It is your day sons!

Entah kenapa mungkin sebab lama tidak menulis, emosi ke laut, mood swing jangan ceritalah. Maka nak menulis mengenai hari ini pun jadi err emm *insert garu kepala *insert garu dagu.

Penting sangat ke hari ini?

Tidaklah penting sangat mungkin, tapi hari ini, pada 5 tahun yang lepas, merupakan pengalaman pertama ummi dibius, dibedah dan melalui episod seterusnya sebagai ibu kepada sepasang kembar lelaki.

Ya, hari ini hari ulangtahun kelahiran anak sulung ummi, si kembar.
Si kembar sulung saya dan suami.

20141229_twin

Continue reading

Keluarga si kembar dan falsafah kerjasama

Beberapa hari yang lepas saya ada menulis, untuk mendapat anak kembar, suami mesti berperanan dan super sabar. Bahawasanya, komponen utama yang menyebabkan kita, mak si kembar mendapat anugerah Allah yang ini adalah kerana ayah si kembar jua, dia mampu jaga si kembar dan mampu jaga kita mak si kembar.

Mampu dari segi mental emosi dan fizikal.

Kredit bukan sahaja kepada ayah si kembar juga. Kurniaan si kembar (dan sebenarnya anak yang lain juga) adalah untuk keluarga besar si kembar, atok, nenek, pakcik, makcik hatta jiran sekalipun.

ummi pregnant_melaka

Falsafah yang sentiasa berlegar di sekeliling keluarga besar si kembar ialah KERJASAMA!

Continue reading

Petua anak kembar

Saya ada membaca beberapa tips dari segi pemakanan dan lain-lain yang membolehkan kandungan kembar berlaku. Sekaligus dapat memenuhi impian ramai ibu bapa lain yang sangat menginginkan anak kembar. Tapi saya belum mahu berkongsi mengenai itu lagi. Saya nak berkongsi mengenai realiti kami, mak ayah si kembar.

si kembar_8bulanHatyai

Kata orang, sekali sakit, keluar dua (atau tiga, atau empat) terus. Tapi realitinya, hanya kami, para ibu bapa kembar sahaja yang mengalaminya disebalik kecomelan si kembar kami.

Ketika saya mengandungkan si kembar sehinggalah si kembar saya membesar berlari-larian di sana sini, FAQ (frequently asked question) yang saya selalu dapat ialah,

‘Cer bagi petua sat, macam mana hang dapat twins?’

Continue reading