Resepi Pancake Mudah tanpa Serbuk Penaik

(Pancake without Baking Powder/Baking Soda)

Pancake tanpa baking powder

Pancake tanpa baking powder

Sehingga entri ini ditulis, saya telah memasak sebanyak 3 kali pancake tanpa serbuk penaik ini. Saya juga membiarkan leftover di bawah tudung saji dan alhamdulillah tiada bau pelik seperti yang saya hadapi dengan resepi pancake sebelum ini. Saya memang kurang sedikit dengan penggunaan bahan kimia. Resepi yang lepas tu saya cuba jugak sebab sebelum ni pancake saya memang leper, tak macam yang saya selalu tengok di blog resepi mat dan minah saleh. Cemburu kot.

Amacam, tebal tak,tebal tak?

Amacam, tebal tak,tebal tak?

Ketika pertama kali buat, memang fluffy, tebal dan lembutnya subhanallah. Dan selepas 3 kali buat, saya perasan,

  1. Selepas pukul telur putih sampai kembang tu, make sure adunan tepung dah siap, supaya telur putih tu tak jadi cecair semula. Satu kerja pulak nak pukul semula.
  2. Adunan tepung (batter) itu jangan terlampau cair, biar pekat sedikit. Kali pertama saya buat, adunan saya pekat sedikit, dan memang pancake jadi tebal. Bila saya buat kurang pekat (sederhana), pancake saya masih fluffy tapi kurang tebal dari yang pertama kali, tapi yang penting, pancake saya tetap naik.
Nampak tak gugusan telur putih itu? Kaup dengan lemah lembut tau

Nampak tak gugusan telur putih itu? Kaup dengan lemah lembut tau

Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur ayam gred A
2 sudu besar mentega
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil garam
2 sudu besar madu

Cara membuat pancake

  1. Masukkan tepung gandum, dan garam sebatikan bahan-bahan kering tersebut. Ketepikan.
  2. Panaskan susu segar dengan api sederhana, jangan sampai mendidih. Cukup sekadar suhu susu menjadi panas suam. Tuang ke dalam mangkuk berasingan (bukan mangkuk yang berisi tepung tadi).
  3. Cairkan mentega. Kemudian campurkan mentega yang telah cair tadi ke dalam susu segar. Kacau sebati.
  4. Pecahkan telur dalam satu mangkuk kecil, asingkan telur kuning dan telur putih. Campurkan madu dalam telur kuning dan kacau sebati. Kemudian campurkan dengan campuran susu segar dan mentega. Jangan lupa masukkan esen vanila juga.
  5. Telur putih tadi, dipukul sehingga kembang (meringue), sampai kalau kita terbalikkan mangkuk tu pun, telur putih tu tak jatuh.
  6. Perlahan-lahan, masukkan bahan cecair (madu+telur kuning+susu+mentega+esen vanila) ke dalam mangkuk berisi tepung tersebut. Kacau tepung dengan garfu, ini boleh mengelakkan adunan menjadi berketul-ketul. Atau kalau nak kisar dengan pengisar pun boleh, lagi cepat.
  7. Masukkan telur putih yang kembang tadi ke dalam adunan tepung tadi, dan kaup perlahan-lahan antara adunan dan telur putih tadi sampai nampak seluruh adunan dah sebati. Jangan kacau, nanti sia-sia usaha pukul telur putih tadi tu.
  8. Panaskan kuali leper, griskan dengan sedikit mentega.
  9. Sendukkan (saya guna senduk nasi) adunan dan tuang ke atas kuali leper itu.
  10. Masak dalam 2-3 minit atau sehingga terdapat gelembung di bahagian atas dan kelihatan bertukar warna. Dan balikkan. Masak lagi 2-3 minit.
  11. Ulang langkah 8-9 sehingga adunan habis.
Bila dah nampak gelembung-gelembung tu, maknanya belakang tu dah masak

Bila dah nampak gelembung-gelembung tu, maknanya belakang tu dah masak

Untuk resepi ini saya mendapat lebih kurang 7-11 keping pancake yang sederhana besar seperti di dalam gambar.

Nota:

  1. Jika memasak untuk anak di bawah umur 2 tahun, gula digantikan dengan madu, jadi 2 sudu besar madu. Garam juga tidak perlu.
  2. Jika anda menggunakan tepung gandum penuh atau tepung atta, susu segar perlu ditambah dalam ½ cawan lagi atau sehingga adunan tidak begitu likat dan tidak begitu cair.

Selamat mencuba!

Signature_edit2

4 thoughts on “Resepi Pancake Mudah tanpa Serbuk Penaik

  1. terima kasih atas perkongsian.. boleh la lepas ini kita orang mencubanya.. kalau untuk sarapan pagi memang boleh sangat la nak buat ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge