Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 20)

In episode :  Aktiviti di bilik gelap….

Ini sebenarnya cerita bulan lepas (dah sebulan baru nak bercerita, sibuk sangatlah ye..). Ketika ini majlis kesyukuran untuk adik lelaki ummi (Pak Ngah) yang melangsungkan perkahwinannya. Semua orang sibuk ketika ini termasuklah ummi. Yelah, ketika majlis ummi dulu, adik-adik ummi bertungkus-lumus menjayakannya, takkanlah ummi nak duduk melahu je kan? Ummi tolong setakat yang terdaya je, dengan si Farhan langsung tak boleh ditinggalkan barang sesaat, nak mintak berdukung saja.

Walaupun kelam kabut melayan tetamu, lauk tak cukup, bungkus lauk, ummi sempat menyedari ketiadaan si kembar (sebab tiba-tiba tiada tangisan budak di tengah-tengah orang ramai). Wah, macam nak luruh jantung ummi apabila bertanyakan kepada sanak saudara di dalam dan di luar rumah, tiada siapa pun yang melihat mereka. Ah sudah, pergi mana pulak budak-budak ni?!

Akhirnya ummi masuk semula ke rumah dan pergi ke bilik belakang tempat segala goodies bag untuk tetamu tersimpan. Apabila terbuka sahaja pintu, ummi terus menjerit, “Ya Allahhh…” (walaupun dalam hati bersyukur sangat sebab jumpa mereka di dalam bilik tersebut).

aktiviti bilik gelap

Abang Rayyan kira ok lagi, yang si Furqan lagi terbaik, siap bercorak cantik lantai bilik tersebut. Apabila risau ummi dah reda, mulalah datang suara exasperated ummi itu, sambil bercekak pinggang, ” korang buat apa ni, anak-anak oiii..”,

aktiviti bilik gelap_2

Punyalah layan menconteng lantai (entah dari mana lah dia dapat pensil warna itu, mesti godek beg Mak Njang ni), sampai terangkat kaki. Abang Rayyan masih duduk berteleku di sudut sambil memegang polisterin yang dijumpainya. Itu sebenarnya polisterin yang dibuat lapik untuk hantaran Pak Ngah. Kat manalah anak bertuah ni jumpa, haihhh..

aktiviti bilik gelap_3

Lepas dah bosan menconteng lantai dengan jayanya, orang itu mencari keseronokan lain. Malangnya, beliau telah menginterpretasi bahawasanya polisterin yang dibelek-belek oleh abangnya sedari tadi adalah menarik. Oleh itu, terjadilah aksi berebut yang jika berlebihan boleh bikin hati ummi cepat sahaja mendidih..

aktiviti bilik gelap_4

Selamba sahaja beliau merampas dan melarikan polisterin itu. Mulanya diminta secara baik, tetapi dibuat ‘lembu kenyang’ sahaja oleh si adiknya. Apa lagi, marahlah si abang. Menyedari abangnya bakal bertidak lebih agresif, Furqan cepat-cepat melarikan diri. Jangan kata abang, ummi yang melihat pun nak naik angin sama.

aktiviti bilik gelap_5

Akhirnya, selepas sesi berebut, seorang nak ambil semula ‘mainan’ beliau itu, seorang lagi langsung tak nak berkompromi, tak nak bagi kepada abangnya, maka patah dua polisterin itu. Ha cantik..

aktiviti bilik gelap_6

Ummi tak ingat sama ada ummi ‘rampas’ atau tidak polisterin itu. Tapi yang pasti, ummi terus ajak budak bijak dua orang itu keluar dari bilik tersebut. Lagipun bilik itu berkedap dan penuh dengan barang-barang. Risau nanti lagi banyak barang yang mereka selongkar nanti, kang ummi juga yang jenuh mengemas.

Haihla anak-anak oi.. Macam-macam.

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

2 thoughts on “Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 20)

  1. ann says:

    Sempat jugak snap gambar diorg tgh2 gaduh tu..he..dah besar nnti bg diorg baca balik n tengok apa diorg dok buat time kecik2 dulu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge