Sannah Helwah Ya Farhan

Semalam bertungkus-lumus buat dadih dengan si kembar dan adik si kembar. Sibuklah menolong, teruja melihat ummi susun bekas-bekas dadih (sebab banyak, itu yang seronok melampau).

Tapi hari ini, ummi nak bercerita mengenai adik si kembar.

Farhan.

20141214_adik

Hari ini hari ulangtahun kelahiran beliau yang ke-3.

Semalam,

‘Esok birthday Farhan’, kata ummi kepada ayah yang baru menjemput ummi dari pejabat. Ketika itu jam telah pun pukul 8 malam. Anak-anak terpaksa ditumpangkan ke rumah cikgu.

Ayah pandang ummi, kemudian melihat tarikh di dashboard kereta. Ayah sebenarnya agak particular mengenai hal remeh macam ini. Kali ini mungkin beliau sibuk dengan tesis, maka beliau jadi terlupa.

Pagi tadi,

Ayah memeluk Farhan, sambal berkata, ‘Happy birthday!’, sambil digomol habis-habisan. Sudahnya Farhan pappp ayah sekali.

Ketika memeluk Farhan semalam dan juga pagi tadi, rasa baru semalam ayah mengazankan beliau di bilik bersalin. Rasa baru semalam ummi memeluk dan menyusukan Farhan buat kali pertama. Rasa baru semalam juga, Farhan genggam jari ummi buat kali pertama.

20120419_anak-anak

Sekarang Farhan sudah belajar bercakap dengan fasih. Sudah berlari ke sana ke mari. Selalu bergaduh dengan abang Furqan sampaikan abang Rayyan jadi keliru hendak menyebelahi yang mana satu.

Farhan jadi perangsang kepada abang-abang supaya bercakap. Supaya gigih belajar bercakap. Farhan sentiasa jadi cermin buat ummi dan ayah kepada setiap perlakuan kami.

Tangisan Farhan lebih kuat dari abang-abang. Tantrum Farhan lebih dasyat dari abang-abang. Tapi bak kata Tokwan, mungkin itu satu ekspresi Farhan kepada ummi dan ayah dalam menagih perhatian. Kata Tokwan lagi, ‘Dia ada dua abang nak compete. Kembar pula tu’.

20141004_farhanfurqan

Tapi Farhanlah penyejuk hati ayah dan ummi. Pelengkap buat abang-abang. Sesuai dengan nama Farhan, kamu sentiasa buat ummi ketawa. Kamu juga tidak pernah putus asa dalam memujuk ummi apabila ummi sedih. Kamu kuat semangat macam abang-abang.

Ummi sahaja yang selalu patah semangat. Yang selalu gagal kawal emosi.

20141212_anak-anak

Thank you for being born to us. Hanya Allah sahaja tahu betapa bersyukurnya ummi dan ayah dengan kehadiran kamu walaupun kamu datang 2 tahun lebih awal dari perancangan kami.

Doa ummi dan ayah, semoga kamu menjadi manusia dan hamba Allah yang diredhai hidupnya dunia dan akhirat. Dan menjadi manusia yang memberikan manfaat kepada manusia lain di dunia dan di akhirat. Serta, menjadi pemuda seperti yang diharapkan oleh Khalifah Umar al-Khattab.

20141004_adik

Happy birthday son.

We always love you.

We always do.

*hugs

Signature2edit_3

One thought on “Sannah Helwah Ya Farhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge