang teruk kerana kekurangan air. Aku juga selalu mendukung si kembar dan naik turun tangga ketika dalam tempoh berpantang, kesannya, badanku lebih banyak sakit-sakit berbanding selepas melahirkan si kembar dahulu.

gastrik

Emosi, memang out habis. Orang yang paling memahami perempuan yang berpantang hanyalah orang yang pernah melalui kesuasahan berpantang. Melalui tempoh berpantang sangat membuatkan aku serik untuk mengandung lagi. Everybody keep throwing suggestions to you, but nothing was done. At that time, when you are physically unfit, so do your emotion. Disebabkan emosi yang menggila, aku langsung tidak menjaga segala pantang larang dan pernah meneguk milo ais kerana terlampau tertekan. Itu belum lagi bab mengelap lantai kerana naik angin dengan pembantu rumah yang ntah apa-apa. Sudahnya, aku bentan.

Bermula dari itu, badan aku jadi tempat bersarang penyakit. Senggugut yang sudah lama meninggalkan aku, datang ‘mengetuk pintu bertanya khabar’, ditambah pula dengan gastrik dan sembelit tiap-tiap kali aku datang haid, I was like having another round of contraction for labour, and mind you that goes on for a week and that particular week was always like hell to me. Support? Sila buang segala harapan untuk difahami, dibelai dan lain-lain ke dalam tong sampah. I was on my own, well to tell the truth, God is always there and He is the One who give me the idea to heal that pain. Physically and emotionally.

Memikirkan banyak perkara yang perlu aku buat di dunia ini dan betapa bertuahnya untuk terus hidup dan hidup, aku mula mencari jalan penyelesaian untuk gastrik. Pada hari yang aku tidak berpuasa, seawal bangun pagi aku akan minum madu yang dibancuh dengan air suam. Walau bagaimana lewat pun aku ke pejabat, amalan itu aku sentiasa istiqamah untuk tidak tinggalkan. Setakat ini, gastrikku terkawal. Sebenarnya ada supplement yang aku makan ketika pertama kali diserang gastrik ini, tetapi ia tidak dijual di Malaysia. Supplement itu diberikan oleh seorang makcik yang mengurutku ketika aku pulang ke kampung. Mungkin aku perlu dapatkannya dari makcik itu semula. Ia amat bagus untuk membuang angin yang disebabkan oleh serangan gastrik itu.

period pain

Selain sakit senggugut, aku turut diserang sakit sebelum haid (pra menstrual syndrome). Ini pun tak best jugak. Iyelah, solat pun kalah Ferrari. Sebab pernah sahabatku bagi tip supaya sujud lebih lama dapat membantu mengurangkan sakit and it works for me for years before it come back. Aku pernah nyatakan di sini.Jadi aku kembali solat secara lebih perlahan dan kembali minum yogurt secara istiqamah juga. Aku juga berusaha untuk berurut kembali dan baru-baru ini aku mandi herba selama lebih seminggu ketika ‘kawan yang tersangat baiklah itu’ datang kepadaku. Alhamdulillah, tiada sembelit (bayangkan kalau tidak, nak buang angin pun sakit), kurang gastrik dan kurang senggugut. Oh ya, aku pakai stokin seperti ala-ala orang berpantang bersalin ketika seminggu itu. Badanku tidaklah selemah dan emosiku agak stabil, lebih baik dari sebelum ini. Sebelum ini, terbaring sakit lebih dua minggu, asal menggagahkan diri memasak je, mesti lepas itu letih melampau sampai rasa macam nak pitam.

Pengajarannya, sesibuk mana pun seorang perempuan itu (awak suri rumah separuh masa ke, sepenuh masa ke) dan walau tiada siapa yang ambil kisah, sila istiqamah jaga diri. Jaga kesihatan. Aku sangat memahami kalau ada yang merungut ini semua sangat renyah, tapi cik adik oii bila awak dah sakit, itu lagi ‘hampeh’ nak menghadap. Prevention is always better than cure.

Selamat memanjakan diri.

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!