Positif ini berjangkit…..

positive

Selamat hari Jumaat semua. Dah petang pun, sedikit waktu lagi, sudah masuk Maghrib dan berpindahlah kita ke hari Sabtu. Sudahkah anda membaca Surah Al-Kahfi? (tanya orang, dia pun baru nak pulun baca).

Hari ini saya buat kerja gila. Setelah habis melangsaikan hutang, saya buat hutang baru pula. Saya rembat 2 helai tudung Naelofar. Hampeh rasa hati, hutang baru pula. Saya memang lama mencari tudung plain dan tak perlu gosok, travel-friendly lah kiranya. Sekali kawan saya ini, stok baru sampai, ingat nak pergi usha dan cuba (nak tengok labuhnya bagaimana), terus… (fill in the blank).

credit : Cotton Gossip FB

credit : Cotton Gossip FB

Tapi, saya bukannya nak cerita pasal beli tudung dan hutang itu. *Pesanan penaja : hutang jangan disimpan lama-lama, orang berniaga nak pusing modal juga.

Saya nak cerita, saya suka betul ke jabatan kawan saya yang jual tudung itu. Oleh sebab mereka manusia designer (yang sepatutnya ada studio sendiri, tapi takde), maka mereka hias pejabat mereka secantik mungkin. Rasa macam kat rumah sahaja.

*oh ya, jika berminat nak beli, boleh bertandang ke FB Cotton Gossip.

Dan kawan saya ini pula, memang happy sokmo. Senyum, senyum dan senyum. Saya kalau dapat jumpa beliau dan kawan-kawan designer beliau, memang tak reti nak sekejap-sekejap. Pasti terjerat lama di situ, sebab itu dari sekadar nak tengok, terus terbeli tudung haha. Dari tak bercerita, jadi bercerita pula.

Entah kenapa, saya pun jadi terjangkit happy mereka apabila di situ. They barely know my names, I barely know theirs, well, except for my friend who sell that Naelofar hijab. Tapi saya rasa macam saya dah kenal hati budi mereka dah lama. And I always feel tremendously happy whenever I drop by at their place. Balik ke pejabat sendiri pun masih tersengih-sengih.

Perasaan positif ini berjangkit. Apabila kita berkongsi kegembiraan yang ada, ia jadi bercambah dan bertambah banyak. Auranya melebar besar. Apabila kita berkongsi perasaan sedih, ia jadi berkurang.

Ajaib kan kuasa Allah? Positif sentiasa menang.

Cuma, it always how you look at it. How you look at your life.

I have been a bad mom lately. A bad person in total too. I had some internal crisis in me. Sometime, I behave like a total jerk.

But, He is concern about me. He always show me to be a better person, everyday. There always something or someone that will cheer me up when I am down. One of it was just now.

I deserved to be happy, I should be happy and I should love myself. So that I can love my children better, make my family happy, make everyone around me happy.

So, how are you feeling today my friend?

Be sure to be happy 🙂

Signature_edit2

4 thoughts on “Positif ini berjangkit…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge