Minum susu ketika dalam pantang (bersalin)

Saya adalah spesies manusia yang kurang minum susu tepung walaupun semasa zaman kanak-kanak dahulu mak saya selalu bancuh susu tepung sebagai sarapan pagi. Apa yang saya perasan, apabila saya minum susu tepung, saya mesti ke tandas selepas itu.

Ayah saya pun mengalami masalah yang sama. Tapi saya tetap minumlah, sebab mak dah bancuh dan saya memang suka susu pun. Dan sejak itu saya tercari-cari susu yang dapat saya nikmati tanpa perlu sakit perut setelah itu.

milkSehinggalah saya ada duit sikit untuk beli susu segar, saya perhatikan selepas minum susu saya tidak lagi ke tandas. Wow, maka saya buat kesimpulan, susu segar adalah terbaik buat usus saya.

Jadi, bagaimana untuk minum susu ketika berpantang? Susu segar kan dalam keadaan sejuk (unless anda dapat susu mentah yang segar dari ladang terdekat)?

Untuk ibu berpantang, susu perlu diambil bukan sahaja kerana sumber mineral dan protein darinya, tetapi juga kerana kandungan air dan bantuannya terhadap sembelit serta simptom gastrik.

credit pic : hoards.com

credit pic : hoards.com

Secara ringkasnya, susu mengandungi air, karbohidrat, lemak, protein, mineral (kalsium, zat besi, magnesium, selenium, mangan, fosforus dan banyak lagi) dan vitamin (7 vitamin B, A, C, D, E serta K). Dengan begitu banyak khasiat dalam susu, adalah sangat rugi jika tidak minum susu ketika dalam pantang, kecualilah jika anda alahan terhadap segala jenis susu.

Susu pun ada banyak jenis susu, sama ada susu lembu/kambing/unta (contoh) dan juga susu non-dairy seperti susu badam, soya, kelapa (santan muda), susu oat, susu kacang hazel dan sebagainya. Susu non-dairy ini anda boleh buat sendiri dari semasa ke semasa (sebab nak beli mahal sangat pula). Boleh diminum begitu sahaja.

Non-Dairy milk

Non-Dairy milk

Untuk susu yang dalam keadaan sejuk (refrigerated), ibu dalam pantang bersalin tidak boleh minum begitu sahaja. Panaskan sekejap susu itu. Cukup sekadar nampak buih kecil. Jika panas terlampau lama, maka musnahlah segala nutrien dalam susu tersebut terutamanya protein yang mudah musnah dalam suhu tinggi.

Atau, anda boleh tiru cara saya,

susu_ESP

Selain buat sendiri susu badam, untuk susu lembu (yang sejuk), apa yang saya buat, saya akan tambahkan susu segar dengan air panas atau dengan minuman panas seperti Vico. InsyaAllah, susu akan hilang sejuknya, lebih sesuai untuk ibu dalam pantang bersalin. Dan saya akan minum selepas menyusu dan jika lapar diantara waktu makan. Sebelum tidur pun saya minum, untuk dapatkan tidur yang lena dan juga untuk tenaga sebab biasanya ketika dalam pantang, waktu tidur bayi masih belum tentu lagi.

Maka ibu dalam pantang perlu bersedia untuk kekal cergas dan walaupun dalam keadaan berpantang masih mendapat nutrisi sepatutnya.

Kepada yang tidak suka minum susu, pastikan pengambilan sumber makanan yang mengandungi kalsium dan magnesium mencukupi. Jangan asyik makan nasi dengan ikan bakar semata, khasiat tidak cukup untuk pemulihan dalaman dan untuk menyokong penyusuan.

Selamat berpantang dan selamat minum susu segar kegemaran anda.

Signature3

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge