Demam adik Farhan dan rawatan dengan remedi semulajadi

Minggu lepas adik Farhan demam. Panas suam-suam itu sebenarnya sudah bermula pada hari raya aidiladha lagi. Siangnya, beliau berselera makan,  aktif bermain, apabila malamnya, suhu badannya sudah mencecah 38.9 darjah. Ayah tidak inginkan terjadi sesuatu yang serius, maka beliau syorkan masukkan suppository. Ummi sebenarnya pantang betul dengan sirap paracetamol dan suppository, tetapi kerana ayah bertegas juga, maka dengan berat hati ummi terpaksa masukkan. Sambil itu, ummi basahkan kepala dan badan adik Farhan dengan air daun lidah buaya (aloe vera).

Sebenarnya Furqan pun demam juga pada malam itu, cuma suhunya tidak begitu tinggi dan ummi basahkan kepala dan badan beliau dengan air yang sama. Pada siang hari keesokannya (Rabu), suhu Furqan dan adik Farhan normal. Walaupun kami semua lambat hari itu, ummi pun sebenarnya sakit kepala yang amat, tetapi kami semua bergegas dengan rutin biasa, adik Farhan dihantar ke pengasuh, abang-abang kembar beliau ke tadika.Tetapi ummi tetap menyuapkan minyak kelapa dara (VCO) kepada mereka (termasuk Rayyan juga), satu sudu besar seorang.

Apabila malamnya, badan adik Farhan kembali panas, suhu mencecah sehingga 39 darjah Celcius. Ayah bertegas lagi supaya ubat suppository dimasukkan lagi. Ummi sebenarnya sudah berasap di kepala, tetapi ikutkan juga kerana ummi tiada bahan untuk remedi menggunakan stokin. Cuma guna kaedah sponging sahaja. Farhan tidak dapat tidur bersama abang Furqannya dan merengek meminta dibukakan filem animasi kegemaran mereka. Jika diikutkan pada situasi biasa, memang ummi akan refused point blankly, dah pukul 1 lebih kut waktu tu! And it was weekdays. Tetapi ummi dan ayah mengalah kerana kami berdua pun sudah begitu penat sebenarnya, sudahnya pukul 5 pagi baru mereka berdua tidur bersama ayah. Ummi memang tidak mampu bersengkang mata lagi ketika itu.

Continue reading

Sketsa Anak-anak (Part 3)

In episode :  Sesi luahan perasaan

Suatu hari (kejadian ini berlaku ketika bulan puasa lepas), abang adalah tidak berpuas hati kepada ummi (dan ummi pun lupa atas sebab apa), maka demi menunjukkan protes beliau kepada ummi, beliau telah menangis sekuat hati. Furqan, sebagai adik dan kembar yang baik, cuba memujuk abangnya (beliau juga risau kalau-kalau ummi bertukar jadi mak naga mendengar tangisan abang..heh heh).

eh kenapa dengan abang?

Tekun sahaja beliau mendengar luahan perasaan abangnya itu sambil mengupas kurma. Manakala, adik Farhan cuma mendengar dari jauh (sebab abang Furqan sudah come to the rescue).

mendengar dengan tekun

Apabila abang sudah bertidak membuang kurma di tangannya, maka Furqan cuba memujuk dengan menyuapkan abangnya dengan kurma yang dikupas oleh beliau tadi, harapannya semoga abang Rayyan termakan dengan pujukan sebegitu.

sesi memujuk bermula

Tetapi apabila tidak berkesan, maka Furqan pun mengambil inisiatif untuk beredar dari situ sebelum dia pun naik angin. Abang pula berasa kesal kerana jual mahal sebentar tadi. Adik Farhan masih dengan halnya sendiri.

sesi memujuk failed!

Rupanya adik hendak memanjat meja. Padanlah dari tadi asyik pandang-pandang ke depan je.

yelah adik baik…

Hahaha…iyelah tu, adik bila menangis pun kuat macam abang jugak..

Cerita tamat…

😉

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

Sketsa Anak-anak

In episode :  Aktiviti 3 budak botak

Asyik buat sketsa pasal abang-abang je, marilah kita masukkan watak baru dalam sketsa anak-anak ummi. Tajuk pun jadi lainlah pula kan? Ini merupakan sketsa pengenalan untuk naikkan watak adik.

Alkisahnya, mereka baru sahaja dicukur licin oleh ummi. Gambar ini semuanya diambil ketika bulan puasa, beberapa hari sebelum Syawwal menjelma. Memang protest habis dengan ummi.

Adik memang ‘rileks’ habis,

bertegur sapa dengan abang

Abang pula senang melayan adik.

baca buku dengan abang

Tiba-tiba abang rasa baca buku dah jadi kurang menarik..

apakah yang menarik itu?

Tetapi ada orang itu, tengah buat rundingan dengan ummi pasal hal lain lah pulak..

hurmmm….

Dalam ummi dok fikir-fikir, dia ubah fikiranlah. Selamatt..

ada cerita menarik rupanya

Maka datanglah adik menyertai abang-abangnya. Eh, benda best mestilah kena kongsi bersama.

aksi tolak menolak pun bermula

Akhirnya, ummi pastilah join anak-anak layan cerita Avatar : The Last Airbender jugak, demi menjaga keamanan sejagat. Nanti cerita best takleh tengok, sakit yang dapat.

Ini yang bagus bila umminya pun minat anime, ha ha ha ha ha..

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 17)

In episode :  Kecemasan…lah sangat..

Si kembar ni pantang betul apabila berjumpa dengan telefon bimbit.  Kali ini ‘dirembatnya’ telefon mak lang Arifah dengan pak lang Fitri.

 

kecemasan_1

Jangan main-main, mereka bukan sahaja pandai menekan butang keypad telefon. Pernah suatu ketika, mereka dengan berjayanya telah menelefon ummi yang ketika itu di pejabat. Apalagi, terkejut besarlah ummi dibuatnya!

Continue reading

Growing up with them (Part 3)

In episode :  Marah, pukul dan positive reinforcement

Sembang ibu-ibu bekerjaya ketika menjamah juadah ‘rumah terbuka’ jabatan.

Aku : Saya dah start pukul anak-anak. Rasa tak best sangat.

Kak Opis 1: Mak akak ada cakap, pukul dan marah macam mana pun, budak tu bukan faham. Tapi memang pun bila akak marah dengan pukul si sulung tu, dia boleh gelak-gelak lagi.

Kak Opis 2 : Sama lah saya dengan si sulung saya tu.

Aku : Tak tau dah nak buat macam mana dengan Rayyan tu. Hari tu dekat sejam dia menangis dalam kereta sebab nak duduk kat depan dengan ayah dia. Pitching dia (sambil membuat gaya frekuensi tinggi)

Sebenarnya panjang lagi bualan kami, dan selalunya apabila get together memang isunya ialah hal anak-anak. Bukannya nak mengumpat anak sendiri, tetapi untuk berkongsi buah fikiran, pengalaman dan petua-petua yang boleh diaplikasikan terhadap anak masing-masing. Persamaan kami bertiga, anak sulung kami lelaki, cuma mereka mempunyai anak perempuan sebagai anak kedua, aku, ketiga-tiga anakku berjantina lelaki.

Si kembar memang kuat menangis, sejak mereka dilahirkan lagi sehinggalah sekarang. Jadi jika ada kawan-kawan yang mengeluh tentang anak mereka yang banyak tantrumnya, aku hanya mampu terdiam. Aku, perlu menghadap tantrum dua kali ganda dari mereka! Dan kalau hendak aku senaraikan segala macam lagi, tak tersenarai di sini. Sekarang ini, kesabaran aku sangat menipis terhadap si kembar. Tetapi apabila difikirkan semula, semuanya bukanlah kesalahan mereka secara total : aku geram dengan mereka kerana apabila aku ingin meluangkan masa dengan adik mereka, ada sahaja perkara yang perlu aku lunaskan dengan mereka lagi, kedua, disebabkan perasaan menyampahku terhadap pembantu rumahku itu, juga disebabkan tekanan perasaan yang menggila sejak dua menjak ini.

Senyuman menawan sungguh

Senyuman menawan sungguh

Adik Farhan sangat menenangkan hati. Banyak perkara yang mudah dengannya. Dia kurang sakit, tidak banyak menangis, banyak ketawa dan sejak kelahirannya, umminya dapat tidur lena dengan sangat bahagia. Sebab itu, permit me to say this, aku cepat ‘sentap’ tatkala ada orang yang pabila melihatkan si kembar, terus menyatakan keinginan untuk beranak kembar juga. Yeah right, you have no idea what kind of situation that I have to deal everyday with my twins!

Ini bukanlah rungutan. Aku bukannya mahu membanding-bandingkan antara si kembar dan adik mereka. Bukan juga untuk menyatakan betapa nakalnya mereka. Tidak. Ini cuma catatan seorang ibu untuk anak-anaknya. Juga, sebagai peringatan buat ibunya jua. Mereka anak-anak yang baik. Mereka anak-anak yang sempurna. Catatan ini untuk reprimanded diriku bahawasanya besarnya anugerah Allah untukku yang aku selalu take for granted dan jarang-jarang syukuri. Aku benci pada diri sendiri apabila tanganku pantas memukul mereka. Aku menangis sendirian selepas memarahi mereka dengan suara yang tinggi. Pernah suatu ketika, apabila aku mengangkat tangan untuk memukul Rayyan, Furqan yang kebetulan berdekatan dengan abangnya cepat-cepat mengangkat (menyilangkan) kedua-dua tangan melindungi kepalanya sambil menundukkan badannya, bimbang dipukul olehku. Aku terus membatalkan niat, dan terdetik di hati,’Am I really a bad mother?’.

Main dengan makanan

Main dengan makanan

Pernah juga ketika aku menampar tangan Furqan sambil mulut bising memarahinya (kerana ketika itu dia dengan sengaja menjatuhkan gula-gula ditangannya sebagai protes ditegur olehku), Rayyan cepat-cepat menampar tanganku sambil mulut pot-pet memarahiku kerana memarahi dan memukul adiknya. Kebanyakan perkara yang menyebabkan aku marah pada mereka ialah hasil daripada protes mereka terhadap teguranku. Apabila aku menegur mereka ingin makan jajan (contoh yakult,kacang,biskut) ketika waktu makan ataupun main-main dengan makanan,atau tumpahkan air (dan pelbagai lagi) maka dengan cepatnya, apa sahaja yang dipegang akan dilempar, makanan di mulut akan diluahkan, sebagai tanda protes. Selepas itu akan disusuli dengan tangisan sekuat hati. Allah.. dan aku,akan automatic naik berang.

Aku tidak mampu menjalankan positive reinforcement berseorangan. Kadang-kadang aku marah dengan suami kerana beliau selalu cepat-cepat memujuk si kembar apabila mereka memulakan aksi protes. Tetapi apabila difikirkan semula, banyak antara tindakan beliau yang tepat dalam menangani si kembar, walaupun aku selalu merasakan beliau sangat-sangat memanjakan mereka. Yelah, dah aku macam mak naga, takkanlah beliau pun sama naik dengan aku, kang si kembar nak mengadu pada siapa.

Aku sayangkan si kembar. Sangat-sangat menyayangi mereka. Begitu juga dengan adik mereka. Allah sahaja yang tahu kesusahan aku mengandungkan mereka dan segala perkara lain selepas kelahiran mereka. Ketika adik Farhan juga, tekanan emosi ketika mengandungkannya sangat hebat sehinggakan aku hampir hilang akal.

Yang pasti, memukul mereka setiap kali mereka tunjuk perasaan terhadapku was never the best solution. They may get the wrong picture. I hate myself too when I spanked them or unreasonably scolded them with a high-pitched tone.

Aku harap aku mampu menjadi lebih waras ketika si kembar ‘menjalankan misi tidak puas hati’ terhadapku. Aku tidak mahu memusnahkan potensi mereka untuk mejadi harta dunia akhiratku yang telah aku pupuk ketika mereka dalam kandungan lagi.

my 3 heroes

my 3 heroes

Ya Allah, berilah aku dan suamiku kekuatan dan hikmah dalam mendidik anak-anak kami menjadi hambaMu yang soleh. Jadikan mereka anak-anak yang soleh Ya Allah, supaya kami ibu bapa mereka turut menjadi ibu bapa dan hambaMu yang soleh jua.

Kami tidak mampu tanpa pertolonganMu Ya Allah.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Get well soon my babies and forgive me.

I always love you.

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

Growing up with them (Part 2)

In episode :  Anak-anak dan approach terhadap mereka

Pagi itu, aku baru sahaja selesai membersihkan adik mereka yang baru sahaja membuang air besar. Si kembar aku biarkan sahaja ‘mengemas’ sesuka hati mereka. Asal sahaja tidak melompat di atas katil, dan segala barang-barang berisiko tinggi seperti bedak, tisu basah, susu dan lain-lain yang memungkinkan aku transform menjadi mak naga, telah aku letakkan setinggi mungkin. Tetapi, akal si kembar yang bergabung itu menjadi lebih tinggi dari aras barang-barang yang berjaya diselamatkan itu. Dengan semangat Wonderpets, barang-barang di atas meja solek telah selamat dibahagi-bahagikan di antara kedua-dua mereka.

Ummi : Furqan,letak balik!(habis aksesoriku disepahkannya)
Furqan : ‘Mau (dengan muka tidak bersalah)

Kemudian diambilnya loose powder kesayanganku dan berusaha untuk membukanya. Mereka sekarang sangat pakar dalam hal membuka bedak dan segala yang mempunyai penutup, tak dapat dengan tangan, dengan gigi, tak dapat seorang, dua-dua bekerjasama. Sudahla ummi mereka ini, bedak pun setahun sekali belum tentu dapat beli (mahal satu hal,cerewet satu hal,belum lagi apabila fikir,’sempat ke nak berbedak ni?’)

Ummi : Furqan,bedak ummi tu!
Furqan : (cepat-cepat diberikan bedak itu kepada abangnya)

Abangnya pula terpinga-pinga kerana baru sahaja suara ummi mereka jadi meninggi. Hendak ketawa pun ada melihat gelagat Furqan. Pandai ye, konon-konon nanti abang yang akan kena marahlah. Sangatlah bijak, ikut perangai siapalah tu ye (sambil sengih di dalam hati). Macamlah aku tidak boleh bezakan antara dia dan abangnya.

Maka terpaksalah aku meminta secara baik dengan Rayyan, dan dengan mudah diberikannya kepadaku. Dan terus kuusap kepalanya serta pujian kuberikan kepada Rayyan sambil bertepuk tangan. Dia pun bertepuk tangan sambil tersengih-sengih, seronok dipuji dan suara umminya sudah mendatar barangkali.

Aku suka memerhatikan perangai si kembar dan adik mereka. Terutamanya si kembar kerana mereka sudah menginjak ke tahap toddler, kanak-kanak. Walaupun mereka kembar, pendekatan terhadap mereka adalah berbeza seperti cara memujuk, cara marah, cara berunding atau cara mengajar sesuatu perkara.

Contoh situasi : Menangis sekuat hati kerana keinginan tidak ditunaikan (nak makan yakult/vitagen/susu coklat dalam peti ais ketika waktu makan tengah hari)

Pernah aku biarkan Furqan menangis sekuat hatinya tanpa dipujuk (setelah pujukan hanya membuatkan nada tangisan menjadi lebih tinggi, dukung pun menangis juga, jadi aku biarkan sahaja), aku terus duduk di hadapan monitor komputer dan membuka cerita Kungfu Panda kegemarannya. Alang terdengar sahaja lagu tema, terus tangisannya serta merta berhenti. Tiada rundingan, tiada pujukan. Cuma pelukan apabila dia minta untuk duduk disebelahku.

Rayyan pula selalunya aku biarkan dia menangis seketika sebelum pergi kepadanya dan terus didukung. Kerana selalunya itulah yang diinginkannya,di dukung dan dipeluk sebelum langkah-langkah memujuknya dijalankan seperti rundingan (‘lepas makan nasi, baru boleh makan yakult/vitagen/susu coklat tu tau,ummi janji’) dan menarik perhatiannya dengan mainan atau cerita Kungfu Panda. Jadi selepas sahaja dia makan nasi (walaupun tidak habis), terus aku tunaikan janji yang dibuat sebelumnya. Pernah juga hampir setengah jam aku mendukungnya tetapi dia tidak berhenti menangis.

Tetapi apabila kedua-duanya menangis, pendekatan yang sama aku lakukan. Selalunya Furqan yang lebih dahulu berhenti menangis manakala abangnya menunggu untuk aku datang memujuknya. Pernah juga mereka menangis dengan sangat lama (dan aku biarkan sahaja sambil membuka cerita kartun/anime aksi). Dalam hati aku titipkan doa-doa dan aku buang jauh-jauh tanggapan negatif pada anak-anak. Ia bukan mudah. Dan bukan setiap hari aku mampu mengawal diri sebegitu. Ada juga hari-hari aku bertukar menjadi ‘mak naga’ terhadap anak-anak. Tetapi sentiasa dalam hati, aku buang jauh-jauh perkataan ‘degil’,’nakal’ dan segala perkataan negatif yang lain.

Aku banyak belajar dengan anak-anak. Belajar untuk menjadi manusia yang baik sebelum aku membentuk mereka menjadi mukmin yang bijak dan baik. Kita mahukan anak yang soleh,pasangan yang soleh, jiran yang soleh, segalanya yang baik, maka kitalah dahulu yang perlu menjadi hamba Allah yang soleh. Dan aku gagal disitu. Aku masih jauh dari menjadi manusia yang soleh. Selalu hanyut dengan tekanan dan amarah dengan perangai manusia lain yang menyakitkan hati. Masih mengharapkan segala-galanya dari manusia sedangkan sepatutnya pergantunganku hanya pada Dia.

Kita sukakan pujian, maka selalulah puji anak-anak. Kita benci dimarahi, maka berpada-padalah dalam menegur anak-anak. Kita menyampah apabila dibandingkan dengan orang lain, maka jangan cuba membandingkan anak-anak dengan orang lain, terutama sekali di antara sesama mereka.

Cerita favourite abang-abang dia

Cerita favourite abang-abang dia

Suatu pagi yang lain, aku bangun lambat. Walaupun anak-anak sudah bangun, tetapi aku tetap malas untuk turun dari katil.

Si kembar : Ma..Ma..Ma..Ma.. (sambil menepuk manja lengan dan badanku)

Apabila aku membuka mata, si kembar dan adik mereka tersengih-sengih sambil mulut becok ‘bercerita’. Agaknya bangga kerana berjaya membangunkan aku. Rayyan pula terus turun katil, mengambil botol, thermos dan bekas susu sambil memandang kepadaku.

Ummi : oooo… nak minum susu ye..Pandai…

Alamak, rasa tua pulak dikejutkan oleh anak sendiri.

But I love you guys all the same 🙂

*big hug

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

Bersabar dengan ragam anak-anak

Dulu terselit rasa hairanku apabila jiranku mengulas tentang keberadaannya bersama anak-anaknya,

“Kak Yang (bukan nama sebenar) rasa lebih baik meredah jammed pergi office daripada duduk dengan budak-budak tu,” aku sengih tanpa komen.

Kemudian setelah 44 hari berpantang (ini pun setelah ditambah cuti tanpa gaji) selepas melahirkan si kembar, apabila ditanya oleh bosku mengenai si kembar, aku menyatakan bahawa aku berasa berat hati meninggalkan mereka di rumah (iyelah, umur baru sebulan lebih),seniorku berkata,

“Sekarang memang macam tu, nanti rasa tak sabarnya nak datang office!”  mendengar itu, aku terus menanamkan di dalam hati, aku tidak akan mempunyai rasa sedemikian terhadap anak-anakku.

Sekarang…

“Rayyan, kenapa nak londeh seluar tu?!” sergahku melihat Rayyan menolak turun seluar yang baru kupakaikan untuknya. Rayyan muncung dan mengerutkan dahi tanda tidak puas hati.

“Furqan,turun!Berapa kali ummi nak cakap jangan panjat meja/kerusi/tangga?!Kan semalam abang/awak dah jatuh kat situ!” Furqan tidak mengendahkan nada suaraku yang tinggi. Beliau ‘istiqamah’ meneruskan tugasan memanjat kerusi/meja/tangga itu.

“Rayyan,bibik baru ja lap meja/lantai/kerusi, kenapa tuang air/susu tu?!” aku terus merampas botol susu/air dari tangannya, dia merebahkan badannya,kaki dihentakkan dan berdentum rumah dengan tangisannya.

“Furqan,makanlah sikit” terkekek-kekek dia ketawa sambil melarikan diri dariku. Ada kalanya dia meluahkan kembali makanan yang telah di suap ke mulutnya.

Dan ada ketikanya, situasi di atas disusuli dengan rengekan/tangisan Farhan samada lapar atau lampinnya perlu ditukar. Allah..

Alhamdulillah, selepas suami bertegas dan berusaha untuk tetap mengambil pembantu rumah, rumah kami agak teratur dan bersih dan aras suara mak nagaku telah turun sedikit. Ya anak-anak tetap menyepahkan rumah dengan segala makanan, air minuman yang tumpah bercampur dengan mainan dan pembantu rumahku mengelap lebih dari 5 kali sehari jika semua orang berada di rumah. Itu belum baju yang telah dilipat kemas ditarik keluar dari almari, buku yang tidak sempat disimpan dikoyak oleh mereka,perkakas dapur dibawa ke ruang tamu, bergaduh sesama sendiri berebutkan barang (tampar, gigit dan tolak kemudia menangis sekuat hati) ataupun bergaduh denganku kerana inginkan makanan di dalam peti sejuk. Allah Allah…

berebut basikal

berebut basikal

Belum lagi part menangis sebab lapar atau terlampau mengantuk tetapi degil tidak mahu tidur.

Dalam kekalutan aku dan suami melayan ‘permintaan’ si kembar, kadang-kadang kasihan pada Farhan kerana selalu dalam dukungan pembantu rumah. Sekarang ini, aku melarang pembantuku mendukung Farhan ketika hujung minggu apabila kami semua memerap di rumah, tetapi hanya mengawasi Farhan bergolek-golek bermain di atas toto yang dilipat khas untuknya, when I went to sort out with his twin brothers. Kadang-kadang sambil mendukung atau menyusu Farhan, aku sempat lagi sort out anything with the twin (sambil riba Farhan, sambil layan si kembar dengan cloth book mereka atau flash card di dalam smartphone ku).

Setelah si kembar bercerai susu, mereka sudah kurang bermanja denganku. Hendak tidur, minta dibuatkan susu, mandi semua dengan suamiku. Kebetulan pula suamiku memang sangat prihatin terhadap anak-anaknya (sangat memanjakan anak). Aku jadi cemburu apabila anak-anak jadi bergantung hanya dengan ayah mereka. Aku suka anak-anak bergantung kepada aku dan suamiku, bukan hanya pada salah seorang dari kami.

Hanya setelah cuti bersalin, apabila aku banyak bermain dengan mereka (hancus pantang aku) dan tidak membenarkan urusan mandi, basuh punggung, bancuh susu dan suap makan diswastakan ke pembantu rumah ketika hujung minggu (apabila telah masuk bekerja), maka si kembar tiada masalah untuk tidur denganku jika ayah mereka keluar sebentar dari rumah, janji seorang di peluk sebelah kanan dan seorang lagi sebelah kiri (Farhan ketika itu telah di’pengsan’kan awal-awal lagi, senang anak menyusu badan ni hehe). Malah mereka akan menangis protes jika pembantu rumah hendak memandikan mereka jika aku dan suami ada di rumah.

Memang penat menguruskan anak-anak. Tambahan pula, apabila mereka itu kembar, suka bekerjasama dalam segala segi (contoh : protes bersama-sama) dengan adik kecil yang selang setahun dari mereka, aku kadang-kadang rasa hendak pengsan (bukan sebab penat, tapi sebab menahan marah). Ada kalanya aku rasa ingin sahaja membawa mereka ke padang, biar mereka berlari sepuas-puasnya dan aku berbaring memerhatikan mereka bermain.

Letih juga asyik melompat dengan mereka. Thanks to technology, lepas melompat dan berlari ke sana sini,dijerit oleh aku atau mereka yang menjerit kepadaku haha, aku boleh mengajar anak-anak dengan flashcard di telefon. Hendak buka komputer riba, agak berisiko tinggi, banyak pulak tangan yang nak menekan itu dan ini, lagipun tidak elok anak-anak menonton televisyen sahaja, aku pun naik mengantuk melayan BabyTV seharian (dari pagi sampai ke malam kot).

Tetapi untuk aku memilih antara pejabat dan anak-anak, aku rela menghadap anak-anakku yang masih belum pandai mengemas rumah, suka memilih makanan, suka main air, tumpahkan susu/yakult merata-rata, tidak mahu duduk diam di restoran itu daripada kerja di pejabat. Ragam anak-anak memang meletihkan, tetapi nanti akan ada suatu masa, kita akan sangat merindui dan menginginkan mereka dalam keadaan sekarang.

Risau juga, adakah aku mampu mendidik mereka dengan baik? Moga aku dan suamiku mampu menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak.

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!!

Ada apa pada nama


nama anak

Daripada Ibnu Abbas r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w:”Tanggungjawab bapa kepada anaknya ialah memberikan nama yang baik dan memperelokkan adabnya.”

Riwayat al-Baihaqi

Daripada Samurah r.a katanya, sabda Rasulullah s.a.w:”Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih pada hari ketujuh (dia dilahirkan), dicukur kepalanya dan diberikan nama.”

Riwayat Ahmad

Ini merupakan dua hadith dari pelbagai hadith yang menekankan pemberian nama kepada anak. Sehinggakan dijadikan sebagai satu peranan penting kepada ibu bapa, juga hak kepada anak. Dulu ayah pernah menceritakan bahawa aku dinamakan oleh seorang ustaz yang sangat aku kenali di kampung halamanku. Malah apabila aku belajar fardhu ain di sekolah agama petang (di Perlis tiada konsep sekolah agama untuk pelajar sekolah rendah seperti di Selangor dan Johor) beliau, aku sangat teruja apabila mengetahui anak sulungnya (perempuan juga) mempunyai nama yang sama sepertiku cuma nama hadapan sahaja yang berlainan, namaku bermaksud ‘Cahaya Firdaus’ manakala nama kakak tersebut bermaksud ‘Taman Firdaus’. Ayah juga tidak membenarkan penggunaan kependekan nama,tetapi selalu memanggilku dengan namaku.

Dan itulah perkara yang sama aku praktikkan kepada anak-anakku.

Ketika aku mengandungkan si kembar dan adik si kembar, beberapa kriteria telah aku senaraikan dalam menamakan mereka. Antaranya, mesti mengandungi pangkal huruf namaku dan suami serta nama mereka mesti sama tapi tak serupa, nama lain tetapi maknanya sama (untuk si kembar) serta doa dan harapan yang aku inginkan buat mereka.

  • Rayyan

Nama kamu merupakan nama pintu syurga bagi orang-orang yang berpuasa. Ayah yang menamakan kamu sayang. Mulanya ummi ingin menamakan kamu Harith, bermaksud kuat,berusaha dengan harapan kamu menjadi manusia yang kuat mempertahankan syiar Islam. Juga kerana menurut sabda Nabi SAW :

تسموا بأسماء الأنبياء وأحب الأسماء إلى الله عبد الله وعبد الرحمن وأصدقها حارث وهمام وأقبحها حرب ومرة

“Berilah nama dengan nama-nama para Nabi. Nama yang paling disukai oleh Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman. Nama yang paling tepat (dengan hakikat manusia) ialah Harith dan Hammam, dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah.”

Riwayat Abu Daud, an-Nasai dan lain-lain dari Abi Wahb al-Jusyami r.a.

Malah ketika kamu masih di dalam bilik pembedahan bersama-sama ummi, ummi telah memanggil kamu dengan nama tersebut. Tetapi apabila ayah mengetahuinya, ayah terus memberitahu ummi bahawa dia mahu menamakan kamu Rayyan. Beliau mahu mengabadikan kenangan kamu dilahirkan pada bulan puasa kerana Ar-Rayyan adalah nama pintu syurga bagi orang yang berpuasa.

Yang pasti, nama kita disandarkan kepada syurga, nama kamu, pintu syurga bagi orang yang berpuasa, manakala nama ummi, nama syurga yang tertinggi. Sepanjang umurmu hampir dua tahun ini, ummi perhatikan kamu lebih sabar dan prihatin. Jika berebut barang dengan Furqan, selalunya kamu akan mengalah (walaupun lepas itu kamu akan menangis tidak puas hati). Moga nama itu memberkati kamu sayang. Moga kamu berperangai seperti orang-orang yang ikhlas puasanya, sabar, tenang dan tidak terburu-buru. Dan ummi juga mendoakan, kamu menjadi pembela yang bertanggungjawab dan abang yang penyayang terhadap adik-adik.

si kembar 5 bulan

  • Furqan

Ummi ingin mengabadikan dan mengharapkan kamu membesar menjadi seperti Umar Al-Khattab. Jadi mulanya ummi ingin menamakan kamu Faruq tetapi maktok kurang bersetuju kerana terdapat orang yang dikenalinya yang mempunyai nama sedemikian tetapi berperangai kurang elok. Sedih juga ummi ketika itu, sehinggalah pada suatu hari ummi menonton filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’, ummi tertarik dengan nama watak kawan baik kepada watak utama.

Ummi juga tahu ada surah Furqan di dalam al-Quran. Dan ummi juga tahu, Furqan dan Faruq mempunyai kata dasar yang sama di dalam bahasa Arab yang bermaksud pemisah, dan jika mengambil dari gelaran Al-Faruq yang diberikan terhadap Saidina Umar al-Khattab ra, beliau digelar sebagai pemisah di antara haq dan batil (benar dan salah). Maka oleh itu, ummi namakan kamu Furqan dengan doa supaya kamu menjadi seorang tegas, bijak dan berhikmah seperti Saidina Umar ra dalam menghadapi fitnah hidup di dunia.

Walaupun baru hendak mencapai umur dua tahun, kamu bijak memberitahu ummi apa yang kamu mahukan dan sangat tegas dengan pendirian (kalau nak makan sendiri,tetap nak makan sendiri,tidak mahu disuap dan jika tidak kamu akan memulakan aksi protes yang tidak ingin ummi dan ayah lihat). Jika bergaduh dengan  Rayyan, kamu yang selalu menang (sabar ajelah ummi, haihh). Pandai mencari permainan sendiri dan kreatif bermain (susun tong air, Tupperware). Semoga kamu menjadi sumber kekuatan buat keluarga kita.

  • Farhan

Nama kamu ummi telah tetapkan sejak di awal kandungan lagi, malah ummi pernah berpesan kepada Mak Njang dan ayah supaya menamakan kamu sedemikian jika ummi tidak sempat bersama kamu. Ya, ummi terlalu banyak diselaputi emosi negatif dan banyak menangis. Ummi dalam keadaan yang sangat-sangat tertekan. Tetapi ummi selalu mendoakan kamu terhindar daripada terkesan dari emosi negatif ummi ketika itu kerana ummi tidak sanggup kamu lahir dan menjadi bayi yang kuat menangis seperti abang-abang di awal kelahiran mereka. Dan alhamdulillah, sejam selepas kamu lahir kamu telah pandai menyusu sambil memandang muka dan erat mengenggam jari ummi.

adik seronok makan

Kamu banyak tersenyum (atau tersengih), banyak ketawa, kurang menangis berbanding abang-abang, yang pasti kamu selalu menggembirakan ummi. Dan itulah doa yang terkandung di dalam maksud nama kamu, kegembiraan (faraha). Ummi mendoakan semoga kamu menjadi sumber kegembiraan dan yang selalu membahagiakan keluarga kita.

Oleh sebab itu, ummi tidak membenarkan sesiapa pun memanggil kamu menggunakan kependekan dari nama kamu atau selain dari nama kamu atau memanggil nama kamu dalam pronunciation yang salah kerana nama adalah doa untuk orang yang dinamakan. Pada nama yang diberikan oleh setiap ibu dan bapa terdapat harapan dan doa pada anaknya. Jadi ummi pantang jika orang memanggil kamu dengan panggilan yang bukan-bukan dan ummi melarang kamu berbuat demikian terhadap sahabat-sahabat kamu nanti dan juga kepada orang lain.

Namun doa yang selalu ummi titipkan terhadap anak-anak ummi ialah menjadi lelaki-lelaki yang diharapkan oleh Umar al Khattab ra. Beliau pernah berkata di suatu rumah di Madinah, “harapanku ialah agar rumah ini penuh dengan lelaki-lelaki seperti Abu ‘Ubaydah ibn al-Jarrah, Muaz ibn Jabal dan Salim budak suruhan Abu Huzaifah, agar mereka semua dapat digunakan bagi meninggikan kalimah Allah!

Amin

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!!