My gentle birth journey : Pengenalan

Subhanallah. Alhamdulillah. Allahu akbar.

Man's hands over white laptop

Akhirnya, setelah beberapa percubaan untuk menulis, akhirnya saya berjaya juga memaksa diri mengadakan masa untuk menulis. Sungguh tidak senang duduk dibuatnya memendam banyak perkara mengenai kelahiran princess warrior saya baru-baru ini.

Hal ini kerana, dengan kelahirannya, ia meyembuhkan saya dari trauma kelahiran abangnya 4 tahun yang lepas.

Her birth is my healing birth.

Ia juga merupakan kelahiran selepas pembedahan saya yang kedua (my second vbac). Saya ada menulis mengenai percubaan pertama di entri ini dan tips untuk VBAC di sini.

Harap bersabar dengan saya ye. Penulisan mengenai kelahiran beliau saya akan tuliskan secara berperingkat. Saya mahu anda semua, yang mungkin pernah trauma, atau kandungan pertama setelah bertahun-tahun mencuba (precious pregnancy) atau yang ingin mengalami kelahiran secara alami untuk memahami sepenuhnya apa yang saya dapat dari kelahiran princess warrior saya ini.

Kepada yang baru bertandang ke blog saya, saya memang suka mengambil sedikit masa anda. Kepada yang biasa, let’s enjoy the ride with me 🙂

Sebab itulah saya namakan entri pengenalan ini (dan yang seterusnya) sebagai  journey. Kerana ia memang merupakan sebuah perjalanan pengalaman yang bukan sahaja mengujakan tetapi juga menambahkan ilmu buat saya dalam banyak aspek secara holistik mengenai kelahiran itu sendiri.

Saya telah bahagikan penulisan mengenai gentle birth journey ini kepada 6 bahagian (phew lap peluh nak menulis). Maka, adalah menjadi harapan saya jika anda bersabar untuk membaca sehingga habis. Biar membaca dengan perlahan-lahan, agar hadam menjadi panduan berguna. Ambil yang baik, buang yang buruk.

6 bahagian itu ialah (yang akan saya kemaskinikan backlink ke sini),

  1. Pengenalan
  2. Kelas bersalin dan pemeriksaan pre-natal
  3. Bersalin di mana?
  4. Kelahiran princess warrior
  5. Pasca kelahiran princess warrior
  6. Ibrah dari kelahiran princess warrior

Oi jenuh nak fikir tajuk dalam bahasa melayu, but because I know that I will be carried away writing, that’s why saya bahagikan kepada beberapa bahagian. Jika tidak, entri akan menjadi terlalu panjang dan sangat membosankan. Buat penat sahaja menulis, jika ilmunya tidak menjadi panduan. Saya lebih selesa menulis dalam Bahasa Inggeris sebenarnya, akan tetapi mungkin ia akan menjadi berganda manfaatnya jika ditulis dalam Bahasa Melayu (pujuk hati sendiri haha).

notes_edit

Ahem, punyalah takut terlupa, siap buat nota ketika dalam pantang. Nasib baiklah saya terfikir untuk mengambil gambar nota ini, kerana buku nota ini telah pun hilang dan masih belum dapat dikesan (nangis mak di bucu katil hew hew).

Mengapa saya terlalu beria-ia dengan kelahiran yang ini?

Kerana saya pernah trauma ketika melahirkan sebelum ini. Untuk kembali bangkit dari trauma bukanlah mudah. Saya ada menulis mengenai Trauma Kelahiran dan 5 Cara Saya Mengatasinya.

Jadi kepada para suami, jangan ambil enteng mengenai kelahiran. Kenyataan yang selalu dikeluarkan, ‘takpelah, janji ibu dan anak selamat’, tidak begitu relevan sebenarnya. Selamat, tetapi jika kedua-duanya (ya, bayi juga trauma jika ibunya dalam keadaan trauma ketika melahirkan) mengalami trauma, maka proses penyembuhan mungkin lambat, emosi juga sukar menjadi stabil. Ever wonder about post natal depression?

Bukan isteri dan bayi sahaja yang berperanan ketika proses kelahiran, akan tetapi kamu juga turut berperanan wahai suami, penting pula itu. Bak kata seorang Childbirth Educator (CBE) yang saya kenal, ‘jangan jadi patung cendana berdiri pacak, tak tau nak buat apa’. Please, you do play a big role too.

To empower birth, you need knowledge.
Because in the end of the day, at the moment of truth, it is you (mother) who will deliver the baby, not doctor, not nurse.
And husband, you will have to look after your wife and the newborn during confinement, physically and emotionally. Managing traumatic people, during confinement, is not an easy task, especially if they feel it was hopeless to open up, to release fear, to confide what they feel to you, when it is crucial to do so.

Oh ya, gentle birth is not necessarily homebirth. Please get your fact right people.

Pengenalan pun dah meleret-leret oi.

Okaylah, let’s the ride begin!

Ummi si kembar dan adik-adik si kembar,

Signature3

2 thoughts on “My gentle birth journey : Pengenalan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge