Pathway of Fitrah : Menjulur (Crawling)

Saya sepatutnya menulis mengenai ini (secara detail) 6 bulan yang lalu. Tetapi apakan daya, mengemas kini di Facebook adalah lebih mudah (mudah kerana bahasa yang tidak begitu skema mungkin) dan pantas.

Demi ilmu yang ingin dikongsi, maka saya paksa diri untuk menulis. 6 bulan lepas, princess warrior saya naik ke  tahap kedua dalam perkembangan otaknya.

Dia menjulur (crawling) setelah 6 bulan saya menanti. Mungkin anda yang membaca merasa agak keliru dengan penulisan saya. Bukankah crawling dalam bahasa Inggeris diterjemahkan sebagai merangkak di dalam bahasa Melayu?

Bagi memudahkan pemahaman terma, maka saya menggunakan terma seperti yang digunakan oleh IAHP. Untuk merangkak, mereka menamakannya creeping. Menjulur adalah crawling.

Untuk kali ini, saya cuma mahu fokus terhadap bayi saya yang baru boleh menjulur. Penulisan ini lebih menjurus dan berkisar mengenai topik ini ya.

Baik.

Dalam carta perkembangan (developmental profile) yang dibangunkan oleh the Institutes for the Achievement of Human Potential (IAHP) di Philadelphia, Amerika Syarikat, dan digunakan di Institut NURY ada 7 tahap perkembangan otak yang perlu dicapai oleh kanak-kanak.

profile_pons

Selalunya, untuk ibu bapa yang peka, mereka banyak melihat kepada perkembangan gerak geri (mobility) bayi, menjulur, merangkak kemudian berjalan dan seterusnya berlari. Kesemua ini mempunyai kesan signifikan pada perkembangan otak.

Selepas saya ke kelas Nury, dan alhamdulillah dikurniakan dengan seorang lagi anak dalam fasa bayi, maka perkembangannya diperhatikan dengan penuh keterujaan. Jika beliau tidak mencapai pada tahap yang sepatutnya, maka ia menggundang gundah di hati (dan memerlukan stimulasi tertentu).

Saya ada menulis mengenai tiarapkan bayi lebih awal (di Facebook, nanti rajin saya masukkanlah di sini haha), dan bayi saya memang ditiarapkan ketika ummi beliau masih dalam pantang bersalin. Kawan seangkatan beliau yang juga ditiarapkan lebih awal, pada umur yang lebih kurang sama, sudah pun merangkak!

Wah, beliau masih belum menjulur (ketika itu), manalah ummi tidak risau.
Dan apabila beliau akhirnya menjulur, keterujaan saya jika boleh diterjemahkan, seakan mahu melompat naik ke bumbung (okey, over). Apabila beliau sudah menjulur, saya perhatikan pula sama ada homologous ke, homolateral ke atau langkah silang (cross pattern).

Ketika beliau bermula, beliau pada tahap homologus (menjulur dengan menggerakkan tangan tanpa pergerakan kaki atau minimal pergerakan kaki).

Kalau beliau boleh bercakap, pastilah umminya kena tarbiyah sentap, ‘apa ummi ingat senang ke saya nak menjulur, cuba bagi motivasi lebih sikit’.

😛

Tapikan, dalam lambat menjulur pun dah 3 kali jatuh tilam oppssss. Jadi kita sampai ke satu persoalan,

Mengapakah beliau lambat menjulur?

  • Beliau bergerak dengan berguling

Apabila beliau mula bergerak, beliau belajar bahawa bergerak (dari destinasi A ke destinasi B) adalah dengan berguling ke kiri dan kanan bukan bergerak ke depan.
Dan nampaknya berguling adalah lebih senang daripada menjulur.

Berguling, walaupun bagus untuk sistem imbangan (vestibular), tapi ia adalah anti-development.
Bayi perlu belajar bahawa bergerak adalah dengan menjulur.
Menjulur membangunkan tahap otak ke 2 iaitu BRAIN STEM dan EARLY SUBCORTIAL AREAS.

  • Beliau banyak di ‘duduk’ kan dan didukung

Ahem, biasalah setelah 4 tahun jaraknya baru memeluk bayi lagi, perempuan pula, maka dikepunglah sahaja (yang pasti bukan umminya lah yang begitu ha ha ha ha). Dia banyak didukung dan di ‘duduk’ kan, jadi satu lagi pelajaran baru buat beliau (dengan pantas), bahawa adalah lagi menyeronokkan jika tidak perlu bersusah payah untuk bergerak, hanya perlu menangis dan akan ada orang untuk bawa ke mana-mana.

You can never win with a baby.
Dia punya charm tu over.

  • Sudah terlambat apabila memulakan stimulasi menjulur

Apabila saya atau cikgunya memulakan stimulasi di dalam crawling track, beliau sudah berumur 3 bulan. Sepatutnya beliau distimulasikan di dalam crawling track ketika di dalam pantang lagi. Oleh itu, apabila beliau menangis (meraung sebenarnya) suruh angkat, it is understandable. She’s too smart already.

Apabila beliau belajar, bahawa kami tidak melayan tangisan beliau sehingga misi dilaksanakan (dapatkan mainan di hadapan), beliau hanya akan kuis-kuis je mainan di hadapannya itu dengan tangan (kita kan tinggi, tangan pula panjang, kan), misi selesai buatnya jadi beliau akan menghisap jari dan tidur di dalam track tersebut.

Atau apabila dengan saya di rumah, beliau hanya akan tersengih-sengih dan berguling, menghisap jari dan kemudiannya tidur.
I know what are you trying to do, and I am not doing it ummi…taraaaaaa

Atau apabila saya sengaja membiarkan beliau berlama-lama di atas lantai (floor as a way of life), alang ternampak ayahnya, dengan cepatnya beliau akan menangis.
Ko nampak akai budak kecik tu?
Huh!

  • Blockage di bahagian tulang pelvic

Beliau dan saya menempuh tempoh bersalin yang lama. Ketika sesi pemeriksaan dengan osteopath, terdapat blockage di kawasan sangkar rusuk, leher dan tulang pelvik beliau. Saya merasakan ini juga menyumbang kepada lambatnya beliau untuk menjulur.

  • Berpakaian penuh

Apa itu? (Gelak dahulu). Disebabkan ini anak perempuan pertama, maka ummi beliau paranoid. Beliau sentiasa dipakaikan dengan satu sut penuh. Sentiasa berseluar menutupi lutut dan keseluruhan kaki. Sedangkan pada beberapa bulan pertama selepas dilahirkan, bayi mestilah diransang sepenuhnya deria mereka. Antara yang paling membantu adalah pemakaian yang minimal. Tidaklah sehingga bogel langsung, cukup sekadar didedahkan kawasan seluruh kaki dan tangan.

Cik kak, menutup aurat sokmo. *icon monyet tutup mulut.

Apa yang saya buat selepas itu?

  • Ke Nury untuk mendapatkan nasihat

Saya ke refreshment class. Selain ingin mengetahui apa yang perlu saya buat, saya juga mahu belajar dengan baik tanpa gangguan kali ini. Saya telah disarankan supaya membuat cross pattern patterning untuk princess warrior, dan banyakkan masa di dalam inclined crawling track.

  • Membawa beliau untuk rawatan osteopathy

20160330_osteoiman

Saya membawa beliau untuk rawatan osteopathy. Pelvic bone, rib cage dan leher beliau di’betul’kan. Sepanjang masa rawatan, tidak sedikit pun beliau menangis sedangkan menurut Julia (osteopath ketika itu), beliau sepatutnya menangis.

  • Lantai sebagai gaya hidup

Di rumah, saya biarkan beliau di lantai. Saya bertegas dengan diri sendiri serta orang lain untuk tidak mendukung princess warrior. Selagi tidak membahayakan, maka di lantailah kau nak. Jika ada barang yang beliau mahukan, saya tidak benarkan abang-abang beliau berikan kepadanya, biar beliau berusaha untuk mendapatkannya. Di taska, banyak masa beliau dihabiskan di dalam inclined crawling track.

iman-crawling-track_editOh well, cikgu dan ummi sekepala.

  • Stimulasi imbangan dimulakan

Pulang dari kelas Nury, saya belajar cara yang betul untuk melakukan forward roll kepada bayi. Maka saya mula melakukan stimulasi ini kepada beliau. Ini untuk meransang sistem imbangan yang baik supaya membantu beliau untuk menjulur.

  • Stimulasi deria rasa

Selain pemakaian yang agak minimal, saya akan menggosok bahagian kaki beliau ketika mandi. Sepatutnya saya menggunakan berus lembut untuk memberus di kawasan kaki (disebabkan kaki beliau tidak bergerak ketika menjulur), akan tetapi saya cuma mengosok dengan tangan. Sebaiknya menggunakan berus lembut.

Alhamdulillah, 3 hari pulang dari rawatan dengan osteopath,beliau mula menjulur, homologous.
Beliau perlu sampai ke tahap langkah silang sebelum naik ke merangkak.

Abang-abang ambil masa untuk fasih bertutur.
Beliau ambil masa untuk menjulur.

Semua itu untuk saya belajar bersabar dan belajar lebih lagi mengenai perkembangan anak-anak.
Dan semua ilmu yang saya tulis, baca dan faham, saya belajar melalui anak-anak saya.

Thanks to them, I learnt about Nury and Glenn Doman.
Kalau tidak, saya pun masih berfikir yang duduk dan meniarap tu ada kesan signifikan pada otak.
Ataupun fikir, tidak mengapa jika tidak menjulur atau merangkak, janji berjalan.

Allah Maha Baik kan? Dan Maha Mengetahui.

Sekian.

Signature3

2 thoughts on “Pathway of Fitrah : Menjulur (Crawling)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge