Early Education 101 : Kenapa saya suka sangat seminar ini

Ketika entri ini ditulis, penyertaan  sudah pun ditutup. Sepatutnya saya menulis mengenai seminar ini berbulan yang lepas, akan tetapi, entah kenapa tiba-tiba jadi malas menulis di blog ketika itu.

Bila angin hendak menulis, tengoklah, mahu selang sehari menulis atau tiap-tiap hari atau sampaikan kena scheduled publish sebab banyak pulak menulis dalam satu hari :-p

Jujurnya, saya kurang gemar dengan seminar keibubapaan. Apa sahaja yang berkaitan dengan motivasi. Tambahan pula jika penyampainya suka nak menggunakan ayat yang sentap.

Dulu ya, memang saya mudah sentap, sekarang ini walaupun sudah kurang banyak (mudah sentap itu), saya masih tidak suka approach yang begitu. Saya suka peringatan yang halus dan lembut dan membuatkan hadirin berfikir. Lawak jenaka sedikit, silakan.

Continue reading

Early Education 101 :  4 sebab kenapa anda perlu sertai seminar ini

Selain kursus keibubapaan Nury, saya ada juga ada menyertai kursus lain. Bukan sahaja untuk menambahkan pengetahuan, saya juga mahu mencari kekuatan di mana-mana sahaja kursus yang saya sertai.

Selain juga, ingin menambah kenalan dan meluaskan rangkaian manusia positif di dalam hidup saya.

Apa, ingat ahli perniagaan sahaja yang perlu networking?

Kursus ini merupakan kursus yang sangan dikempen oleh salah seorang sahabat saya yang juga merupakan alumni kelas Nury. Beliau ini pula, janganlah kempen apa-apa, jika beliau yang kempen memang berbaloilah maknanya itu.

Maka, dengan sedikit kekuatan, saya daftarkan diri, walaupun pada saat-saat akhir. Saya ke seminar ni Febuari yang lalu (sekarang baru tulis?).

Mengapa saya sertai seminar ini

Continue reading