Mereka istimewa di hati saya

Saya mempunyai keluarga yang besar. Bukanlah adik-beradik saya ramai, tetapi sepupu-sepapat yang sangat ramai. Dan hubungan saya dengan sepupu yang ramai itu sangat rapat. Mungkin kerana zaman kami kurang dengan teknologi yang tinggi tetapi lebih dengan kuatnya tautan hati. Semua orang tanpa memandang pangkat dan tahap pembelajaran, berkumpul bersama-sama tanpa rasa segan dan sombong antara satu sama lain. Saya rindukan suasana gegak gempita apabila kami semua berkumpul di kampung. Saya pula sangat suka apabila sepupu saya datang berkunjung di rumah.

Sangat rugi kepada generasi sekarang yang masanya habis bersembang di alam maya tetapi kaku berinteraksi di alam nyata.

Apa gunanya teknologi, jika ia hanya mengundang keburukan yang lebih pada diri.

Saya mempunyai 2 orang adik perempuan yang sangat dekat di hati. Kalau diikutkan, adik perempuan kandung saya cuma seorang. Akan tetapi oleh kerana rapatnya hubungan kami, seorang lagi yang saya anggap sebagai adik perempuan itu merupakan sepupu saya yang lebih muda umurnya dari saya.

anis dan manja

Di Melaka 5 tahun yang lepas

Sedari kecil, saya banyak menghabiskan masa bermain bersama-sama. Sehinggakan aliran sekolah dan pengajian di universiti pun terdapat banyak persamaan.

Ketika saya mabuk mengandung si kembar dan adik si kembar mereka bergilir berada di sisi saya. Ketika saya dalam pantang, salah seorang daripandanya menjaga saya sepenuhnya. Ketika saya membesarkan anak-anak, mereka jua yang bergilir membantu menguruskan anak-anak.

Keberadaan mereka dalam hidup saya banyak membantu saya bersemangat untuk hidup, gagah menghadapi dugaan dan sangat menceriakan hari-hari saya.

Mereka ialah manusia yang sangat kelakar, tegas, bijak dan cantik. Kadangkala, bukan mereka yang bergantung kepada saya, tetapi saya yang lebih bergantung kepada mereka.

Saya sedih apabila saya tidak mampu untuk membantu mereka dari segi kewangan. Setiap kali kebaikan yang mereka curahkan kepada saya, hanya doa dalam hati saya titipkan, semoga apabila mereka sangat memerlukan pertolongan, Allah sentiasa memberikan pertolongan kepada mereka melebihi jasa yang mereka curahkan kepada saya.

Apabila mereka berada di rumah saya, saya gembira, saya bahagia. Mendengarkan mereka ingin datang sahaja pun sudah membuatkan saya teruja berhari-hari. Dan apabila mereka pulang, saya diburu rindu yang menyesakkan dalam hati.

Mereka manusia yang sangat istimewa. Sungguhpun masih muda, akan tetapi matangnya mereka buat saya rasa hidup ini terisi. Saya boleh bersembang terhadap pelbagai perkara melangkau umur mereka.

Hidup mereka penuh dengan cabaran. Setahun sebelum beliau pulang ke universiti untuk menyambung pengajian di peringkat sarjana, beliau telah berulang-alik Perlis-Bangi demi membantu saya yang takut memandu ini menjaga anak-anak apabila suami out-station. Dia juga yang menjaga saya ketika dalam pantang selepas melahirkan si kembar dulu. Setengah jam sekali pasti beliau akan datang kepada saya dan berkata,

‘Kak nak minum apa, ayaq susu ka milo?’atau ‘akak lapaq ka, nak makan ka?’, without fail, tiap-tiap hari.

Manalah hati ini tak sayang kan? Sekarang ini beliau sedang bertungkus lumus melunaskan pengajian sarjananya. Moga Allah mudahkan segala urusannya dan memberkati hidupnya.

Seorang lagi ini, sangat cekal. Mungkin disebabkan kami berdua anak sulung dan ibu kami berdua rapat, maka kami sangat rapat antara satu sama lain. Dari sekolah lagi dia sangat rajin dan bijak, bukan macam kakak sepupunya ini, harap sahaja pandai tapi femalas. Saya ingat lagi ketika saya mabuk mengandung, dia sanggup memasak ketika dia bertandang di rumah saya.

Alhamdulillah, dia sedang menunggu approval untuk pengajian di peringkat sarjana dan juga telah mendapat tawaran kerja katanya. Adik yang ini mempunyai sifat kendiri yang sangat bagus. Rajin buat kerja sambilan, rajin juga buat kerja menjahit benda comel-comel macam adik yang seorang lagi tu. Mengait pun pandai, kakak mereka je yang kurang bab-bab seni menjahit ni.

Ketika si kembar berusia 7 bulan

Ketika si kembar berusia 7 bulan

Semoga Allah memberkati umur ampa dua.

Kami sayang ampa dua ketat-ketat.

Oh ya sila doakan kakak ampa ni kaya duit dan ketenangan hati. Amin

Kakak ampa,

Signature_edit2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge