Page view 3000++ dalam sehari!

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.

Segala puji dan puja hanya kepada Dia.

Pageviews_edit

Sepatutnya saya sujud syukur, dan saya memang kena sujud syukur. Semuanya kurniaan Allah jua.

Entri saya bertajuk ‘Petua Anak Kembar’, telah memecahkan rekod page view saya selama lebih 6 tahun menulis di blog.

Entri itu di baca lebih 3000 kali dalam masa sehari sahaja! Subhanallah.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan?

Tapi…tapi, harga ‘populariti’ yang perlu di bayar, satu komen telah ditulis dengan penuh perkataan lucah dan fitnah ke atas saya dan suami. Maka tanpa berbelah bahagi lagi, komen itu terus saya masukkan ke spam (evil grin).

This is my blog, and I would never allow such thing here. Jika hendak komen yang berunsur fitnah, perkataan lucah, banyak lagi blog gossip politik dan murahan yang lain yang anda boleh komen. Saya hanya benarkan kritikan membina dan komen berunsur positif sahaja. Oh ya, tidak dilupakan, bahasa yang sopan sangat saya titik beratkan.

Saya sangat old school. Sorry for any inconvenience cause.

Selain dari itu, jika Akismet tidak dapat tapis komen anda, saya yang secara ‘Auto’ akan tekan ‘spam’. Allah melihat apa yang kita buat, apa yang kita tulis. Semuanya akan dipersoalkan di Sana nanti, maka bertaqwalah. Takutlah kepada Dia, Tuhan yang Tak Mati dan Tak Tidur.

Buat kawan-kawan, jika entri saya yang itu buat anda berkecil hati, saya minta maaf, dan jika ada perkataan saya yang selama ini buat anda kecil hati, saya minta maaf, but believe me when I say I am not being cynical, sarcastic was never my middle name.

Sebab, saya sendiri adalah manusia yang tidak boleh tolerate dengan bahasa sarkastik dan sinis. Saya sebolehnya akan mengurangkan komunikasi dengan manusia sebegitu. Aman sikit dari perasaan negatif. So, if I ever hurt your feeling in any of my writings, please tell me so.

Apa yang saya tulis, penuh dengan perasaan berkongsi. Saya mahukan apa yang saya tahu diamalkan dan dimanfaatkan lebih ramai orang, serta semoga Allah guide kita semua ke jalan yang betul, jalan yang Dia lebih redhai.

Saya tamak dengan pahala, saya tidak mahu hidup saya sia-sia. Jadi saya tulis dengan harapan dapat bawa manfaat kepada semua.

Terima kasih, terima kasih, terima kasih.

Kepada Allah saya pulangkan segala puji.

Doakan saya.

Signature_edit2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge