Saya mahu ingat ini

Selalu sangat saya ditegur kerana menulis mengenai perkara-perkara yang tidak patut ditulis. Katanya, seperti membuka pekung di dada. Honestly, I did learnt such a great lesson, in a hard way because of that, cumanya ia tidak bersabitkan blog, tetapi facebook. Dan apabila saya ingin menulis sesuatu yang ‘dilarang’ sekalipun, saya menapisnya sehabis mungkin dan cuba menulis secara general yang boleh. Ia tidak mudah. Ia menyingkirkan emosi negatif dari tulisan dan berusaha untuk kekal dalam momentum positif dan tidak lari dari fokus asal. Susah, memang sangat-sangat susah.

Tetapi hari ini, saya menulis kerana saya mahu pahatkan memori ini. Mungkin nanti apabila saya membaca kembali entri ini,saya mungkin tidak memahaminya atau tidak mungkin dapat mengingati kembali mengapa entri ini ditulis.

Hari ini sebenarnya hari yang mempunyai suatu kenangan, yang hampir besar peratusannya tidak ingin saya ingat walaupun jika pada kondisi orang lain, hari ini adalah suatu hari yang mereka tunggu dan cherish sampai bila-bila. Ia sangat berbeza buat saya. Terlampau berbeza.

Insan itu, ingat mengenai hari ini setelah beberapa tahun. Insan itu pertama kali mengingatkan saya mengenai tarikh ini. I even used the birthday wish yang insan itu titipkan dahulu buat semua yang menyambut ulangtahun kelahiran. Mungkin dia berfirasat yang saya sememangnya tiada perasaan dalam seminggu dua ini. Saya block segala emosi dan buang segala keserabutan serta langsung tidak ingin berfikir tentang satu apa pun terutamanya kebencian, marah dan sakit hati. Saya tahu, dia sebenarnya memahami sedikit sebanyak perasaan yang ada dalam diri ini, walau tiada sepatah pun cerita saya sampai kepadanya.

Insan itu mengajar saya menjadi berprinsip, kuat semangat dan sentiasa berbaik sangka pada Allah dan makhlukNya. Di hujung jalan sentiasa ada harapan. Jangan pernah putus asa untuk mengharap. Dan sayalah yang putus asa itu. Sayalah yang sentiasa membiarkan diri tenggelam dalam emosi negatif itu, membiarkan diri lama terendam dalam dendam dan tidak lagi berusaha untuk memulihkan keadaan. Janji hidup selagi hidup, maka teruskan sahaja hidup.

Saya tidak tahu bagaimana keadaan saya jika insan itu dijemputNya.

Saya ingin sangat mengingati mesej insan itu untuk hari ini.

Dan saya juga saya sangat ingin memeluknya erat-erat..

*

*

*

*

*

..dan menangis……..

airmata

Qider Firdaus
Bandar Baru Bangi

p(^_^)q

gambaru!

2 thoughts on “Saya mahu ingat ini

  1. Sama mcm kami jgk… kmi suka tulis sumthing yg kkdg mcm membuka pekung di dada… n kami jg cuba tapis sedaya mungkin… xmau berbaur negatif….apa2pun bg kami personally if kami baca satu2 statements kami xsuka membuat tanggapan awal… sbb xsemua manusia tuh sempurna… mungkin juga kita tersalah anggap… apa2 pun smg allah swt mempermudahkan setiap urusan fie sekeluarga… didunia mahupun akhirat… ameen 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge