Ibrah dari gangguan jin tahun lepas

Saya menulis 3 entri (di sini, sini dan sini) mengenai gangguan jin yang kami alami pada tahun lepas bukanlah untuk menambah koleksi cerita seram seMalaysia. Tidak. Walaupun saya tahu betapa cerita seram mempunyai peminatnya yang ramai, membolehkan ia sama paras dengan gossip mengenai artis popular bercerai. Dan betapa fanatiknya orang melayu terhadap cerita-cerita seram dengan sebatinya pegangan terhadap segala perkara tahyul dari generasi terdahulu.

Menulis mengenai perkara yang menjadi minat kepada ribuan orang mampu menaikkan trafik ke blog. Tapi saya bukan penulis blog yang begitu. Dan larilah niche blog saya kalau begitu.

Jadi hari ini, saya menulis mengenai apa yang patut dijadikan pengajaran daripada gangguan yang kami alami itu.

Dapat buat kenduri dan jamu orang makan

Sejak kecil, ayah dan mak saya merupakan manusia yang suka jamu orang lain makan. Saya ingat lagi setiap hari jumaat, mak akan memasak nasi daging lengkap bersama lauk-pauknya dan dihantar hampir 5 pintu rumah jiran berdekatan. Hatta goreng bihun pun, mak akan pastikan akan ada bahagian untuk dihantar buat jiran-jiran. Buat makan-makan sekadar untuk keluarga pun sudah jadi macam kenduri kahwin disebabkan keluarga kami yang besar.

makan2

Oleh itu, saya jadi terasuh sebegitu. Apabila saya mula bekerja, saya jadi tidak pandai untuk masak sedikit. Pasti saya akan bawa masakan saya ke pejabat untuk dikongsi dengan staf yang lain. Alhamdulillah, kecenderungan saya yang itu dikongsi bersama teman serumah yang sangat berbakat dalam memasak pencuci mulut dan kek.

Saya selalu percaya, memberi makan kepada orang akan mendatangkan rahmat sebanyak-banyaknya buat tuan rumah.

Continue reading

Gangguan Jin (Part 3) : Pengakhiran dan menghalau sepenuhnya

Akhirnya kesimpulan yang kami semua buat, makhluk yang ada di rumah kami itu bukanlah iblis atau syaitan. Hal ini disebabkan saya berpegang pada janji Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam yang dengan bacaan ayat kursi (yang betul) akan mampu menghalau iblis dan syaitan. Jadi yang bertapa di rumah kami itu ialah jin.

Perkara yang paling best, ada yang membuat kesimpulan bahawasanya ada orang yang menghantar jin tersebut demi melindungi saya. Oh crap. Saya pasti insyaAllah ahli keluarga saya through generations tidak akan berdamping dengan perkara tahyul sedemikian.

Damn..Apa lah yang best sangat rumah aku sampai ko tak reti-reti nak keluar hah?

Saya pula sudah mula marahkan jin tersebut. Sebab saya rasa terganggu, nak buat kerja pun susah. Sikit-sikit rasa ada orang memerhati. Kejap-kejap nampak benda melintas di hadapan. Belum lagi dengan bau pandan yang kuat mengikut saya ketika saya berada di tingkat atas rumah.

Sampaikan saya cakap kuat-kuat, ‘aku nak buat kerja ni, boleh tak tolong jangan kacau?’

Saya tak buat lawak. Ini memang betul-betul.

Saya seorang yang penakut, tapi kalau dah diganggu sampai masuk minggu ketiga, anak-anak pun sampai kena marah dengan suami apabila mereka main di atas (sebab takut kena kacau dengan jin tersebut), oii dari penakut terus jadi berani sikit. Saya sentiasa cakap apabila saya naik ke atas,

‘Kita sama-sama makhluk Allah. Aku hamba Allah, kau pun hamba Allah. Jadi aku takut kat Allah ja. Tolong keluar dan jangan ganggu keluarga aku’.

Like everyday kot saya bercakap macam itu.

Kadang-kadang saya rasa bau itu ikut saya sampai ke pagar rumah apabila saya keluar bekerja dan ada di luar rumah apabila saya pulang dari pejabat.

Continue reading

Gangguan Jin (Part 2) : Memulakan usaha menghalau

Esoknya (Isnin), kami ke pejabat seperti biasa dan anak-anak ke rumah pengasuh dan tadika. Pulang dari pejabat, suami buat keputusan untuk bermalam di rumah adik beliau yang kebetulan berdekatan. Maka bermulalah projek menghalau makhluk halus yang bertapa di rumah kami itu.

Kami juga memaklumkan jiran terdekat akan keadaan kami ketika itu. Jiran yang memang ‘kamceng’ dengan kami di kawasan perumahan tersebut.

Apabila kami tiba di rumah adik suami, saya mendapat panggilan telefon dari jiran sebelah rumah.

‘Assalamualaikum. Firdaus, korang kat mana ni? Ada kat rumah ke?’

‘Waalakumussalam. Kak Ros (bukan nama sebenar). Kitaorang kat rumah adik ni. Kenapa Kak?’

‘Yeke? Kak Ros ingat korang ada kat rumah. Ni maid cerita kata dia dengar macam orang buat kenduri kat dapur korang. Macam bunyi ramai sangat orang, dengan bunyi kerusi, bunyi orang memasak, bunyi kuali. Memang macam kendurilah’

‘Eh,iye ke Kak?’, saya dah naik seram (tengah menaip ni pun dah kembang bulu tengkuk).

‘Aah, tapi ni memang betullah korang takde kat rumah ye? Haih, kenduri sakanlah diorang. Maid lah yang dengar tadi, dia terus tanya korang ada kat rumah ke tak’.

‘Kami memang kat sini dah kak. Tak sangguplah nak dok kat rumah. Okey kak, terima kasih,’

Putus sahaja perbualan, saya bertambah-tambah meremang bulu roma.

Suami mula mencari ustaz untuk menolong kami menghalau makhluk halus di rumah kami.

Keesokannya, pada waktu tengah hari saya dan suami pulang ke rumah untuk mengambil pakaian (sebenarnya berani-berani takut nak tengok keadaan rumah). Nak buka pintu rumah pun, berkali-kali kami membaca ayat kursi dan 3 Qul.

Buka sahaja pintu rumah dengan memberi salam……..

Continue reading

Gangguan Jin (Part 1) : Bau daun pandan yang kuat

Disebabkan permintaan ramai yang nak tahu cerita sepenuhnya mengenai gangguan yang kami alami tahun lepas, maka saya karangkan edisi panjang ini.

*Sebenarnya saya upkan status itu sebab nak berkongsi mengenai cara kami menanganinya, tapi yang korang nak ambil tahu pasal yang seram-seram tu plak. Korang memang, bab-bab cerita mistik no 1 😀

Ketika itu kami dalam perjalanan pulang setelah pulang menyambut Aidilfitri di kampung halaman saya selama 4 hari. Suami saya pula baru sahaja kebah dari demam panas. Badan beliau masih lemah lagi tapi digagahkan memandu pulang untuk mengelakkan kesesakan yang teruk pada keesokannya. Kami bertolak pada tengahari Sabtu itu. Apabila kami sampai ke Selangor, waktu sudah pun malam. Disebabkan kami masih belum menunaikan solat Isyak (dan Maghrib), maka kami berhenti di RnR yang berdekatan dengan susur keluar lebuhraya.

Jam menunjukkan (kalau tidak salah saya) 12 tengah malam.

Ini merupakan teknik yang kami selalu guna apabila sampai di rumah pada waktu tengah malam atau awal pagi dari perjalanan yang jauh. Ia adalah untuk mengelakkan makhluk halus yang mungkin mengikut kami di sepanjang perjalanan supaya tidak pulang bersama kami ke rumah

Saya dan suami bergilir solat di surau RnR.

Sampai giliran saya solat, saya sudah rasa semacam di surau tersebut. Nasib baiklah lampu kekal dibuka. Ketika solat pun saya cepat-cepat nak habis, mungkin kerana saya ini seorang penakut juga.

Saya sampai pernah doa dulu, ‘Ya Allah kekalkanlah hijab antara aku dan makhluk ghaibMu itu. Jangan benarkan mereka muncul di hadapanku. Aku tak kuat Ya Allah’.

Dahsyat tak doa? Punyalah penakut kan?

Habis solat, saya dan suami makan roti bakar (sebab saya dan suami sedikit lapar ketika itu) dan terus bergerak pulang ke rumah. Keluar lebuh raya, masuk jalan biasa dan terus sampai ke kawasan rumah.

Macam biasa, masuk ke rumah, bagi salam (salam yang panjang itu) dan saya terus ke bahagian tingkat atas untuk menyiapkan bilik. Tiap-tiap kali saya hanya akan tukarkan cadar dan sarung bantal yang baru apabila meninggalkan rumah dalam tempoh yang lama. Itu pesan emak saya dan saya sendiri rasa ada logik terhadap pesanan itu. Segala habuk yang mungkin terbina dapat saya kibas dan hilangkan dengan menukar cadar dan sarung bantal yang baru.

Continue reading