Speech Delay Journey : Mulakan langkah pertama.

Sebenarnya, saya sudah lama drafted beberapa tajuk (tajuk sahaja pun) sebegai panduan untuk menulis mengenai ini. Semuanya adalah disebabkan saya hendak wujudkan kesedaran mengenai hal ini. Akan tetapi, apabila mengandung lagi dan mula ke kelas AMANI Birth, maka melalutlah saya ke perkongsian mengenai kelahiran alami pula.

Sehinggalah semalam, seorang kawan lama saya mesej saya secara peribadi,bertanyakan hal ini. Itu pun, selepas beliau come across coret-coret penuh perasaan saya mengenai speech delay di Facebook.

speech delay

Maka bermulalah saya dengan entri yang ini. Moga saya akan istiqamah untuk entri yang seterusnya, insyaAllah.

Please note that I am sharing this as a mother. Solely, from my own experience with my boys. I am not a speech therapist, not even a specialist in child development, just yet. Different people, might go for different approach or path.

Okey, disebabkan kita ni tinggal di Malaysia, dengan semua perkara ada protokol yang perlu diikuti, (melainkan anda ada wang besar, anda boleh langkau protokol tersebut), maka protocol it is. By protocol, I mean, referral letter.

langkah pertama

Jadi, apa yang perlu anda lakukan untuk langkah pertama ini?

Pertama, seawal umur 2 tahun, anak anda sepatutnya sudah boleh membuat ayat menggunakan 2 patah perkataan. Contohnya, ‘nak makan’, ‘nak nasi’, ‘biskut sedap’ dan sebagainya. Jikalau anak anda pelat sekalipun, dorong  beliau untuk keep on bercakap, dan pada masa-masa yang paling sweet, betulkan atau anda sendiri bercakap menggunakan bahasa yang betul. Tidak kiralah bahasa Inggeris atau melayu. Jangan rojakkan. Tak comel pun.

Sampailah umur ke 3 tahun, kosa kata anak anda patut berkembang, dan pada umur ini dia sudah boleh ber’gosip’ atau ‘membuat laporan tidak rasmi’ semua perkara dengan anda.

Semua ini bergantung bagaimana approach anda di rumah. Jika anda sendiri tidak bercakap di rumah, well, macam mana anak anda nak bercakap kan?

Pada tahap ini (umur 3 tahun), jika anak anda masih belum dapat menjawab pada persoalan siapa, apa, mana, kenapa, maka anda perlu dapatkan rawatan pakar or at least go for diagnose.

Ketika saya ke perjumpaan kali pertama untuk terapi pertuturan di HUKM weeks ago, kebanyakan ibu bapa yang hadir, anak-anak mereka baru sahaja 2 tahun lebih. Saya cemburu di situ. Saya akan ceritakan mengenai ini pada entri yang lain.

diagnose

Kedua, diagnose. Untuk kes speech delay, jika anda perlu untuk berjumpa dengan pakar terapi pertuturan di hospital kerajaan, dapatkan surat rujukan. Jumpa Dr. Pakar Kanak-kanak (Pediatrician)  dan mohon untuk surat rujukan. Sebelum doktor keluarkan surat, beliau akan periksa anak dan temubual ibu atau ayah sekejap. Jika kesimpulan dari  doktor tersebut adalah normal, dan anda rasa sebaliknya, maka sila cari doktor lain. I have been there.

Disebabkan saya menggunakan insurans syarikat tempat saya bekerja, saya perlu untuk mendapatkan surat rujukan dari doktor biasa (general health) terlebih dahulu. Beberapa doktor ini yang saya jumpa, tidak mahu mengeluarkan surat rujukan kerana mereka beralasan anak-anak saya normal. Saya sangat sedih ketika itu, itu doktor perubatan biasa, jika doktor kanak-kanak pun berkata demikian sedangkan saya rasa sebaliknya? Lagilah tertekan bercampur sedih.

Normal apanya jika umur (ketika itu) sudah empat tahun, kosa kata kurang dari 10?

Sehingga akhirnya saya dapat juga jumpa Dr. Pakar Kanak-kanak yang mahu mengeluarkan surat rujukan tersebut, siap ajar lagi langkah demi langkah apa yang perlu saya buat.

Akan tetapi, jika anda mempunyai kemampuan yang lebih,lebih baik jika anda terus dapatkan diagnose atau nasihat dengan pakar terapi pertuturan swasta.

http://siraplimau.com/speech-therapy-di-malaysia/

Untuk kes speech delay + something else, sila berjumpa dengan Pakar Psikiatri Kanak-kanak. Anak anda tantrum tahap tidak boleh dipujuk, masih tidak boleh bercakap, ada sisi pelik yang anda sendiri pun hilang punca untuk menanginya, maka anda perlu dapatkan nasihat dan penilaian dari Pakar Psikiatri Kanak-kanak.

Jika anda perlukan surat rujukan, maka seperti kes lambat bertutur di atas, mohon surat rujukan dari Dr. Pakar Kanak-kanak.

Tetapi, seperti yang saya nyatakan di atas juga, if you are well enough, go for private child psychiatrist.

http://www.psychiatry-malaysia.org

Please note, apabila kita bawa anak berjumpa dengan Pakar Psikiatri Kanak-kanak , ia tidak bermakna anak kita itu tidak siuman, gila, tidak normal, yada yada yada. We need help, we are at loss, people around us just do nothing and not helping. Hatta, jika anak yang normal pun, bagus di bawa berjumpa Pakar Psikiatri Kanak-kanak, untuk belajar cara mengenali dan mengendalikan perangai anak.

Saya masih belum ada kesempatan untuk membawa anak-anak saya berjumpa Pakar Psikiatri Kanak-kanak. Usaha saya sekarang ialah dapatkan penilaian menyeluruh di Institut Nury, dengan Dr Azura.

Ketiga, tolong tanamkan di dalam kepala, kuatkan semangat untuk bantu diri sendiri. Yes, in order to help your child, you have to help yourself equipped with knowledge and strength. Jika kita sendiri pun tidak tahu diagnose anak apa, bagaimana nak tolong? Celah mana nak cari knowledge?

Jalan saya pun tidaklah mudah terbentang begitu sahaja. Ada juga tersadung di sana sini. Saya menulis dan terus menulis ini supaya anda semua tidak masuk fasa yang sama dengan saya, fasa ‘better late than never’.

Ada masa kita boleh bertenang dan fikir positif, ada masa kita perlu bimbang.
Ini soal masa depan anak-anak kita. Jangan takutkan diri sendiri dengan apa yang kita tidak tahu.

you are not alone

Kita ini hidup di Malaysia ye sayang-sayang sekalian. Semua benda kena buat sendiri. Jadi bangkit dan buat. And remember, YOU ARE NOT ALONE. Allah ada. Dia akan tunjukkan jalan, Dia akan kuatkan semangat kita dan Dia yang akan datangkan hamba-hambaNya yang berkaitan untuk bantu kita.

Apa yang kita perlu lakukan, MULAKAN LANGKAH PERTAMA ANDA.

Dengan nama Allah, aku melangkah.

Semoga membantu.

Signature3

2 thoughts on “Speech Delay Journey : Mulakan langkah pertama.

  1. norain says:

    assalam puan..info yang bermanfaat pada saya yang baru sedar speech delay bagi anak yang lebih umur 2 tahun patut dapatkan rawatan dan bukan dibiarkan..semoga ada entry terbaru dari puan untuk rujukan bersama. insya Allah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge