My gentle birth journey : Pasca kelahiran princess warrior

Ketika entri ini ditulis, princess warrior saya sudah pun menginjak umur 5 bulan. Alhamdulillah.

Dalam banyak hal mengenai bersalin, saya juga risaukan pasca kelahiran sebenarnya. Sebab pada dua kelahiran yang lalu, pasca kelahiran adalah yang sangat tidak ingin saya ingat. Terima kasih kepada sahabat alumniRAHIM saya, yang mengingatkan saya supaya turut memasukkan pasca bersalin di dalam perancangan kelahiran (bahagian ni saya off record sahaja, buat mental note gitu).

Saya tidak pernah menghadapi rengat selepas bersalin. Dan melalui cerita kawan-kawan, saya tidak ingin untuk menghadapinya. Hal ini kerana saya sudah terlalu letih disebabkan proses kelahiran yang panjang dengan ombak kontraksi yang tidak berhenti.

Tetapi saya ingat pesan kawan-kawan supaya minum kopi kosong jika berlaku. Maka itulah yang saya minta suami belikan apabila saya dan princess warrior dalam proses untuk berpindah ke dalam wad.

Black-Coffee

Alhamdulillah, saya tidak ‘dikunjungi’ oleh rengat.

Berpindah ke wad.

Cuma,

Saya langsung tidak boleh bangun dari katil tanpa sakit kepala yang kuat. Keseluruhan badan saya sangat lemah dan saya tidak mampu langsung untuk mengangkat kepala. Sampaikan jururawat bertugas hampir tidak membenarkan saya menyusukan princess warrior melihatkan keadaan saya yang begitu.

Beliau risau saya tumbang bersama bayi tanpa pengawasan mereka.

Tetapi saya berdegil ingin menyusukan dan kami bersetuju setiap kali mereka akan datang untuk meletakkan princess di sebelah saya. Hatta masuk ke tandas pun mereka temankan. Sebab saya memang rasa nak tumbang.

So much for natural birth, huh? 😉

Where is my oxytocin euphoria that they always talk about? I feel none of it flow, hahahah.

Apabila ujian darah dilakukan, rupanya HB count saya adalah sangat rendah (antara 5 ke 6, saya sudah lupa) selepas bersalin. Padanlah saya asyik berasa ingin tumbang sahaja. Selera makan pun hampir tiada, tetapi saya paksa diri untuk telan makanan demi menyusukan princess warrior tersayang yang baru beberapa jam dilahirkan.

Walaupun dalam keadaan lemah, saya cuba juga untuk bangun ke tandas, mandi, supaya proses penyembuhan berlaku dengan lebih cepat dan untuk meningkatkan selera makan. Doktor Idora menyarankan supaya blood transfusion dilakukan, tetapi saya menolaknya dengan baik kerana saya lebih suka merawat badan saya secara yang lebih semulajadi.

Buat membazir darah penderma sahaja.

Lagipun saya pernah melalui proses tersebut. Jadi saya diminta berehat di hospital untuk satu hari lagi sebelum doktor berpuas hati dengan keadaan saya.

Maka saya bersetuju dengan saranan tersebut apabila memikirkan 3 orang panglima Badar di rumah 😛

Berjumpa dengan Dr Kanak-kanak

Ketika saya mengemukakan perancangan kelahiran di awal pertemuan dengan Dr Idora, saya ada bertanya beliau adakah saya perlu nyatakan doktor kanak-kanak pilihan saya. Tetapi beliau hanya mencadangkan supaya saya hanya menyatakannya pada jururawat pada hari kelahiran nanti.

Dan apabila saya ditanya oleh jururawat yang bertugas pada hari kelahiran princess warrior, dengan pantas saya nyatakan nama doktor pilihan saya (Dr Amir). Saya sebenarnya meletak pengharapan kepada Allah, yelah, hari raya kot, takkanlah doktor nak datang entertain, masuk wad pulak sudah lepas zohor. Oleh itu, pemeriksaan rutin pada princess warrior hanya dibuat oleh doktor kanak-kanak yang bertugas.

Hanya pada keesokannya, Dr Amir dapat membuat pemeriksaan terhadap princess warrior dan datang berjumpa dengan saya untuk berdiskusi mengenai pemeriksaan beliau. Alhamdulillah, princess warrior dalam keadaan kesihatan yang optimum selepas dilahirkan (pemeriksaan untuk menentukan Apgar score dilakukan oleh doktor kanak-kanak yang bertugas pada hari sebelumnya).

Antara sebab utama saya memilih beliau adalah kerana beliau juga merupakan juru runding imunologi (consultant immunologist).  Saya juga punya banyak sebab lain yang saya tidak boleh kongsikan di sini. Akan tetapi cukuplah dengan pernyataan bahawa kelahiran princess warrior telah membuka banyak ruang buat abang-abangnya. Dalam segala perkara.

Berbual dengan Dr Amir, saya hampir lupa yang saya sebenarnya sedang melawan sakit kepala yang kuat haha. Bekas research engineer berjumpa dengan dengan orang yang juga banyak membaca, sakit pun boleh lupa.

Berpantang di rumah

Apabila pulang ke rumah, saya mengambil masa lebih 2 minggu untuk mendapatkan oxytocin euphoria itu. Saya amalkan regim air suam yang dibancuh dengan madu, pati delima, kurma, minyak kelapa dara dan makanan berpantang biasa yang lain. Saya dijaga oleh adik perempuan saya, kopiku dicatu, air coklat panas pun walau dirayu tidaknya dilayan.

20151025-ummi dalam pantang

Mengalahkan mak bidan garangnya itu.

‘Kata nak berpantang betul-betul kali ini,’ katanya kepada saya. Hiks.

Tapi dengan pengawasan beliau yang ketat, saya akhirnya dapat merasakan, buat pertama kalinya, betapa seronoknya melahirkan, berpantang dan menyusukan bayi. Ia adalah perasaan yang sangat indah.

Subhanallah.

Setelah sekian lama, saya keluar dari gua trauma itu. Saya merasakan diri saya yang baru. Saya rasa berfungsi sebagai ibu.

Betapa indahnya Allah menciptakan.

Dan saya teringat seorang adik manis dari geng AlumniRAHIM berpengutus teks dengan saya selepas melahirkan,

‘Kak, so do you feel this is your healing birth?’

Ketika itu, saya mengiyakan sahaja, walaupun saya merasakan seolah-olah saya hanya menyedapkan hatinya (dan hati saya juga).

Tetapi, setelah saya benar-benar sihat, dan ketika menulis ini pun, saya dengan bangga dan sangat berbesar hati menyatakan,

Yes, this is my healing birth

I finally felt that euphoria and it last like forever alhamdulillah.

20151219_ummi_anak2

Saya akan menulis mengenai ibrah kelahiran ini di entri akan datang.

Harapan saya, kepada sahabat-sahabat yang membaca dan mengikuti penulisan saya ini, jika anda tidak merasakan euphoria itu, jangan bersedih.

Kita sudah lakukan sebaik mungkin, dan apa yang berlaku seterusnya hanya kita dan kita sahaja. Bangun, sihatkan diri dan muhasabah. Saya juga punya koreksi yang perlu saya lakukan jika masih ada peluang buat saya lagi selepas ini.

Allah Maha Mendengar dan Dia juga Maha Baik dengan hambaNya.

Selagi kita hidup, selagi itu peluang masih ada.

*hugs

Ummi si kembar dan adik-adik si kembar

Signature3

 

One thought on “My gentle birth journey : Pasca kelahiran princess warrior

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge