Sketsa Anak-anak (Part 5)

In episode :  Bila dah membeli-belah tu..

Dalam banyak-banyak cara melepaskan tekanan, membeli-belah merupakan antara cara yang agak berkesan. Janji tak over spend lah kan. Bukan mak bapak je find peace in shopping, budak-budak pun sama naik aje.  Tiap kali aje lalu depan Econsave, confirm si kembar dan adik si kembar mengarahkan ayah membelok ke situ. Dan tiap-tiap kalilah ummi atau ayah akan mengulang ayat yang sama, ‘nanti kita ada duit, barang rumah dah habis, baru kita ke sana ye’. Most of the times, anak-anak boleh terima, tetapi ada kalanya, protes juga. Masalahnya, memang kami tidak boleh mengelak dari melalui jalan tersebut, sebab jalan itu adalah jalan paling dekat antara rumah dan tadika si kembar.

Apabila tiba masa yang sesuai itu, maka berangkutlah semua orang ke pasaraya untuk membeli barang keperluan rumah. Ketika itu Mak Njang berada bersama-sama kami. Apabila barang-barang keperluan telah penuh di dalam troli (2 troli ye), bergeraklah kami semua untuk pergi membayar. Ummi ketika itu masih berlari ke sana-sini mengambil beberapa barang yang ummi lupa manakala ayah dan Mak Njang telah pun beratur di kaunter pembayaran.

Sampainya ummi di kaunter tempat ayah dan Mak Njang beratur,

Tesco_1

Seorang dah di atas conveyor, nasib baiklah tak jadi macam kes Abang Rayyan tahun lepas tu, seorang lagi menyorok di bawah conveyor. Ummi pun tidak pasti motif si Furqan duduk di situ. Abang Rayyan pulak? Haaa, Rayyan pula tengah sibuk………..

Tesco_2

……….mengangkut segala barang dari dalam troli beliau ke kaunter bayaran. Semangat betul, siap nak tolong ambil barang-barang yang ada dari tangan Mak Njang dan Ummi lagi, risau agaknya tak sampai. Beliau memang suka betul proses ni, lagi banyak barang dia kena angkat (hatta berat sekalipun) bertambah seronoklah beliau jadinya.

Sebenarnya kan, segala aktiviti dan apa sahaja mengenai anak-anak, ummi suka untuk rakamkan. Sangat suka dan itu merupakan sebab utama ummi membeli telefon pintar (yang sudahpun retak cerminnya dibaling oleh Rayyan). Dulu-dulu, anak-anak suka juga untuk bergambar, sekarang ini dah besar barangkali,

Tesco_3

Ummi kena marahlah pulak. Kalau ayah yang jeling-jeling paku, fahamlah juga, sebab tengah sibuk-sibuk pun sempat lagi snap gambar, dan malu pada orang belakang yang ramai beratur. Tapi entahlah, ummi sukar hendak lepaskan peluang yang ada, gatal sahaja tangan nak abadikan momen indah dan menarik dengan anak-anak. Sekarang ni kalau ummi over snap gambar, memang kena ‘babap’ dengan anak-anak. Sadis tak?

Ah tak peduli, bila lagi kan nak ambil gambar dan tulis banyak-banyak pasal mereka. Menulis cerita-cerita mereka pun merupakan terapi tekanan ummi yang paling baik sebenarnya. Lepas ni nak buat banyakkkkkkkk lagi komik pasal mereka, moga-moga ummi disempatkan masa.

Nanti kita shopping lagi tau!

Signature_edit2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge