Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 19)

In episode :  Memang feeling habis makan di tepi laut

Hujung minggu lepas, kami sekeluarga bergerak ke utara, on short notice. Ayah ada tugasan di sana. Kebetulan pula, mak njang sepatutnya pulang ke Perlis setelah seminggu menghabiskan masa di Bangi, maka hasrat untuk menghantar beliau dengan menaiki bas dibatalkan dan semuanya diangkut sekali. Ummi memang gementar hendak mengharungi perjalanan selama 7-9 jam bersama si kembar dan adik mereka, bukan sebab takut letih (jangan risau, supplemen Shaklee kan ada, ok poyo di situ), tapi risau tidak mampu mengawal emosi dalam menangani 3 pahlawan perang Badar itu.

Alhamdulillah, disebabkan keberadaan mak njang, maka ummi masih mampu mengekalkan kewarasan walaupun si kembar berlari macam kena kurung setahun di rumah ‘kekdahnya’ di sepanjang unplanned cuti-cuti Malaysia itu. Selepas ayah menyelesaikan tugasan beliau, barang yang diperlukan pun telah diambil, maka kami duduk bersantai di kawasan teluk (jika boleh dikatakan teluk) yang berdekatan dengan Queensbay Mall, Bayan Lepas.

Ketika ini kami bersama dengan kawan ayah dan isteri beliau. Si kembar yang kelaparan kerana terlalu banyak berlari ke sana ke mari sehingga lupa makan, bagai pucuk dicita ulam mendatanglah apabila di offer nuget goreng oleh ayah. Ummi terpaksa pejam mata kerana mereka memang tidak makan langsung, risau perut mereka masuk angin. Tak sangka pulak, orang itu sampai layan ambil feel makan sambil tengok air laut.

2nd twin menunjukkan nugget beliau

2nd twin menunjukkan nugget beliau

Dan pastilah, orang itu tidak akan makan berseorangan. Mesti ada seorang lagi akan join.

makan berjemaah adalah lebih baik

makan berjemaah adalah lebih baik

Maka bergeraklah mereka mencari tempat yang lebih strategik (dan merbahaya) untuk duduk dengan lebih sopan dan makan. Tak elok nak makan berdiri. Tok marah satgi.

Berjalan mencari tempat terbaik

Berjalan mencari tempat terbaik

Ketika makan itu, dua buah kapal terbang melintas di ruang udara di atas kepala kami (MAS dan AirAsia) dan hilang di sebalik bukit di atas pulau di hadapan kami (Pulau Jerejak). Ada juga dua buah bot yang bergerak berselang seli dari pulau tersebut. Setelah menggigit dengan lebih banyak, Rayyan merasakan beliau agak tidak menyukai fishball (ke prawnball entahla, ummi pun tidak tahu sebenarnya) yang diberikan oleh ayah kepada beliau. Mungkin tidak kena dengan taste agaknya.

ada orang itu tak enjoy pulak

ada orang itu tak enjoy pulak

Beliau cuba berdiplomasi dengan Furqan dengan membuat pertukaran, tetapi ditolak mentah-mentah oleh Furqan yang kelaparan. Ummi yang mengesan bahawasanya akan berlaku kejadian ribut taufan yang tidak ingin dilihat, cepat-cepat meminta ayah membelikan nuget kepada Rayyan juga. Ayah pun apalagi, bergegas membeli nuget seperti Furqan di kereta tolak tempat beliau bersembang bersama kawannya itu. Setelah mendapat nuget dihajati, makanya makanlah mereka dengan tenang sambil menghadap laut luas terbentang.

memang lagi bersopan makan dengan posisi duduk

memang lagi bersopan makan dengan posisi duduk

Orang laparlah katakan. Itulah, ajak makan sibuk nak main air laut, sibuk nak minum air ais, sibuk nak beli pelampung, sibuk nak itu, sibuk nak ini. Ummi memang tak bersosial langsung dengan kawan ayah kerana mengawal si kembar daripada pergi ke kawasan yang lebih merbahaya. Oh ya, dan sibuk ambil gambar sambil cerita apa-apa yang patut. Tapi takkanlah ambil gambar si kembar sahaja kan? Haruslah ummi pun ‘interprem’ sama hehe..

ummi dan juga si kembar

ummi dan juga si kembar

Sekaranglah nak peluk-peluk pun kan? Nanti dah besar sikit, dah malu kut nak peluk cium ummi ni. Kemudian kami semua bertolak ke Perlis untuk menghantar mak njang pula. Walaupun letih, percutian tidak dirancang ini tetap menyeronokkan. Ummi suka. Si kembar lagillllllaaaaaaahhhhh suka, sebab mandi laut, main air kolam renang, berlari ke sana ke mari. Alhamdulillah, masih diberikan rezeki untuk berseronok di sebalik kekalutan jiwa yang ummi hadapi.

Nanti nak pergi lagilah. Alam semulajadi dan anak-anak kecil memang pengubat jiwa yang terbaik!

Signature_edit2

4 thoughts on “Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 19)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge