5 Panduan buat ibu bapa anak istimewa

Setelah beberapa bulan panglima-panglima Badar saya di pra sekolah baru, baru pagi tadi saya berjumpa dan berkenalan (serta mengingat nama dan muka) dengan cikgu-cikgu mereka. Dengan cikgu besar dah berapa kali sembang dah.

Paling terkesan, apabila salah seorang cikgu berkata pada saya, ‘akak janganlah fikir anak-anak akak tu menyusahkan kami. InsyaAllah anak-anak akak okey je. Kadang bila saya stress (sebab ter ‘marah’ kawan yang lain), dia (salah seorang panglima Badar saya) pulak yang pujuk’.

Sembang-sembang itu lebih kepada macam mana kerjasama yang kami boleh lakukan buat anak-anak supaya apa yang dilakukan di pra sekolah dapat diteruskan di rumah, begitulah sebaliknya.

Dan baru semalam juga, seorang sahabat, berkongsi dengan saya mengenai cerita seorang ibu, anak istimewa dan pra sekolah francais di tempat beliau.

Anak itu ialah brain injured child. Label yang diberikan kepadanya ialah Autism. Akan tetapi, dengan segala usaha ibunya menjaga makan dan melakukan stimulasi (dan juga terapi lain), alhamdulillah, anak itu hampir tidak kelihatan simptom autismnya.

Ibu itu, demi memberi peluang buat anak istimewanya, maka beliau hantar anak itu di sebuah tadika francais. Oleh sebab berkenan dengan penerangan pengasasnya yang nampak memberi harapan buat anaknya untuk belajar bersosial dan mempelajari kemahiran kehidupan yang lain.

Selepas sebulan, anak itu diberhentikan.
Ada cerita di sebaliknya. Agak mengecewakan, tetapi saya faham mengapa ia berlaku, mengapa ibu itu bertindak begitu.
Saya memilih untuk tidak menceritakannya di sini.

Saya memilih untuk menulis tentang ini.

Tentang ibu bapa dan anak istimewa.

Setiap ibu dan ayah anak istimewa, mempunyai impian yang sangat besar buat anak-anak istimewa mereka. Struggle mereka bukan main-main. Banyak masa ia melibatkan emosi dan kemahiran menguruskan tekanan.

20160321_boys

They want their brain injured children to thrive, socialize, and see the world.
While most brain injury can be ‘cure’ insyaAllah, many did know how to do it or have fund to go and learn about it or even accept it at it is.

And how much beautiful world is, people living in it is not all positive about having or socializing with brain injured child. Most didn’t care at all, many, think it will be better for the child to be confined at home.

Little, will appreciate these children and try to help. Or even asked how to make these children comfortable or making sure these children have friends, good one, so that they too can appreciate life.

I know how it feels.
Many situations, I was emotionally driven. There are times too, I did feel like to stick all my sons with me so that they can be positively happy, away from the insults and inconvenienced stares.

But I know better, I did not know how much time I will have with my sons, in this world.
I cannot leave them unprepared, or those around them clueless.

Apa yang ibu ayah anak istimewa perlu buat

1.Belajar.

Belajar cara menangani anak istimewa kita. Jika anda mencari cara untuk bermula dari mana, nasihat saya dapatkan diagnosis dari pakar psikiatri kanak-kanak. Saya ada menulis mengenainya di sini. Iya, penulisan ini lebih menjurus kepada masalah lambat pertuturan, tetapi di situ saya ada nyatakan link untuk rujukan anda ke pakar psikiatri kanak-kanak. Saya juga mempunyai  seorang pakar psikiatri yang ingin saya jumpa, disampaikan kepada saya oleh seorang pakar terapi pertuturan, akan tetapi disebabkan saya masih belum lagi ke klinik beliau, maka saya tidak boleh kongsikannya di sini. Hanya setelah saya pasti mengenainya, saya akan kemaskini kemudian.

Dan saya perlu beritahu, bahawa di Malaysia ini banyak perkara kita perlu buat sendiri. Cari sendiri. Untuk menunggu temujanji dengan rujukan di hospital, adalah sangat lambat.

Anak-anak kita perlu diintervensi dengan segera. Lebih awal kita bantu perkembangannya, lebih cepat peluang untuk anak-anak kita mencapai tahap kanak-kanak normal. Ia penting juga untuk kawan-kawan dan saudara-mara yang lain.

Saya cadangkan untuk anda ke kelas keibubapaan NURY. Belajar stimulasi secara menyeluruh merangkumi penjagaan pemakanan, stimulasi fizikal dan bagaimana apa yang anda lakukan itu memberi kesan kepada anak-anak anda.

NuryMac16

2. Kemudian, ambil tahu rawatan alternatif yang bersesuaian untuk anak-anak. Saya, panglima Badar saya yang seramai 3 orang itu, mempunyai masalah lambat bertutur. Episodnya panjang. Jadi salah satu yang saya buat adalah ke rawatan osteopathy. Kebetulan pula, saya sempat menyelit ke pemeriksaan percuma ketika itu, maka ketiga-tiga panglima Badar saya (setelah diperiksa) mempunyai sedikit blockage di kawasan rahang (mulut) mereka.

2016_osteoAbg3

Itu saya, saya memilih osteopathy. Anda mungkin ke rawatan alternatif yang lain, jadi search far and wide. Kaji rawatan tersebut. Banyakkan bertanya.

3. Banyakkan membaca.
Baca, baca dan baca. Baca mengenai psikologi anak-anak. Baca mengenai anak-anak istimewa. Dan saya sangat mencadangkan buku, ‘What to do about your brain injured child’ oleh Glenn Doman. Buku ini sangat bagus kerana ia ditulis dalam bahasa cerita. Seolah-olah Glenn Doman bercakap secara terus dengan pembaca.

glen doman book

Jujur saya cakap, walaupun dengan kekangan yang ada, emotional turbulence sometimes, saya rasa, okey, this is not the end of the world. We can do this. I can do this.

4. Cari kawan atau persekitaran yang positif. Satu perkara yang membuat saya rasa bersyukur dengan anugerah panglima Badar saya yang tiga itu, adalah dengan ramainya sahabat-sahabat yang memahami keadaan kami dan juga TURUT MEMBERI BUAH FIKIRAN walaupun mereka TIDAK MEMPUNYAI ANAK ISTIMEWA.

Adalah penting untuk kita mempunyai beberapa orang manusia yang positif dan progresif di dalam hidup, yang mampu memberi panduan dan nasihat, tanpa kita merasa,

‘Hek eleh, engkau boleh lah cakap. Engkau tak rasa apa yang aku rasa. Engkau tak lalui apa yang aku dan anak-anak lalui’.. things like that lah. You get what I mean right?

Bak kata kawan-kawan saya, ‘jangan mereput sorang-sorang’. Sweet like candy loh mereka itu kan?

5. Akhirnya. Banyakkan berdoa. Doa. Doa.
Doa semoga Allah tunjukkan jalan. Doa Allah datangkan manusia yang boleh membantu. Doa moga Allah datangkan petunjuk dan kesabaran sebanyak-banyaknya dalam membesarkan anak istimewa kita.

Jangan lupa bersyukur. Bersyukur dengan anugerah anak-anak ini.

Subhanallah dah panjang pula coretan ini. Semoga memberi manfaat buat kita semua.
Bertabah ayah ibu. Jadikan diri kita selayaknya calon ahli syurga Dia.
Buktikan yang kita ini calon Syurga Dia.

Sekian.

Ummi si kembar dan adik-adik si kembar

Signature3

6 thoughts on “5 Panduan buat ibu bapa anak istimewa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge