Petua anak kembar

Saya ada membaca beberapa tips dari segi pemakanan dan lain-lain yang membolehkan kandungan kembar berlaku. Sekaligus dapat memenuhi impian ramai ibu bapa lain yang sangat menginginkan anak kembar. Tapi saya belum mahu berkongsi mengenai itu lagi. Saya nak berkongsi mengenai realiti kami, mak ayah si kembar.

si kembar_8bulanHatyai

Kata orang, sekali sakit, keluar dua (atau tiga, atau empat) terus. Tapi realitinya, hanya kami, para ibu bapa kembar sahaja yang mengalaminya disebalik kecomelan si kembar kami.

Ketika saya mengandungkan si kembar sehinggalah si kembar saya membesar berlari-larian di sana sini, FAQ (frequently asked question) yang saya selalu dapat ialah,

‘Cer bagi petua sat, macam mana hang dapat twins?’

Saya dengan slumber (muka pun tiada perasaan)akan bertanya soalan default,

‘Laki hang suka budak dak? Laki hang rajin tolong buat kerja rumah dak?’

Jika jawapan kepada soalan di atas ialah ‘tidak’, ‘ermm macam tak je’, ‘jangan harap, semua aku buat’, ‘anak lagi suka dengan aku’,maka conclusion saya kepada mereka,

Jangan haraplah Allah nak bagi.

Kalau jawapannya ya, maka insyaAllah kemungkinan besar dapat.

Gila kejam jawapan saya kan?

Sebabnya, realiti mempunyai anak kembar adalah menjangkaui kegembiraan yang anda semua nampak. Anda nampak sekali mengandung, terus dapat lebih dari satu. Di sini saya nak clarify,ia menuntut lebih dari itu.

Disebabkan saya yang bercerita, maka saya bagi contoh keluarga saya sendiri. Alhamdulillah, suami saya boleh memasak. Setakat nak makan singgang, sup hatta kalau saya request dia masak best pun, dia sanggup cari resepi dan masak. Dia buat jemput-jemput simple lagi sedap dari jemput-jemput saya yang beria-ia bahannya. Apabila saya terlampau letih, tidak mampu nak layan anak-anak (saya ada sakit belakang, apabila saya letih, saya jadi tertekan dan emosi pun jadi tak terkawal), maka dia yang akan layan anak-anak, bagi makan, mandi dan pakai baju semua.

ayah dan si kembar_2011_2

Adik si kembar (si kembar ada adik beza setahun dari mereka) jenis tidak boleh berenggang dengan saya. Jadi ada masa jika suami nampak saya macam nak meletup, dia akan cepat-cepat ambil adik si kembar jauh dari saya. Saya kata saya nak jadi mak yang sabar, dia bantu saya jadi mak yang sabar. In fact, ketika saya dalam pantang selepas melahirkan si kembar, saya terbaring selama 20 hari, sukar untuk bangun (ada komplikasi di bahagian sendi paha dan punggung, lepas berurut terus boleh jalan). Maka dia yang bangun tiap-tiap malam pujuk si kembar yang meraung nak susu, tukar lampin berkali-kali dan berzikir kat si kembar supaya si kembar tidur.

Saya menyusukan si kembar saya. Saya juga sakit belakang. Si kembar saya pula terlampau kuat menyusu (itu sebab saya ambil supplemen).  Gabungan tiga perkara itu ada kalanya saya sendiri dipujuk suami sebab saya menangis apabila hampir tidak tidur menyusukan si kembar, menyebabkan sakit belakang saya jadi terlampau berganda-ganda.

Cameron_pregnant2

Itu cerita si kembar dah keluar. Ketika mengandungkan mereka, ada ketikanya disebabkan saya tidak sempat masuk ke bilik air, terbuang air kecil di lantai bilik. Suami sayalah tengah-tengah malam buta, bangun dan lap sampai bersih. Saya jatuh ketika kandungan 5 bulan, dia dan adik saya tunggu saya di hospital. Kandungan 6 bulan ke atas, saya sudah mula tidak boleh berjalan (sakit di sendi antara tulang paha dan pinggul itu), dia cari tukang urut untuk kurangkan sakit saya. Si kembar melintang dalam perut, dia yang semangat berusaha supaya mereka pusing ke bawah (walaupun last sekali czer jugak.  Saya tidak boleh tidur sepanjang mengandung, tiada selera makan, emosi yang naik turun, semuanya dia yang hadap.

Jadi, sebab itu Allah bagi anak kembar kat dia. Sebab Alhamdulillah, dia mampu untuk sabar macam gila sebagai ayah si kembar.

Sebab itu statement saya di atas nampak kejam.

Mengandung anak kembar ini bukan cerita main-main. Cerita seronok-seronok. Risiko adalah sangat tinggi. Hormon terlebih, komplikasi (darah tinggi, kencing manis adalah sangat tinggi), kemungkinan kelahiran pra-matang (prem babies) lagi.

Itu belum lagi kena menghadap raungan sekuat hati umpama orchestra.

Pernah sekali saya bawa si kembar ke pejabat. Mulanya, ketika mereka seronok bermain, semua orang ‘mengagumi’ kecomelan si kembar. Apabila si kembar meraung, dan dan ada kawan sepejabat cakap,

‘Itu yang tak tahan tu, bila menangis, serentak’

Saya kat dalam hati, ‘ sebab itulah ko tak dapat anak kembar’ <– ada sebab mengapa saya dengan emosinya cakap macam itu dalam hati. Tak perlulah nak elaborate panjang di sini.

Kesimpulannya, jika  anda memang manusia kuat, fit, suami anda spesies manusia yang sanggup bersusah payah sama-sama, then Allah akan bagi.

Bak kata Ustaz Kazim, anak itu Allah bagi, bukan kita yang buat.

Tapi…Tapi, ada satu keluarga kembar yang saya jumpa, suaminya dulu memang kurang ambil port dalam menjaga anak (anak sulung), kuasa Allah, mereka dapat anak kembar (lebih dari dua), kelahiran pra-matang pula, suami dia berubah jadi ayah yang super daddy kekdahnya. Personally, pada saya mungkin dia tidak ambil port jaga anak sulung, benda lain dia tolong, itu yang Allah bagi. Saya yang rasa, tidak pernah interview beliau pun. Kang kecik hati beliau baca statement saya yang ini. Ampun, tuan.

Oh ya, bukan semua ayah si kembar perlu pandai memasak. Dalam kes saya, suami saya pandai memasak. Dalam kes kawan-kawan saya yang juga mempunyai anak kembar, suami mereka sangat ringan tulang dalam menguruskan rumah tangga. Memang tidak dibiarkan isteri tunggang terbalik sorang-sorang di rumah. Anak-anak, sama-sama jaga.

So, mak kembar yang lain, setuju tak?

I am not being cynical. This is a true story.

Signature_edit2

 

36 thoughts on “Petua anak kembar

    • Mama twin says:

      200% Agreed sgt2!… Alhamdulillah sy ditemukan dengan seorang suami yg sgt ringan tulang n suka budak2…suami sy amat penyabar melayan kerenah sy ketika preggy twin n juga dlm pantang pun mostly die yg akn bgun angkat baby ltk kt sy utk disusukan….x kira brapa kali bgn…die tetap akn melayan twin kami….memang drp ank pertama lagi suami sy akn jg saya dlm pantang…die akan bgun ambik bb n ltk kat saya utk disusukan….die juga akan tukar pampers bb n tidokan bb….

      Ketika preggy sy byk masalah…lebih2 lagi msk minggu ke 32 sy asyik kluar msk hospital n dah boleh bjalan…semuanye suami sy akn uruskan…bile saya menangis tak larat die akan pujuk utk redakan…Kalu diingat kembali..rasa amat bertuah punyai suami yg penyayang n ringan tulang….

      Alhamdulillah…memang tak dinafikan kami punyai baka twin…tetapi nk kata kuat tak la sgt..cz lev moyang nye sibling tau…n kami x pernah ambik tau…

      Nak besarkan twin…betul ape yg sis ceetakan….HANYA ALLAH SHJ TAHU SIAPA YG MAMPU SHJ AKAN DIPILIH….CZ HIS IS THE BEST PLANNER FOR US!
      bermaksud Allah tahu tahap kemampuan ibu bapa twin….sebab ia akan berkait dgn segala2nya…

      Memang x dinafikan…sy byk menerima PM di fb minta petua nk dpt ank kembar..macam2 soalan….ada yg siap buat suntikan hormon…bg sy…jika Allah swt izin kan MAKA JADI LAH IA….QUN FAYAQUN….tiada kuasa lain selain Allah swt yg boleh menjadikannya….jika tiada rezeki…kite renungkan lah…pasti ade hikmahnye…

      Skrang ni byk twin yg sepasang adalah hasil drp IVF….may be leh try tp mintalah drp NYA buatlah IVF byk kali…if x diizinkan…tiada rezeki lah kita….

      Ape2 pun memang seronok ade twin…dr segi gelagat pun blh menceriakan suasana….tp perbah tak terfikir jika bila twin x sihat…menangis shj….kencing…berak…bergilir2 tau….hiks…jgn tau NAK AJA TAU! 🙂

      Sy amt bersyukur kpd Alkah swt..kerna telah dipilih utk menjadi ibu kpd ank twin sy…dpt merasa keadaan preggy twin…n saat melahirkan twin…ia adalah satu pgalaman x dpt dilupakan….Alhamdulillah

      Ikhlas sharing frm me..its also true story..

      ~My twin was born 020213
      ~Identical boy
      ~Alhamdulillah Its normal…walaupun almost czer for d 2nd bb…
      ~We call them ‘Ameer & Ammar’… 🙂

      Papa & Mama luv u all….

      • terima kasih dengan perkongsian sis. My gynae dulu pun cakap ketika saya preggy twin dahulu memang ramai yang dia jumpa preggy twin jugak. Dia cakap mungkin sebab pemakanan. Tapi saya yakin, semuanya kurniaanNya jua.

  1. Ilyani Aris says:

    Aku percaya prinsip:
    Hidup bukan memberi apa yang kita mahu, hidup juga tidak memberi apa yang kita perlu,
    tapi hidup akan memberi apa sahaja yang kita sanggup terima.
    Dalam erti kata lain Allah akan melorongkan jalan bila kita bersedia dan telah sampai masanya…salute kat orang ada anak kembar or anak yang rapat2 kelahirannya. It was not easy but it was not so hard either.

    • Having you as a friend, walaupun bukan selalu dapat sembang, selalu buat aku on track dalam hidup selama ini.

      Dan kami, keluarga anak kembar sangat bersyukur sebab ada manusia macam hang dalam hidup kami..signifikannya sangat besar, walaupun mungkin kami tak dapat nak describe macam mana.

      Thank sebab komen Yani..appreciate it.

    • Dear, entri ini bukan menunjukkan keluarga si kembar semuanya manusia super-duper hebat, tak..dan tak menunjukkan yang tak dapat anak kembar manusia lemah, tak.

      Tapi nak share, bahawa Allah itu Maha Adil..Mungkin puan tak dapat lagi yang no 2 atas sebab faktor kesihatan ke, Allah nak si sulung tu diasuh sebaik mungkin ke, dan bila no 2 datang, dia datang dengan keadaan semua orang selesa dan gembira.. 🙂

      Kadang, Dia suka nak dengar kita mintak banyak2 dengan Dia..

  2. setuju sangat sangat sangat!
    my husbnd yg suh baca tulisan awk ni.
    sy senyum n gelak sbb byk persamaan pengalaman yg awk tulis ni. he he he.
    hanya yg kuat semangat terpilih utk jd ibu bapa kembar.

    • Saya tak hebat pun dear, orang sekeliling saya lagi hebat..Kita semua ada potensi, cuma kena perlu sentiasa mintak petunjuk dan bantuan Dia..Tanpa Dia, saya cuma hamba Dia yang biasa sahaja..

      Semoga entri ini beri manfaat buat awak..

  3. Fir, dari dulu saya cakap saya suka baca penulisan awak. Semangat semangat semangat! Hehehe..baru sempat nak komen..(Banyak alasan kannnn). Doakan saya terer menulis macam awak juga ye. 😀

    Btw, awak memang supermom!

    • Hana, blog hana dah banyakkkkkk sangat improvement, ‘langkah’ lagi laju dari saya. Saya pun nak jadi macam Hana juga, naik rank dan juga setiap entri ada pageview yang tinggi..

      Semoga kita sama-sama berjaya Hana. Awak lagilah supermom lebih dari saya.

  4. Syikin Bakhtiar says:

    Suke Syikin baca entri ni. Kin belum berkahwin lagi, tapi bakal mendirikan masjid xlm lgi Insya’Allah. Kin selalu berangan, mimpi n berimpian nak twins 😀 . Tapi bila dah baca pengalaman sis, waaah baru tau cabaran ye. Betul kata sis, Allah lebih tau apa yg terbaik utk kita. Thanks sharing this lovely story!!

  5. Assalamualaikum wbt. Maaf sis. Tp sy kurang bersetuju. Mungkin kerana pengalaman kita tak sama.
    Sy juga adalah ibu kepada 2 orang anak kembar. Mereka juga adalah anak sulung sy.

    Skrg sy adalah seorang ibu tunggal. Sy bekerja dan terkadang terpaksa mmbawa anak kmbr sy ke sekolah kerana kasihankan ibu sy yg pd mata sy penat mnjaga mereka.

    Semasa mngandungkan mereka sy brulang alik ke mhkamah dgn mnaiki motorsikal hinggakan peguam sy berasa kasihan dan meminta sy rehat di rumah tp sy cekalkan juga utk ke mhkamah utk mndrngar maklum balas dr mhkmah ttg tuntutan fasakh sy.

    Skrg dh 2 thn umur anak sy. Sekalipun xpernah brtntang mata dgn ayahnya. Walaupn ayhnya masih hidup dan sy xpernah mghalang prtemuan antra mereka.

    Jika puan pernah trbaca akhbar metro mngenai seorang ustz yg brkahwin 9. Sy salah seorangnya. Smuanya kehendak Allah dan sy akur. (Sijil nikah sy sah dan status bks suami pd sijil nikah adalah bujang. Sy n famly trtipu)

    Ya.. benar…ank kmbar lbh byk ragamnya. Sy pernah xtidur sehari semlm di hospital sbb ank kmbr sy asyk menangis. Mata bengkak. Jika mengenai tulang xtau nk terang sbb sy mmg dh mmg ada sakit tulang dr sblm prgnn. Msa brsalin doc bedah sy sbb prnyakit tulang sy xmngizinkn sy beranak normal. Sedangkn keadaan ank kmbr sy di dlm perut sgt baik kedudukannya.

    Jika nak diceritakan tiada kesudahannya. Hanya sy nak beritahu bkn sbb suami kita baik kita dpt ank kmbr tp sbb Allah nak perkara tu trjadi.

    Dan bg sy Allah hadirkan ank kmbr sy adalh sbgai pujukn dr-Nya. Alhamdulilah….anak sy slalu buat trsenyum walau penat sangat dgn kerja dan lain2

    PENGALAMAN TIDAK SAMA

    boleh hubungi sy jika puan mahu. Fb sy : Nur atika mohd haris (ummu AdaSha)
    Blh juga wassap sy :0133537704
    Insha Allah kita blh brtukar pndangn

    Dr hamba yg mnumpang
    ~Ummu AdaSha~

    • Dear, saya bersimpati dengan awak..Tapi untuk penulis blogger, bukan semua cerita hidup hendak di’telanjang’kan di blog. Saya ada sisi hidup yang kalau sis dengar, you would never believe it, tapi saya move on..

      Saya juga ada menulis, yang anugerah kembar yang Allah berikan, bukan hanya disebabkan suami sahaja. Ia anugerah untuk semua. Tapi sebab awak baca entry ini sahaja, bukan pada post2 terbaru saya, maka saya tiada perkara yang hendak didebatkan.

      Seperti yang sis cakap, hidup kita tak sama. I couldnt agree more. Semoga Allah mudahkan perjalanan sis menjadi ibu si kembar.
      Qider Firdaus recently posted…Keluarga si kembar dan falsafah kerjasamaMy Profile

    • By the way, saya pernah come across your story, kawan saya yang juga ada anak kembar told me about you. Saya pernah juga ke fb awak.

      Kalau saya cakap lebih-lebih pun, saya tak berada di keadaan awak, jadi saya tak layak untuk komen apa-apa. Hanya kepada Allah sahaja yang saya mampu harapkan untuk bantu mudahkan segala urusan sis.
      Qider Firdaus recently posted…Speech Delay Therapy : Hearing TestMy Profile

  6. huda says:

    Slm.seronok baca kisah awak.sy disahkn hamil kembar ktika 9 w.scan di swasta.tp mggu dpn scan pula di krajaan.doc kate yg sorg lg x brp besar n x jmpa heart beat.lain2 kantung.ada x alami kes cam saya.awal dis doc suruh repeat scan.huhu..pening fikir…sgt mharap kmbar ni mnjadi..

    • Wslm Huda.. Saya tahu mengenai kehamilan kembar ketika minggu ke-6. Satu kantung sahaja yang nampak ‘hidup’, satu lagi kosong. 4 minggu kemudian, apabila scan lagi sekali, alhamdulillah nampak kedua-duanya ada heartbeat. Doc cakap, kemungkinan hari itu, kantung lagi 1 tu lambat sikit. Kembar saya 2 kantung dan 2 uri.

      InsyaAllah, jika memang rezeki dapat si kembar, dapat juga sis. Jangan pening2, banyak-banyak berdoa pada Allah..
      Qider Firdaus recently posted…Bayi tidak perlukan sabun mandianMy Profile

  7. Salam sis. Seronok baca entry sis. semuanya pun best2. ^_^

    Dalam kes sy, suami tak berapa nak ringan tulang sebelum kelahiran si kembar. Tapi lepas lahir kembar alhamdulillah banyak menolong dalam bab melayan karenah anak2. Bab2 menguruskan keperluan anak2 tu bab pakaikan pampers je bole kot. Yang lain2 still saya kena buat.haha..

    Saya setuju yg Allah pilih hanya mereka yg kuat dapat anak kembar. Sebab realitinya memang kita (mak+ayah) kembar je yg tau macamana kehidupan kalau ada anak kembar dan juga adik beradiknya. saya personally rs Allah pilih sy sebab nak saya jadi lebih penyabar.

    Kembar saya baru 1 tahun 2 bulan. Ada abang masuk 5 tahun dan kakak 3 tahun. Teringin nak dapat anak kembar lagi lepas ni.hahaha.. (konon2 dah terer la nk jaga anak kembar.hehe)

    nway sis, salam perkenalan. ^_^

    • Hahah..lepas ni saya kena up lagi satu entry, kadang-kadang, kelahiran anak kembar ini buat keluarga berubah 180 degree..

      Saya pun sebelum kawen mana reti nak layan kanak-kanak, layan remaja bolehlah. Allah nak soh saya jadi penyabar, jadi reti handle kanak-kanak, maka Dia tak bagi satu, Dia bagi dua terus, pastu setahun lepas tu dapat 1 lagi 😉 Orang lain setahun sorang, saya dalam masa 2 tahun dah kena manage 3 anak serentak. Peluh ketiak haha..

      Selamat berkenalan dear. Thanks for your comment.
      Qider Firdaus recently posted…5 Tip mudah atasi keputihan ketika mengandungMy Profile

  8. ina says:

    alhamdulillah seronok dgr perkongsian disini.saya juga bakal melhirkn anak kembar yg ke lima dan enam. anak saya yg pertama hgga ke4 brumur 9,7,5,3tahun.rapatrapat semuanya. alhamdulillah anak anak saya juga rajin membantu..suami saya suka melayan dan bermain dgn mereka.

    pengurusan anakanak masih lagi sya.saya serah semua pd Allah moga dengan kehadiran ank2 kembar kelak..kami semakin mudah utk bntu membntu.

    kini usia kdgn 28mgu.ikut pglmn anak satu hgga 4 semua 36mgu dah brslin normal dan ada jondis..boleh bgi tips..agar xjondis..
    baby pun masih lagi kepala diAtas keduanya..mshih songsang..bimbang juga..ada doc kata boleh normal ada doc kata xboleh ..

    kalau salah satu engaged msih boleh ke utk brsalin normal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge