Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 18)

In episode :  Kami memang suka SHOPPINGGG!

Seperti biasa, apabila semua stok bahan basah, bahan kering dan bahan cucian habis (habis licin sampaikan baju pun menggunung tidak berbasuh, ikan tinggal seekor, sayur tiada langsung, pinggan mangkuk dibasuh dengan sabun botol anak-anak) maka, lawatan ke pasaraya haruslah dilakukan. Memang stok pun ngam-ngam untuk sebulan (kadang-kadang tidak sampai sebulan pun..)

Selalunya ayah akan meletak kereta di dalam kawasan pasaraya, yakni yang berbumbung. Kali ini, entah kenapa ayah berpusing-pusing di tempat letak kereta dan keluar semula dari tempat tersebut (tetapi masih mencari tempat yang strategik). Melihatkan keadaan itu, Rayyan yang menyangkakan ayah hendak kembali ke rumah (tanpa membeli barang), menangis sekuat hati dan melurutkan badannya ke bawah seat kereta. Furqan tidak menangis, tetapi mukanya kelihatan kecewa.

Ummi macam ada sixth sense dan memahami aksi protes abang Rayyan itu dan dengan segera berkata,

Ummi : Abang, ayah bukan nak balik. Dia tak jumpa parking lagi. Rilek la..

Dan beliau masih menangis, sehinggalah ayah betul-betul berhenti di tempat letak kereta tidak berbumbung dan mula memunggah troli.

Ummi : Haa.. betul tak apa ummi cakap tadi?

Abang hanya tersengih-sengih. Furqan pun sama. Mungkin terbayang segala makanan kegemaran dan suasana di dalam pasaraya agaknya.

Setelah penuh troli dengan segala barang-barang keperluan (berpeluh ummi menimbang mana yang perlu,dengan bajet : walaupun ayah yang bayar selalunya,dengan dalam hati mencongak-congak agar tidak terlebih bajet sambil bengang dengan harga yang makin naik), maka kami pun beratur untuk membayar. Ummi selalu berdebar apabila amaun yang perlu dibayar melebihi bajet. Lepas itu, mulalah pelan penjimatan terangka dalam kepala. Budak dua orang itu,

kami suka shopping

Terpaksa benarkan mereka makan coklat, baju sudah comot dengan segala yakult dan yogurt yang tumpah.

kami suka shopping_2

Yang di tangan pun belum habis, minta lagi, sorry, tak boleh.

kami suka shopping_3

 

Sebelum pulang ke rumah, ayah singgah sebentar di ATM. Budak dua orang itu sudah resah. Mungkin sudah mengantuk agaknya.

kami suka shopping_4

Muka masing-masing bahagia sangat dapat shopping. Abang tengah tengok apelah tu.

 

kami suka shopping_5

Agak lama juga menunggu ayah di mesin ATM. Adik Farhan pun sudah tidur di dukungan. Tiap-tiap kali mesti lupa bawa kereta sorong, memang pejal otot tangan ayah, ummi dan bibik kerana berganti-ganti mendukung Farhan (tetapi si kembar dulu lagi montel dari adik Farhan).

kami suka shopping_6

Apabila sampai di rumah, ummi dengan bibik pula yang cepat-cepat menyimpan dan mengemas segala barang yang telah di beli tadi. Si  kembar pula perlu ditukar baju, lampin dan dibancuhkan susu sebelum dipujuk untuk tidur.

Tetapi bukan si kembar sahaja yang suka shopping, ayah dengan ummi pun sama, hehehe..

Boleh hilang tekanan apabila shopping, tambah-tambah apabila aktiviti itu dilakukan bersama-sama. Dengan segala kerenah si kembar lagi. Jadi macam terapi pula.

Shopping memang best! Hehehe..

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

2 thoughts on “Sketsa Rayyan dan Furqan (Part 18)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge