Sourdough Plain Loaf

Saya tidaklah membuat roti setiap hari. Boleh tumbang kot haha. Cumanya sengaja saya kemaskini blog dengan resepi roti pada hari berlainan. Kedua-dua roti wholemeal dan plain ini saya buat bersama-sama dengan kawan-kawan yang ingin belajar mengenai sourdough pada hujung minggu lepas.

Cuma yang plain loaf ini, saya tidak larat untuk menguli sehingga elastik (iya, saya membuat roti secara manual sahaja), maka ia dilempar sahaja di dalam peti sejuk. Keesokannya barulah saya bentukkan dan bakar.

Okay, enough fret, moving on to recipe.

Sourdough Plain Loaf

plain-sandwich-loaf_edited

Bahan-bahannya

2 cawan tepung gandum penuh (wholemeal)
1/4 cawan raw cane sugar
1/4 starter
air

Cara-caranya

  1. Beri makan pada starter 3 jam sebelum proses membuat roti bermula. Pastikan starter naik dua kali ganda setelah diberi makan. Jika starter telah diberi makan dalam tempoh 24 jam, ia boleh terus digunakan.
  2. Campur kesemua bahan kecuali air. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga membentuk doh.
  3. Simpan di dalam peti sejuk selama 24 jam (atau dalam tempoh 7-12 jam pun boleh, terpulang).
  4. Keluarkan doh, bentukkan. Griskan loyang dengan minyak/mentega. Masukkan doh di dalam loyang dan biarkan doh naik selama 4-6 jam.
  5. Panaskan oven pada suhu 180C selama 10 minit. Kemudian masukkan doh roti yang telah naik ke dalam oven, sembur air pada permukaan doh dan dalam oven. Turunkan suhu kepada 150C. Bakar selama 20 minit.
  6. Apabila masak, keluarkan dan sejukkan di atas rak penyejuk. Sapu minyak/madu/ mentega di permukaan roti.
  7. Potong roti apabila roti telah sejuk.

Mudah kan? Bahan-bahannya pun sedikit sahaja dan alhamdulillah roti ini lembut kejadiannya.

Maaflah tiada gambar roti yang dipotong, roti ini selamat dihadiahkan kepada seorang kawan baik. Rezeki beliau.

Selamat mencuba.

Signature3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge