Mana buku ummi?

Ummi memang gemar membaca. Dari kecil lagi ummi suka menghabiskan duit dengan membeli buku. Pantang sahaja berita pesta buku sampai ke pengetahuan, ummi sanggup memujuk tokwan atau menapak seorang diri ke pesta buku tersebut. Pernah ummi dimarahi tokwan kerana menghabiskan duit membeli buku cerita. Dan buku-buku yang ummi beli akan ummi baca berulang-ulang kali.

Di rumah ini ada sebuah almari yang dikhaskan untuk buku-buku dan majalah serta al-Quran. Oleh sebab si kembar dan adik mereka suka ‘mengemas’ barang, maka hanya bahagian atas (almari ) sahaja dipenuhi oleh buku. Kononya, anak-anak tidak akan dapat ‘mengemas’ buku-buku di bahagian atas.

Si kembar juga sukakan buku sebenarnya. Tetapi minat mereka itu turut datang dengan keghairahan untuk merenyuk dan mengoyak buku, maka ummi agak kurang galakkan mereka untuk ‘bermesra’ dengan buku-buku ummi.

Suatu hari, si kembar bermain berdekatan sofa yang bersebelah dengan almari buku tersebut. Pintu almari dibuka luas, tapi disebabkan tiada bunyi renyuk, koyak dan buang, maka ummi biarkan sahaja. Lagipun ummi sibuk dengan perkara lain hari itu.

Continue reading

Cantik dan kemas untuk suami

Saya menulis tentang cerita-cerita mengenai saya dan keluarga serta beberapa guidelines di dalam blog ini bukanlah untuk menunjukkan saya ini begitu berpengetahuan, perasan bagus, gila glamour dan yang sewaktu dengannya. Tidak. Segala nasihat-nasihat yang ala-ala ustazah pilihan itu kebanyakannya untuk peringatan kepada saya, sebagai simpanan catatan-catatan saya untuk anak-anak saya serta untuk berkongsi dengan sesiapa sahaja yang mungkin sedang menghadapi situasi yang sama seperti saya.

Bahtera rumahtangga saya baru sahaja mencecah hampir 4 tahun. Masih belum begitu teguh seperti nenek dan allahyarham datuk saya yang rumahtangga mereka sehingga sempat mempunyai cicit yang sama umur dengan saya (datuk saya tidak sempat melihat piut beliau). Tetapi saya masih berusaha dan masih yakin dengan yang Maha Esa akan janjiNya. Mungkin yang saya kongsikan ini terlalu too good to be true atau terlalu remeh, tetapi kadangkala benda remeh-temeh selalunya menjadi pencetus salah faham besar di dalam rumahtangga.

Saya memang seorang yang serba serbi ringkas tetapi teliti. Banyak benda yang saya tidak kisah dalam hidup ini, tetapi sesuatu yang saya take note memang saya begitu terpeinci. Saya tidak terlalu lama kenal dengan suami sebelum berkahwin, walaupun begitu, sempat bergaduh besar dengan beliau yang menyebabkan hampir sahaja ijab kabul  dibatalkan. Mungkin sudah tertulis we deserved each other perfectly, maka sekarang sudah tiga orang cahaya mata melompat-lompat di teratak kecil kami.

Continue reading

Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 15)

In episode :  Sesi sepah, kemas dan kena marah

Mac lepas semua orang mengikut ayah yang terpaksa bekerja di luar kawasan. Ummi rasa macam nak pitam menguruskan dua orang budak yang aktif bersama adik mereka yang turut sama mengambil fadilat tersebut. Walaupun kami menginap di hotel dan dengan adanya khidmat kemas bilik, namun ‘emosi’ ummi sangat terkesan dengan bilik yang ‘super sepah’..

Akhirnya, meletup juga ummi. Lahar marah ummi menggegar bilik hotel itu. Maka budak dua orang itu pandai pulak…

kemas2 d hotel

Ingat ummi kucing ke?Haihhh meleleh hidung tu dengan mukus.

kemas2 d hotel_2

Betul nak pujuk ummi, sila kemas balik bilik. Itu kemas ke main?

kemas2 d hotel_3Harapanlah, nasib baik ummi dah ada pembantu. Beliau lah terbongkok-bongkok mengemas.

Tetapi, belum pun sampai setengah jam, bilik jadi ‘tongkang pecah’ semula.

kemas2 d hotel_4

*mengeluh

Akhirnya,ummi pun sama-sama sepahkan bilik tersebut haha ;-p

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!