Jadual saya pam susu untuk si kembar

Menyusukan anak kembar tidaklah mudah tetapi tidaklah terlampau susah. Apa yang ibu-ibu kembar perlu ada ialah semangat yang kuat dan ilmu. Si kembar saya hampir berumur 4 tahun pada tahun ini. Kenangan menyusukan mereka sangat indah untuk dikenang. Sehinggakan saya sangat berharap untuk mendapat anak kembar lagi selepas ini, tetapi semuanya dengan kehendak Allah juga kan?

Perkara penting dalam penyusuan, tidak kiralah sama ada anak kembar atau tidak, konsep KEPERLUAN (demand) dan BEKALAN (supply) tidak boleh tidak sangat terpakai dalam meningkatkan produksi susu. Saya telah kongsikan tip untuk meningkatkan produksi susu badan buat si kembar di dalam entri ini. Menariknya apabila mempunyai anak kembar ini, demand sentiasa berlebih-lebih. Jadi ibu si kembar hendaklah lebih-lebih bertabah, dan sentiasa setting di kepala, ‘susu saya banyak, susu saya cukup untuk anak-anak’.

Saya tidak sempat menyediakan stok beku ketika berpantang buat si kembar saya. Mind you, saya mula bekerja right after saya habis berpantang 44 hari. Dengan ilmu penyusuan secoet, tekanan melampau di kiri dan kanan, badan yang masih belum sihat sepenuhnya, saya kuatkan semangat dengan mengepam stok harian. Without fail,alhamdulillah saya mampu bekalkan 10 botol susu untuk anak-anak kembar saya tiap-tiap hari. 1 botol (4-5 oz), puratanya hasil pengepaman susu saya ketika di pejabat adalah sekitar 40oz. Semuanya dengan pertolongan Allah jua.

Jadi saya nak kongsikan, jadual pengepaman (yang agak ekstrim) saya sehari-hari (ketika itu):

5:00 – 6:00 AM Direct Feeding, selepas itu pam sekejap untuk stimulate
10:00 AM Pumping Session
12:00 PM Pumping Session
2:00 PM Pumping Session
4:00 PM Pumping Session
7:00 PM Pumping Session (jika sempat)

Nampak macam kejam sangat kan jadual pam saya ini? Habis saya tak buat kerja ke? Oi, kerja mestilah buat. Dan ketika saya dalam fasa menyusukan si kembar, saya perlu menghadiri kursus, suami bekerja di luar kawasan, menghadiri mesyuarat ada kalanya melangkau sesi pam saya, tetapi saya akan tetap  berusaha untuk cukupkan frekuensi pam susu. Pasang pam sepantas kilat semata-mata nak utilize masa 20 minit untuk pam susu. Adakala terlajak juga tetapi saya pastikan saya tidak ambil masa yang lama supaya bos saya tidak merungut dengan hilangnya saya tanpa dikesan.

Anak kembar saya pula, direct feeding setiap 2-3 jam sekali pada waktu malam dan ada kalanya saya menangis sebab terlampau sakit belakang dan kurang rehat. Sehinggakan ketika membawa mereka makan angin ke Hatyai, Melaka dan pulang ke kampung pun saya masih gigih meneruskan penyusuan.

Si kembar saya ketika berumur 5 bulan

Si kembar saya ketika berumur 5 bulan

Ada juga hari-hari yang saya tidak sempat untuk pam 4 kali di pejabat, saya akan pastikan saya stimulate di rumah dengan menambahkan sesi pam susu, walaupun 10 minit. Jadual pengepaman itu, akan saya adjust tetapi kekerapan sesi pam susu tetap kekal. Saya berbuat demikian untuk memberi signal kepada otak saya bahawa saya perlukan banyak susu, jadi otak saya akan maintainkan pengeluaran susu seperti biasa.

Saya juga jaga makan dan mengambil makanan tambahan dari Shaklee untuk membantu saya kekal bertenaga dalam meneruskan penyusuan.

Jadi kepada ibu-ibu kembar yang mampu menyusukan si kembar dan sedang gigih berusaha, saya mendoakan anda semua berjaya dan menyokong dari jauh.

Breastfeeding mothers rocks!

Signature_edit2

One thought on “Jadual saya pam susu untuk si kembar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge