Susukan anak kembar anda serentak

Tips penyusuan

Teknik yang mudah dan terbaik adalah yang sangat dinginkan oleh ibu bapa si kembar. Ia bukan sahaja membantu menjayakan penyusuan si kembar tetapi juga melicinkan pengurusan hal-ehwal berkaitan si kembar

Oleh itu, dalam menjayakan perjalanan penyusuan si kembar, adalah lebih baik jika si kembar disusukan secara serentak.

Mengapa mereka perlu disusukan secara serentak?

Ini memudahkan pengurusan masa oleh ibu dan ayah disamping membantu ibu dan ayah untuk berehat (sempat tarik nafas). Jika mereka disusukan secara berasingan, maka say goodbye to your take 5 because you won’t have any!

Hal ini adalah kerana, dengan dua orang bayi (mungkin 3 atau 4) anda perlu melalui rutin yang sama sebanyak dua kali (darab dengan sesi penyusuan dan bilangan bayi kembar anda). Selepas penyusuan, mereka perlu disendawakan, ditukar lampin jika mereka berak dan kemudiannya mungkin mereka ingin tidur setelah merasa begitu selesa. Bayangkan jika penyusuan dilakukan secara berasingan.

Jika mereka menyusu hampir dua jam sekali, saya jamin, silap-silap ayah pula yang akan mengalami post-natal depression nanti.

I know how it feels. I have been there before.

Bagaimana cara menyusukan mereka serentak?

Manfaatkan penggunaan bantal penyusuan (nursing pillow). Ia membantu ibu si kembar duduk dengan tegak di samping dapat menyokong si kembar pada posisi penyusuan yang lebih selesa.

Jika anda sukar untuk menggunakan nursing pillow (atas apa alasan sekalipun), sila perah siap-siap susu perahan ke dalam botol untuk si kembar seorang lagi. Rotate di antara kembar siapa yang kena bottle feed (lebih digalakkan untuk menggunakan sippy cup) dan siapa yang direct feeding untuk mengelakkan nipple confuse in the future.

Jadi anda masih mampu mengelakkan dari si kembar disusukan secara berasingan.

Jika anda mempunyai kembar 3 atau lebih, anda boleh menggunakan langkah rotate antara botol dan penyusuan terus dari payudara. Dan ini mestilah dalam kemampuan ibu dan ayah si kembar serta memudahkan.

Signature_edit2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge