Sketsa Anak-anak (Part 6)

In episode : First aid

Setelah begitu lama tidak menulis (hampir seminggu), dan begitu lama (sangat) tidak bersketsa (ini sketsa yang terakhir saya tulis dahulu), maka saya bermula dengan satu soalan. Soalan yang sangat penting, yang menentukan hidup dan mati..

..er bagi ibu bapa yang mementingkan keselesaan je.

Berbalik kepada soalan asal, saya nak tanya, apakah ini wahai para pembaca sekalian?

baby wipes

Apa?

Ya, jawapan anda tepat sekali.

Baby wipes.

Merupakan peralatan yang sangat penting buat ibu ayah yang anak-anaknya masih lagi memakai lampin atau lampin pakai buang. Penting juga ketika dalam perjalanan jauh. Juga penting untuk gadis cantik yang mementingkan kesihatan kulit wajah.

Now, saya nak tanya soalan yang kedua. (Berapa banyak soalan daaa)

Apakah yang akan terjadi apabila si kembar dan adik si kembar terjumpa dengan peralatan super penting ini?

Apa?

Cakap kuat-kuat sikit.

Ya, anda betul lagi.

Sesuatu yang tidak dijangka akan berlaku. Sesuatu yang memungkinkan ummi bertukar menjadi makhluk hijau.

Diorang jadikan baby wipes itu sebagai kain pembalut.

Dec2014_si kembar

Mangsanya ialah kaki ayah. Redha je ayah tadah kaki beliau jadi bahan eksperimen.

Dec2014_si kembar_2

Bukan sikit ye digunakan untuk membalut kaki ayah. Tebal pulak tu, di tempat yang sama.

Dec2014_si kembar_3

Oh, rupanya adik si kembar jadi pemerhati kali ini. Sesuatu yang memeranjatkan. Selalunya beliau akan ambik port dalam hal-hal sedemikian.

Dec2014_si kembar_4

Bila ramai sangat lelaki di rumah, jadi trend pula suka kentut sesuka hati. Ummi je yang kentut tak bunyi. Sudahlah bunyi, semerbak satu bilik pulak tu.

Dec2014_si kembar_5

Ummi bila marah macam itu lah. Kalau tak keluar loghat utara, speaking London lah. Terus lepas itu ummi sorok betul-betul baby wipes tersebut. Pantang jumpa barang-barang. Ada sahaja yang nak dibuat main.

Sabar je lah.

Signature_edit2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge