Bayi tidak perlukan sabun mandian

Menjadi ibu buat pertama kali (hatta banyak kali sekalipun) kita pasti sangat teruja untuk melengkapkan segala keperluan bayi. Baju-baju bayi semuanya comel-comel belaka. Senarai kelengkapan memang panjang betul, tambahan pula jika ibu bapa mempunyai pendapatan yang tinggi. Antara barangan keperluan yang masuk dalam senarai itu ialah mandian bayi.

to-do-list

Bagaimana jika saya katakan, untuk dua tahun pertama bayi, anda tidak perlu untuk menggunakan sabun mandian untuknya.

Terkejut tak?

Continue reading

Adab melawat bayi baru lahir

Adab melawat

Emak saya merupakan antara manusia yang sangat kuat berpegang kepada ketertiban. Banyak perkara yang beliau lakukan, yang beliau highlight dalam kehidupan kami sekeluarga dengan begin with the end in mind.

Makna kata, jika kita melakukan sesuatu, maka fikirkanlah apakah implikasi yang bakal kita dapat dari perbuatan tersebut? Kita boleh katakan sebagai pantang-larang orang-orang tua. Atau pada saya, mungkin boleh juga dikatakan sebagai adab.

Selepas beberapa pemerhatian dan pengalaman sendiri, saya rasa kita patut mengambil berat tentang adab melawat bayi yang baru lahir.

Continue reading