Sketsa Anak-anak (Part 4)

In episode :  Makan berjemaah menambahkan kasih sayang

Tiga pemuda harapan Khalifah Umar Al-Khattab ini memang agak gemar dengan pulut. Jadi, di suatu pagi yang ummi mempunyai kelapangan, ummi pun mengukus beras pulut yang telah direndam semalaman. Tetapi, satu perkara telah berlaku di pagi hari tersebut yang menyebabkan ummi hanya sempat mengukus pulut sahaja tanpa menyediakan sebarang lauk atau menambah rencah terhadap pulut kukus tersebut. Perkara itu akan ummi ceritakan di entri akan datang. Hari ini kita aplikasikan konsep kasih sayang melalui makan secara berjemaah dulu ye.

Malam itu, pulang daripada pejabat, ummi lihat Achik (ibu saudara mereka, adik ipar ummi), telah menggaulkan gula merah dengan pulut kukus tersebut. Ala-ala pulut pagi yang selalu terdapat di Kelantan. Jadi ummi sendukkan sedikit dan masukkan ke dalam mangkuk dan memang ummi hendak melihat sama ada si kembar boleh berkongsi makanan dengan adik mereka. Jika di antara mereka sahaja, it was never a big deal. They would happily share everything between them.

Pembahagian makanan secara adil

Pembahagian makanan secara adil

Mulanya, segalanya kelihatan baik-baik, tenang sahaja. Cuma seperti biasa, abang yang tidak cerewet kepada makanan akan makan lebih dari orang lain. Furqan pula agak particular dalam memilih makanan. Selalunya, jika beliau makan sampai habis, maknanya memang sedap betul la masakan ummi hari itu.

Err..ok lagi ke ni?

Err..ok lagi ke ni?

Tetapi, agaknya abang lupa, ada seorang lagi yang juga sepertinya. Iaitu adik Farhan heheh.. Adik Farhan, jika dalam bab makan, memang tidak kalah seperti abang Rayyannya. Alang ternampak sahaja makanan, pasti direbutnya dengan abang-abang. Dan pastilah, dengan saiz tubuhnya yang kecil, dia selalu kalah dengan abang.

Adik dah menangis pulak..

Adik dah menangis pulak..

Sengaja ummi biarkan (selagi masih dalam kawalan), untuk mereka uruskan sendiri. Ummi cuma jadi referee sahaja.

Haa..kan elok makan baik-baik

Haa..kan elok makan baik-baik

Ummi suka melihat anak-anak makan bersama-sama. Ini boleh memupuk kasih sayang dan rasa kebersamaan di antara mereka. Lagipun, si kembar sudah terlalu biasa berdua dalam segala hal, dengan melibatkan adik Farhan, si kembar akan perlahan-lahan menerima dan berkongsi apa sahaja dengan adik Farhan. Adik pun kadang-kadang marah (menangis) apabila tidak dibenarkan bermain oleh abang-abangnya. Jadi ummi harap, dengan exposure sedemikian, si kembar akan lebih mudah belajar menerima adik Farhan di kalangan mereka.

Sekarang ini ummi sedang membaca buku Raising Twins: From Pregnancy to Preschool, hasil tulisan Shelly Vaziri Flais. In sha Allah, ummi akan buat review tentang buku ini jika ada kesempatan.

Oh ya anak-anak, apa yang penting? KERJASAMAMA (jawab ala-ala WonderPets)

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge