Pathway of Fitrah : Berjalan (Walking)

Ada 7 tahap perkembangan otak manusia. Bermula dengan medulla oblongata, pons, otak tengah dan korteks (korteks terbahagi kepada 4, permulaan, awalan, primitive dan tertinggi). Ia akan berhenti dan mencapai tahap terbaik pada umur 6 tahun. Untuk anak istimewa, ia tidak berhenti pada 6 tahun, bergantung pada tahap kecederaan otaknya.

Saya banyak mengaitkan perkembangan otak ini dengan gerak geri, perasan tak? Menjulur, merangkak dan berjalan. Hal ini kerana, ia adalah perkembangan yang paling ketara diperhatikan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka.

Dan, daripada 6 perkara yang hanya boleh dilakukan oleh manusia sahaja (berbanding makhluk lain di muka bumi ini), berjalan secara menegak (dua kaki) merupakan salah satu daripadanya.

Princess warrior saya mula berjalan setelah 2 bulan beliau mecapai tahap merangkak yang sempurna (merangkak dalam langkah silang).

Dalam 4 tahap perkembangan gerak-geri setakat ini, saya perhatikan, princess warrior paling banyak ‘songeh’ apabila sampai ke tahap ini.

Pemerhatian perkembangan pada tahap ini.

Apabila beliau sudah boleh bertatih banyak tapak ke hadapan, dengan melepaskan tangan dari sokongan (seperti kerusi dan dinding), imbangan yang sempurna, ketika beliau letih berdiri, beliau akan menangis supaya didukung.

Ummi beliau, seperti kebiasaan seorang mak kepada para panglima, terus mengeluarkan arahan, ‘ dik, merangkak. Bila dah penat, merangkak..’

Budak itu terus menangis, protes, tidak mahu membengkokkan lutut beliau, ke posisi mencangkung seperti selalu untuk ke tahap lebih bawah. Ummi beliau, masih tidak mahu beralah, sampaikan sanggup mendemonstrasikan merangkak itu bagaimana.

Lagi kuat tangisan beliau jadinya..

Ummi pun apa lagi,
‘Haih, takkan dah lupa kot merangkak?’, please note the exasperation. Kejam amat pula ummi beliau ini rasanya kan? Kah kah kah.

Daripada pemerhatian saya, semakin sempurna setiap tahap perkembangan gerak geri yang sebelumnya (menjulur, merangkak), semakin cepat beliau naik ke tahap yang seterusnya (berjalan).

Beliau sudah mula cruising (bertatih dengan berpaut pada kerusi), ketika beliau sedang dalam fasa hendak merangkak. Jadi apabila beliau sudah pun merangkak pada tahap langkah silang, which is very short period, beliau terus seimbangkan diri (mencangkung dan berdiri) dan kemudiannya bertatih.

Ketika entri ini ditulis, beliau sudah mula untuk cuba berlari walaupun berjalan masih belum sampai ke tahap sempurna (berjalan dalam langkah silang). Aktiviti naik turun tangga pun sudah kembali ke ‘latihan imbangan’ kerana beliau mahu turun seperti orang dewasa tapi masih turun tangga sambil duduk, langkah demi langkah.

Beliau sudah mula mahu menulis, melukis dan mewarna (kebolehan manual).

Beliau sudah memahami arahan menyimpan barang dan mengemas.


Beliau sudah memahami konsep kepunyaan dan mahu memiliki (pandai meminta sesuatu dari abang-abang, berebut, protes apabila ingin diambil semula barang tersebut oleh abang-abang).

Sudah pandai menunjukkan emosi. Contoh, menjeling ummi apabila tidak puas hati atau bermuka masam apabila ditegur (baca:marah) oleh ummi. Sudah pandai bergurau juga, walaupun banyak masa ummi selalu terkejar-kejar dek masa.

And I think, the so-called ‘trouble two’ has started months ago. Earlier than it supposed to be.

Stimulasi imbangan untuk ransangan berjalan

Ramai antara kita yang tidak menghiraukan perkembangan gerak geri anak-anak seperti menjulur dan merangkak, dengan merasakan tiada apa yang perlu dibimbangkan asalkan anak-anak akhirnya berjalan.

Sedangkan, untuk sampai ke tahap berjalan, memerlukan stimulasi imbangan yang intensif, serta anak perlu sempurna pada tahap merangkak. Merangkak haruslah dalam langkah silang (seperti harimau). Hanya dengan itu, anak akan berjalan dengan sempurna dalam langkah silang.

Berjalan dan merangkak merupakan gerak geri yang melawan graviti berbanding menjulur yang mesra graviti. Anak-anak perlu melawan tarikan graviti untuk bangun merangkak dan berjalan. Ia tidak mudah. Disebabkan itulah, ia memerlukan kepada stimulasi imbangan.

Stimulasi imbangan sangat diperlukan supaya ia membantu perkembangan proses berjalan dengan lebih baik. Untuk melawan graviti, anak-anak perlu mempunyai kawalan terhadap imbangan yang sangat baik.

Apabila kawalan imbangan baik, mereka tidak akan merasa gayat untuk berdiri.

Untuk beliau, disebabkan abang-abang sudah ke tahap latihan vestibular aktif (iaitu saya hanya perlu monitor sahaja, dan mereka yang akan melakukannya), maka saya sudah berhenti melakukan aktiviti vestibular pasif kepada beliau. Lagipun anak-anak ini, apabila dibiarkan berkembang secara fitrah, maka dengan semulajadinya, mereka akan terdorong melakukan aktiviti vestibular ini sendiri, contoh, berguling ke depan dan belakang, bermain buaian, berjalan di atas papan sambil seimbangkan badan (dalam kes abang-abang, menggunakan pembahagi jalan atau tepi longkang), memanjat dan bergayut.

Ini adalah fitrah. Ini perlu di sokong dan digalakkan.

Tahap perkembangan otak pada ketika ini

Pada tahap ini, princess warrior sudah sampai ke tahap ke 4 dan 5 perkembangan otaknya, iaitu INITIAL CORTEX (using balance role) dan EARLY CORTEX (freed from balance role).

Subhanallah. Amazing kan?

Oh, ahem perkembangan ini juga mungkin hasil peer pressure kawan seangkatan lain yang sudah berjalan. Beliau ni memang tidak boleh jumpa dengan saudara susuannya, mesti terus naik tahap 👻👻

Terima kasih pada Tuhan yang masih memberi peluang kepada saya untuk belajar dan memerhatikan serta membezakan perkembangan otak kanak-kanak dan bayi.

Kredit gambar : Healthy Families, IAHP

Ummi si kembar dan adik2 si kembar

2 thoughts on “Pathway of Fitrah : Berjalan (Walking)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge