Growing up with them (part 12)

In episode : Brotherhood (Adik-beradik)

Cerita ini sudah lama sebenarnya. Diceritakan oleh Mak Njang yang ketika itu ada bersama-sama di rumah sebulan yang lalu. Ketika itu, ayah outstation selama seminggu lebih. Rayyan, Furqan dan Farhan demam ala-ala pas baton. Orang ini demam, yang lain sihat, apabila yang demam pulak sihat, yang sihat itu pula terjangkit demam. Sistem imun rendahlah agaknya tu. Dan baton demam itu berpusing-pusing giliran antara budak tiga orang itu sehinggalah ummi naik letih melayan, dan terus bancuh Nutriferon dan bagi mereka minum tiga hari berturut-turut. Alhamdulillah, lepas itu,kahak pun tiada bunyi. ‘Ambik kau virus, nak menempek jugak kat anak-anak aku’, kata ummi yang tidak cukup tidur kerana suspen dengan suhu tinggi anak-anak.

Berbalik kepada cerita, suatu hari Farhan si budak sudu (bak kata ayahnya, sebab suka main sudu,sudu ibarat teddy bear dia, tidur pun peluk sudu tau), telah membengkokkan sudunya sehingga nampak seperti terlipat dua. Saja nak test power sudu tu gamaknya. Apabila sudah bengkok, perlulah di betulkan kembali, ye tak? Malangnya, beliau tidak berjaya melakukannya.

Continue reading

Sketsa Anak-anak (Part 5)

In episode :  Bila dah membeli-belah tu..

Dalam banyak-banyak cara melepaskan tekanan, membeli-belah merupakan antara cara yang agak berkesan. Janji tak over spend lah kan. Bukan mak bapak je find peace in shopping, budak-budak pun sama naik aje.  Tiap kali aje lalu depan Econsave, confirm si kembar dan adik si kembar mengarahkan ayah membelok ke situ. Dan tiap-tiap kalilah ummi atau ayah akan mengulang ayat yang sama, ‘nanti kita ada duit, barang rumah dah habis, baru kita ke sana ye’. Most of the times, anak-anak boleh terima, tetapi ada kalanya, protes juga. Masalahnya, memang kami tidak boleh mengelak dari melalui jalan tersebut, sebab jalan itu adalah jalan paling dekat antara rumah dan tadika si kembar.

Apabila tiba masa yang sesuai itu, maka berangkutlah semua orang ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah. Ketika itu Mak Njang berada bersama-sama kami. Apabila barang-barang keperluan telah penuh di dalam troli (2 troli ye), bergeraklah kami semua untuk pergi membayar. Ummi ketika itu masih berlari ke sana-sini mengambil beberapa barang yang ummi lupa manakala ayah dan Mak Njang telah pun beratur di kaunter pembayaran.

Sampainya ummi di kaunter tempat ayah dan Mak Njang beratur,

Tesco_1

Seorang dah di atas conveyor, nasib baiklah tak jadi macam kes Abang Rayyan tahun lepas tu, seorang lagi menyorok di bawah conveyor. Ummi pun tidak pasti motif si Furqan duduk di situ. Abang Rayyan pulak? Haaa, Rayyan pula tengah sibuk………..

Tesco_2

……….mengangkut segala barang dari dalam troli beliau ke kaunter bayaran. Semangat betul, siap nak tolong ambil barang-barang yang ada dari tangan Mak Njang dan Ummi lagi, risau agaknya tak sampai. Beliau memang suka betul proses ni, lagi banyak barang dia kena angkat (hatta berat sekalipun) bertambah seronoklah beliau jadinya.

Sebenarnya kan, segala aktiviti dan apa sahaja mengenai anak-anak, ummi suka untuk rakamkan. Sangat suka dan itu merupakan sebab utama ummi membeli telefon pintar (yang sudahpun retak cerminnya dibaling oleh Rayyan). Dulu-dulu, anak-anak suka juga untuk bergambar, sekarang ini dah besar barangkali,

Tesco_3

Ummi kena marahlah pulak. Kalau ayah yang jeling-jeling paku, fahamlah juga, sebab tengah sibuk-sibuk pun sempat lagi snap gambar, dan malu pada orang belakang yang ramai beratur. Tapi entahlah, ummi sukar hendak lepaskan peluang yang ada, gatal sahaja tangan nak abadikan momen indah dan menarik dengan anak-anak. Sekarang ni kalau ummi over snap gambar, memang kena ‘babap’ dengan anak-anak. Sadis tak?

Ah tak peduli, bila lagi kan nak ambil gambar dan tulis banyak-banyak pasal mereka. Menulis cerita-cerita mereka pun merupakan terapi tekanan ummi yang paling baik sebenarnya. Lepas ni nak buat banyakkkkkkkk lagi komik pasal mereka, moga-moga ummi disempatkan masa.

Nanti kita shopping lagi tau!

Signature_edit2

Adik Si Kembar

In episode : Si kembar sudah ada geng baru!

Adik si kembar pun hampir mencecah umur 4 bulan 11 hari lagi, baru ummi terkulat-kulat hendak menulis di sini. Sebenarnya ummi ada lebih tiga entri yang ditulis separuh jalan termasuklah perihal kelahiran geng baru ini, tetapi disebabkan keadaan pejabat yang tegang (keluar awal setiap hari dan sampai di rumah selepas maghrib..penat sangat), ayah yang terpaksa bekerja di luar kawasan sebaik sahaja ummi kembali ke pejabat (selama lebih dua minggu)serta penyesuaian kami sekeluarga dengan pembantu rumah yang baru ini (akhirnya..tetapi ummi akan bercerita mengenai pembantu ini di entri yang lain) jadi masa lapang ummi hampir tiada untuk menulis dan membaca.

Sejak ada ahli baru ini, si kembar tiada isu kekurangan kasih sayang kerana ayah sentiasa ada bersama memenuhi segala kerenah mereka. Mereka perlahan-lahan menjadi abang-abang yang agak boleh diharap (pada tahap usia ini lah..) kerana sangat prihatin apabila adik baru menangis. Dengar sahaja adik menangis, kelam kabut si Rayyan (terutamanya) pergi melihat keadaan adiknya. Furqan juga tidak terkecuali, jika ummi atau tiada orang lain datang memujuk adik, sama ada dia pergi memanggil ummi sambil menunjuk kepada adik atau beliau sendiri naik ke katil memujuk adik supaya diam (menepuk perut adik dengan agak kuatnya..aduhhh).

Tetapi baru-baru ini, mungkin sebab ummi asyik sangat berkepit dengan adik baru (yelah, adik pun macam abang Furqan dia juga, nak tidur atas lengan sahaja, nak sembang lama-lama semasa menyusu sampai ummi pun jadi angin satu badan sebab tidak dapat buat apa langsung), Rayyan sebelum tidur mesti datang nak ummi usap-usap kepala baru tidur sebelah ayah atau Furqan, jika ummi sempat menemani beliau tidur, beliau akan angkat tangan ummi dan letak di atas perutnya yang sedikit buncit itu.

Adik pula tidak banyak meragam kerana mungkin menyedari bahawa beliau mempunyai abang-abang yang sangat manja. Mungkin beliau agak memanipulasikan pembantu rumah sedikit ketika ummi pergi bekerja (hendak didukung sahaja, hampir tidak tidur langsung dan menangis apabila diletakkan di katil, kalau dengan ummi, mahu pulak tidur), tetapi sepanjang ummi berpantang sehinggalah sekarang adik sangat menghiburkan ummi. Lebih banyak tersengih dan ketawa berbanding abang-abangnya dahulu yang kerap menangis (sehingga sekarang) jika ummi dan ayah tiada di sisi.

my 3 heroes

my 3 heroes

Sebagaimana harapan ummi ketika mengandungkan adik dahulu, begitulah sekarang. Ummi harap adik boleh get along dengan abang-abang. Mungkin jarak umur kamu bertiga yang tidak begitu jauh dapat mengeratkan hubungan kamu adik beradik. Mungkin juga boleh kepada menjadi kembar tiga ummi hehe..

Ummi sayang anak-anak ummi..

*pelukan besar erat-erat

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!!