Pathway of Fitrah : Merangkak (Creeping)

Sebenarnya, banyak yang saya nak tulis mengenai perkembangan otak hasil pemerhatian saya dengan anak-anak. Penulisan saya banyak berkisar kepada apa yang saya faham, baca dan perhatikan pada anak-anak saya.

Disebabkan saya sudah terlepas peluang (fasa bayi) dengan abang-abang beliau tetapi kemudiannya Allah anugerahkan beliau kepada kami, maka saya gunakan peluang ini sebaiknya untuk mengaplikasikan ilmu yang saya belajar di Institut Nury.

Allah Maha Baik pada kami sekeluarga.
Saya bukan sahaja belajar mengenai perkembangan anak-anak yang mempunyai kecederaan otak (brain injured children) tetapi juga diberi peluang untuk memulakan stimulasi pada bayi, belajar dari tahap pertama perkembangan otak anak.

Saya akan terangkan dengan lebih terpeinci di dalam entri yang lain mengenai tahap perkembangan otak. Siri ini banyak membincangkan mengenai apa yang bayi saya sudah capai, stimulasi yang saya buat dan jika ada delay, mengapa ia terjadi.

princess-iman

Alhamdulillah, pada cuti hari raya AidilAdha yang lepas, my princess warrior finally creeps! Fuh, setelah begitu lama saya menunggu. Siap risau sebab tidak mahu qada merangkak hahahah..

*ahem, sebenarnya entri menjulur itu saya paksa diri untuk menulis sebab saya nak menulis entri ini 😉 Itu yang nampak perbezaan 6 bulan jadi 2 hari sahaja, hahaha.

(Jika anak terlepas satu tahap perkembangan contoh tidak menjulur tetapi terus merangkak, atau tidak merangkak tetapi terus berjalan, maka tahap yang tertinggal itu perlu di ‘qada’ semula. Sebab itu bermakna ada peringkat perkembangan otak yang belum dibangunkan sepenuhnya yang akan memberi kesan apabila anak dewasa nanti).

Dalam entri yang sebelum ini, saya risau beliau lambat menjulur. Kali ini saya mejadi sedikit suspens. Hal ini kerana walaupun belum merangkak beliau sudah boleh duduk sendiri. Dan, sudah mula cruising (bertatih dari kerusi ke kerusi).  Haih, takkan lah hendak terus berjalan budak ini.

Kebanyakan orang yang mengetahui perkembangan beliau selalu berkata dia akan terus berjalan dan akan skip merangkak, tetapi saya dengan firmnya kata, ‘no, she will creep first then walk’.

Walau apa sahaja evidence based on experience diberikan ke telinga saya, I will not accept that. My girl has to creep first.

Sudah cruising, tetapi tidak juga merangkak

Dalam tempoh sebulan ini (sebulan lepas to be exact), beliau sudah pun menunjukkan step untuk merangkak, tetapi hanya  satu langkah kemudian duduk dan memilih untuk menjulur. Nampak sangat dia selesa menjulur. Jika saya merangkak bersama-sama pun, beliau akan menjulur mengejar saya (dengan lajunya) haih.. 😂😂😂

Saya tidak ingat di mana saya baca atau bersembang dengan siapa mengenai ini, cruising, juga merupakan bantuan untuk vestibularnya. Ia adalah latihan yang mampu membantu beliau untuk melawan graviti, kemudiannya mengangkat badan untuk merangkak. Walau belum merangkak, beliau sudah pun memanjat naik turun katil dengan yakin. Memanjat tangga pun sudah sampai ke 5 anak tangga.

Tapi, awatla cheq tak mau merangkak betul2 ni…

Sehinggalah pada minggu sambutan hari raya AidilAdha, beliau merangkak dengan lebih banyak langkah dan dengan langkah silang (cross pattern). I was like,WOW!

Ketika beliau mula menjulur 6 bulan lepas, dia bermula dengan homologous kemudiannya baru ke cross pattern. Ini merangkak, terus ke cross pattern.

Mengapa beliau tidak merangkak dan apa yang saya buat.

Ketika saya ke Nury untuk sedikit kerja bersama kawan-kawan, saya ada berbual dengan Dr Azura mengenai princess warrior. Dan kami sama-sama troubleshoot apa perbuatan saya yang tidak menyokong beliau untuk merangkak dan hasil perbincangan, pemerhatian serta pembacaan saya adalah seperti berikut,

  • Assisted Creeping dan memanjat tangga

Saya pernah membaca dalam buku What to do about your brain injured child, Glenn Doman, bahawa cross pattern patterning boleh membantu untuk bayi naik ke tahap merangkak. Patterning ini merupakan stimulasi gerak geri which tells how it feel to move (creep) to the brain. Akan tetapi, (mengeluh) saya mengaku, malas nak buat pada cik kak seorang ini. Lagi rela buat dengan panglima-panglima Badar saya.

Dr Azura bercerita bahawa di institut (IAHP), mereka ada melakukan assisted creeping. Angkat bahagian abdomen dan biar kaki dan tangan bergerak seperti merangkak. Humm, saya cuba yang ini, saya yang demotivate, sebab sakit belakang dan dan.

Akhirnya, Dr Azura minta saya bertabah hati dalam latihan memanjat tangga. Jangan angkat jika beliau menangis. Apa yang saya buat seterusnya, saya panjat tangga dengan beliau. Susah juga pada mulanya sebab beliau ada 3 orang pengawal peribadi yang berdiri di kiri kanan depan belakang, watch out, ‘nanti adik jatuh’, katanya. Belum yang, adik baru naik satu anak tangga, diangkatnya budak itu turun.

Hoihlah.

Tetapi latihan memanjat tangga tetap diteruskan.

  • Keadaan rumah kami

fit-baby-book

Beberapa hari setelah beliau merangkak, saya sempat belek buku Smart Baby, Fit Baby, Your Baby (tajuk lama : how to teach your baby to be physically superb) Glenn Doman, Douglas Doman dan Bruce Hagy, akhirnya saya faham mengapa beliau tidak banyak merangkak di rumah, tetapi merangkak ketika kami pulang ke kampung.

Rumah kami tidak creeping friendly!

Lantai licin, tiada permaidani lembut, atau tikar. Lebih sesuai untuk menjulur. Di rumah mak tok, ada tikar lembut, mengurangkan sakit apabila lutut bergeser ketika merangkak. Ketika merangkak, bukan sahaja imbangan melawan graviti yang perlu diberi perhatian, tetapi juga keselesaan pada lutut dan keselamatan.

Apabila bayi merangkak, berat beliau akan jatuh pada lutut dan memberi bebanan di situ. Geseran yang berterusan juga tidak menyelesakan bayi jika merangkak di lantai yang keras dan licin. Pada tahap ini, bayi boleh dipakaikan dengan pakaian yang menutupi pada lututnya dan lantai tempat beliau merangkak perlulah dilapik dengan hamparan yang lembut. Atau, boleh pakaikan knee padding. Kawan saya siap bagi idea, beliau cuma gunakan breast pad sahaja, tergelak saya, tetapi ideanya bernas sekali.

  • Banyakkan stimulasi vestibular dan merangkak bersama

Sepanjang seminggu bercuti itu, saya banyak menghabiskan masa merangkak dengannya, membuat brachiaton dan forward roll. Dengan kerap. Walaupun ada yang menjerit apabila saya pusingkan princess warrior dengan segala ’tilikan nujum’ , takut itu takut ini, saya hanya senyum.

Stimulasi imbangan ini membantu beliau untuk defy gravity (sebelum ini, menjulur, gravity friendly) dan seterusnya merangkak. Hal ini kerana, dari menjulur, beliau perlu mengangkat badan untuk merangkak.

Sempat juga grounding di halaman rumah maktok dan tokwan. Tokwan tanam rumput ala permaidani kan. Lembut kami duduk-dudk di situ.

Akhir kata

Pada umurnya, princess warrior agak delay pada perkembangannya. Tapi, mengingatkan how long it takes for her to crawl, saya pun sedapkan hati that she’ll takes her time to creep.

Saya rasa agak handful dealing with her brothers’ stimulation and her too. Apabila saya fokus pada abang-abang, she’s left alone, vice versa. Since she’s already started to creep, moga Allah mudahkan untuk synckan stimulation semua orang.

I wish I had known this when I had my twin boys. Nevertheless, lesson taken. Allahu ‘alimul hakim kan?

profile_midbrain

Pada tahap merangkak ini, princess warrior sudah graduate dari tahap kedua perkembangan otak, iaitu otak pons : pembangunan Brain Stem dan Early Subcortial Areas (sebab sudah menjulur dengan cross pattern) ke tahap ketiga, iaitu otak tengah : pembangunan Midbrain dan Subcortial Areas.

Dan saya, membuka buku untuk melihat apa lagi stimulasi vestibular yang perlu dilakukan buat beliau sepanjang beliau di tahap ini. Dan saya juga perlu disiplin dengan program intelektual buat beliau.

Allahu musta’an

Ummi si kembar dan adik-adik si kembar

Signature3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge