Early Education 101 :  4 sebab kenapa anda perlu sertai seminar ini

Selain kursus keibubapaan Nury, saya ada juga ada menyertai kursus lain. Bukan sahaja untuk menambahkan pengetahuan, saya juga mahu mencari kekuatan di mana-mana sahaja kursus yang saya sertai.

Selain juga, ingin menambah kenalan dan meluaskan rangkaian manusia positif di dalam hidup saya.

Apa, ingat ahli perniagaan sahaja yang perlu networking?

Kursus ini merupakan kursus yang sangan dikempen oleh salah seorang sahabat saya yang juga merupakan alumni kelas Nury. Beliau ini pula, janganlah kempen apa-apa, jika beliau yang kempen memang berbaloilah maknanya itu.

Maka, dengan sedikit kekuatan, saya daftarkan diri, walaupun pada saat-saat akhir. Saya ke seminar ni Febuari yang lalu (sekarang baru tulis?).

Mengapa saya sertai seminar ini

Menariknya, penyampainya merupakan seorang homeschooler.

Adakah saya mahu melakukan perkara yang sama buat anak-anak saya?

Saya ke sana untuk belajar bagaimana cara untuk saya menangani anak-anak saya sebenarnya. Saya cuba mencari kaedah yang boleh saya complement dengan apa yang saya telah belajar dari Nury.

Saya mahukan nilai tambah.

Saya juga telah diberikan satu sisi pandangan yang sangat mengujakan mengenai penyampai (speaker), membuatkan saya berasa selesa dan bersemangat walaupun saya hanya mengenali lebih dekat dengan beliau pada hari seminar.

When you have special children, everything is emotional and very personal. And you will seek someone who will satisfy that, understand where you stand and how you feel.

Saya sampai di bilik seminar, membawa emosi yang begitu. Namun otak saya kosongkan, sebab  saya tidak mahu membandingkan.

Dan saya sangat-sangat teruja sepanjang satu hari seminar.

eek

Mengikut takrifan yang Dr Siti berikan, homeschool hanya bermula dari umur 7 ke atas, selain dari itu, ia hanyalah pendidikan awal.

Ada 5 modul yang beliau bincangkan ketika seminar. Modul ini adalah untuk membina asas yang baik untuk perkembangan anak-anak. 5 modul itu adalah,

  • Raising Child Islamic Perspective (Building strong Islamic foundation and Tauhid in young kids)
  • Early Readers (Teach kids to read in easy fun way as early as 3 months old)
  • Memory Booster (How to boost your child Memory)
  • Creative Child (How to raise a Creative child)
  • Self Esteem and Confidence (Make your child a Confidence and Happy child)

Di sini saya nyatakan 4 sebab mengapa seminar ini para ibu perlu ikuti.

1. Belajar cara kenalkan Allah pada anak-anak

Jika di Nury saya belajar bagaimana untuk meningkatkan potensi anak dengan kembali kepada fitrah, di seminar ini saya belajar cara mengajar anak-anak mengenai Allah. Cara untuk menerangkan kepada anak-anak setiap perkara supaya kembali kepada Allah dengan suasana yang sangat harmoni, gembira dan mudah.

Ye, mudah.

Kenapa nak susahkan perkara yang mudah.

Sesi ‘My Jannah’ adalah sangat bagus untuk anak kenal mengenai kasih sayang Allah dan betapa perlunya sisi positif untuk kita terapkan pada anak-anak.

2. Petua yang praktikal

Selain itu, saya juga belajar beberapa petua yang sangat praktikal bukan sahaja buat ibu yang bekerja di luar rumah malah ibu yang sepenuh masa di rumah dengan anak-anak. Apa, ingat ibu yang sepenuh masa di rumah duduk-duduk lenggang kangkung?

Antaranya, banyakkan membaca surah Al-Fatihah sebanyak-banyaknya dengan anak (atau anak-anak). Ketika menyusu, ketika mahu tidurkan mereka atau dalam apa sahaja yang ibu lakukan bersama anak-anak. Mudah je kan, baca fatihah je, apa yang susah sangat? Itu baru satu, ada banyak lagi petua yang beliau kongsikan. Petua ajar anak membaca pun sangat menarik, juga dengan penjimatan berterusan ;-p

3. Perkongsian nilai hidup yang berkenaan dan dekat di hati

Dr Siti banyak menggunakan contoh yang beliau telah lakukan bersama-sama anak-anak beliau. Dengan itu kita lebih faham jika kita ingin melakukan perkara yang sama dengan anak-anak kita. Jika kita rasakan pendekatan beliau mungkin tidak sampai buat anak-anak kita, insyaAllah boleh berbincang dengan beliau cara yang efisien buat anak-anak kita.

4. Seminar yang hidup

Apa pula yang hidupnya ni? Seminar ini bukan sahaja seronok mendengar celoteh beliau, tetapi titipan peringatan yang lembut buat kita ibu-ibu. Banyak perkara yang mungkin kita terlepas pandang dalam menangani anak-anak kita, akan diingatkan dan kita akan nampak jalan keluarnya.

Dicuit-cuitnya hati kita tanpa perlu untuk berasa sentap. Digunakan bahasa yang sangat halus tanpa perlu sarkastik, manalah saya tak rasa macam nak peluk tak nak lepas je Dr. Siti ketika di seminar dulu. Rasa nak conquer sembang dengan beliau seorang sahaja hahahah.

Beliau akan mengadakan lagi seminar hujung bulan ini. Seminar ini mungkin seminar beliau yang terakhir. Jika ada ibu-ibu yang berkelapangan, mencari-cari cara mudah, praktikal dan berhemah dalam mengajar anak-anak, silalah pergi ke seminar ini.

edukids seminar

Seminar ini akan diadakan di Shah Alam. Boleh hubungi Puan Dalilah untuk sebarang pertanyaan.

Ibu-ibu,
Anak-anak adalah amanah kita. Ajarkanlah mereka sebaiknya.
Dan untuk mengajar anak-anak, kita juga perlu belajar sebaikanya.
Betulkan peribadi, betulkan niat di hati.

Ya, walaupun anak kita itu, anak istimewa.

Moga Allah mudahkan buat kita semua.

Sekian.

Signature3

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge