Sourdough Wholemeal Loaf

Apabila sudah mula mendapat hasil roti yang lebih baik, maka mulalah berani melakukan percubaan terhadap roti dengan penggunaan tepung berbeza untuk hasil berbeza.

Saya menggunakan teknik yang sama, slow proofing. Akan tetapi jika anda mempunyai mesin pembuat roti atau mixer atau anda mampu menguli sehingga doh menjadi elastik, anda boleh teruskan ke kaedah seterusnya, iaitu peram doh 4-6 jam.

Menggunakan sourdough (yis liar) memerlukan proses pemeraman yang lama. Ini adalah kerana kita mahukan yis liar kita itu menguraikan gluten di dalam doh dengan lebih baik dan efisien.

wholemeal-loaf_edited

Nantilah saya ceritakan kebaikan penggunaan yis liar ini. Terus sahaja masuk ke resepi. Kali ini saya memberanikan diri membuat Roti Buku Gandum Penuh (Wholemeal Loaf).

Sangat mudah, ringkas dan sedikit sahaja bahan yang saya gunakan. Saya sebenarnya lebih menggemari resepi yang sedikit bahan-bahannya.

Sourdough Wholemeal Loaf

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum penuh (wholemeal)
1 cawan tepung tinggi protein
1 cawan air
1/4 cawan raw cane sugar
1/4 starter

wholemeal-loaf_2

Cara-caranya

  1. Beri makan pada starter 3 jam sebelum proses membuat roti bermula. Pastikan starter naik dua kali ganda setelah diberi makan. Jika starter telah diberi makan dalam tempoh 24 jam, ia boleh terus digunakan.
  2. Campur kesemua bahan kecuali air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh.
  3. Simpan di dalam peti sejuk selama 24 jam (atau dalam tempoh 7-12 jam pun boleh, terpulang).
  4. Keluarkan doh, bentukkan. Griskan loyang dengan minyak/mentega. Masukkan doh di dalam loyang dan biarkan doh naik selama 4-6 jam.
  5. Panaskan oven pada suhu 180C selama 10 minit. Kemudian masukkan doh roti yang telah naik ke dalam oven, sembur air pada permukaan doh dan dalam oven. Turunkan suhu kepada 150C. Bakar selama 20 minit.
  6. Apabila masak, keluarkan dan sejukkan di atas rak penyejuk. Sapu minyak/madu/ mentega di permukaan roti.
  7. Potong roti apabila roti telah sejuk.

Selamat mencuba.

Signature3

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge