Nak panggil abang/kakak ke adik?

Panggilan (2)

Disebabkan anak sulung saya ialah kembar (dan saya juga mempunyai ramai kawan yang kembar) maka saya juga adalah sangat keliru sebab ada yang kata yang keluar kemudian itu yang pertama sebab bagi laluan adik beliau keluar dahulu.

Hati kecil saya selalu berbisik, ‘macam tak logik dek akal je’.

Menghampriri tarikh temujanji pembedahan si kembar saya (si kembar saya dilahirkan secara elective cesarean), saya pulang ke kampung halaman. Satu, sebab saya memilih untuk dibedah di sana, kedua, memikirkan ini merupakan kelahiran pertama, secara pembedahan pula, maka saya sangat memerlukan pertolongan dan sokongan dari ahli keluarga pasca pembedahan dan ketika berpantang.

Oleh itu, dapatlah saya suarakan kekeliruan saya yang itu kepada ayah saya.

Kata ayah saya,

‘Allah dah takdirkan dia keluar dulu, maka kita kenalah panggil dia abang (atau kakak). Hormat dia dengan panggilan itu. Jangan dok pikiaq hat mengarut-mengarut sangat’

Haha..kan dah kena sebijik.

🙂

Itu dialog 4 tahun yang lepas.

Si kembar saya pun sudah berumur 4 tahun.

Sepanjang yang saya perhatikan, abang memang manja, adik kembar beliau sudah tahapnya pengawal peribadi beliau pula. Sebab kalau ada orang yang pukul (atau gigit or anyway yang nampak harm or hurting) abang beliau, memanglah dia yang akan balas balik. Abang cuma akan menangis kat tepi je. Adik pula sangat extrovert, tiada istilah malu-malu kucing dalam kamus hidup beliau, manakala abang lebih banyak, ‘I followwwww’.

Walaupun begitu, abang sangat keabangan. Beliau mungkin manja, tetapi beliau juga sabar  (sebab itu bila ada orang pukul, tidak dilawan) dan adil apabila adik kembar beliau bergaduh dengan adik beliau yang seorang lagi itu.

Beliau juga yang menjadi tukang tengok dan tukang report pada ummi dan ayah pasal adik-adik (bergaduh ke, tumpahkan air ke, cedera ke). Kalau dia panggil memang kena cepat-cepat ke tempat kejadian, mesti ada sesuatu yang ‘serius’ telah terjadi. Serius in a way yang akan buat ummi transform dari ibu Otoraman kepada Godzilla.

Sifat kebertanggungjawaban itu sangat terserlah pada abang. Kalau nak disuruh apa-apa, memang cepat sangat beliau execute. Kalau adik kembar beliau, buat lembu kenyang je tak bergerak-gerak.

Mungkin berkat panggilan kinayah abang pada beliau, atau memang pun sunnatullah yang telah Allah tetapkan, yang keluar dulu itu abang.

Orang tua-tua kita memang banyak cerita dan kiasannya. Tapi mana-mana yang tertolak dengan syariat dan sunnatullah itu, tidak perlulah nak percaya sangat.

Dan pandangan saya ini turut dikongsi oleh rakan group Dianugerahkan Kembar. Beliau telah memberi pendapat mengenai dalam hal ini seperti yang saya telah screen shot di bawah.

panggilan

Keliru sikit-sikit boleh, jangan berlebihan.

Dan kekeliruan itu boleh dihilangkan dengan ilmu.

Maka carilah ilmu, dan cari ilmu yang betul lagi bermanfaat.

Signature_edit2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge